Showing posts with label bff. Show all posts
Showing posts with label bff. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

rindu

assalamualaikum!

hoho..aku sedang membuat exercise jari sambil mendengar lagu suaraku berharap oleh hijau daun! pheww..aku rasa hari ini dan semalam merupakan hari mengimbau/mengimbas segala kenangan-kenangan yang pernah wujud di benak pemikiran aku. semua ini bila tetiba, orang-orang yang pernah wujud dalam hidup aku inbox dekat FB, sms & call dekat talian Maxis. dengan tak semena-mena bespren porever pon turut berborak sambil mengimbau segala macam hal yang bak tahik, bak hempedu dan bak gula-gula!

fuh serius sangat merindukan semua :'(

bila semalam dah berbicara pasal itu dan ini..maka tadi secara sengaja..aku pergi bukak semua social network aku yang dah terkubur! sampai lupa-lupa pasword tau mak jemah! daripada fb, twitter, formspring, tagged, e-mail dan lain-lain! tengok profile dia & dia & dia & dia!!
ehh ramailah yang aku tengok..heheh!

rindu sangat
(>_<)

bulan Ogos ini, besties kat KSHAH nak bertunang
bulan September ini pon besties kat KSHAH nak bertunang
bulan Disember InsyaAllah, besties kat sekolah nak dirisik

dan disini aku masih sendiri, merenungi hari-hari sepi.
(y_y) ceyttt siap tampal lirik lagu!

masih berharap di dalam hati,
satu hari nanti bila ada kelapangan dapat jumpa korang!

oke! dah ar..penat ar taip panjang-panjang!
terima kasih kerana membaca :')

psstt :- henpon rosak! satu nombor pon tak ingat :(

Sunday, June 12, 2011

10 days picture challenge - Day 4

Day 4 - A photo that makes you happy.

assalamualaikum ! i love the picture memories with my friends . i never managed to choose one picture , so i guess i could show you a few more?











*this entry a part of the 10 Day Picture Challenge

Tuesday, April 5, 2011

apabila kenalan aku sudah mempunyai belogggg kan ........

assalamualaikum readers !
sempena 05042011 aku nak bagitahu dengan korang bahawasanya ramai kenalan aku sudah mula mempunyai belogggg bebeh ! ouh best ar . dapat aku baca serta komen diorang punya story mory serta rutin harian mereka . jadi , topik hari ini aku nak show-off diorang punya gambar serta link belogggg mereka kat kalian . nanti kalau sudi , korang pergilah terjaaaahhhhhh diorang punya belogggg tu yep . kerja free je tuh ! cuma tekan link kawan aku dan usha usha bagi semangat . hihih . tak ada caj perkhidmatan pon taw ! sama-sama lah kita memberi sokongan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena belogggg ini yawww !! :') ececeyyy cakap nak power jek kan aku ni der ! haha tapi takpe , yang penting semangat nak berkongsi dengan bloggers sekalian membara taw nyah :p
********************************************************
1. nama dia Halim ! dia kawan sekolah rendah aku sampailah sekolah menengah . tapi aku dengan dia cuma pernah sekelas masa f3 jek . huhu . sekarang dia one of my bestfriend . seronok dapat kongsi cerita dengan kau dan terima kasih atas bantuan kau selama ini :) <-- perghhhh ayat menusuk kalbu ! walaweyh tapi aku ikhlas taw dalam bait-bait aku itu . hehe :')

LiFe iS SiMpLe !!!!!!!

 ********************************************************


2. nama dia pula Melin . dia kenalan aku di uniten . kami kenal sejak mula menjejakkan kaki di uniten . maksudnya sejak orientasi . kami pernah sekelas masa semester satu . walaupun dia ni kecil , tapi dia ni otak geliga taw ! belajar last minute pun cepat je pick-up . aisey kalau aku kan memang tak dapat la derr . nice to know u sister . ehehe . maafkan aku kalau aku ada terkasar bahasa dengan kau selama ni yep :')

Tinkerbell's Life

 ********************************************************

3. nama orang yang ketiga dan yang terakhir untuk aku kenalkan kat korang ialah efa ! dia ni kawan zaman aku sekolah rendah . huhu . dia ni juga merangkap jiran kepada nenek aku . huhu . rumah dia depan rumah nenek aku jek . tapi susah aku ni nak berjumpa dengan dia . kalau aku ada hal , dia free . kalau aku free , dia lak ada hal . si efa ni bakal cikgu gitu . hahah . cikgu apa ? korang terjah la belogggg dia kalau nak tahu :p

 diarypicisan.blogspot.com

******************************************************** 

ini sahaja . thanks for reading entry aku yang berjela jela panjangnya :)


Thursday, February 17, 2011

surprise b'dayy cake for me !

Assalamualaikum readers :)

long time tak update diari aku . entri kali ini aku nak coretkan mengenai hari yang sangat bermakna bagi aku . haha . pasal b’day aku la . sila jangan muak oke :D aku nak ucapkan muchas gracias banyak banyak kat sayang sayang aku : amerul , falihin dan halim . thanks datang  Melaka pada 12 februari  semata – mata untuk buat surprise kat aku . walaupun aku tak melatah : opocot mak ekau ! tapi aku serius terharu dengan korang . cuma tak ada lah sampai menanges . huhuhu . gua steady ! hiks . kalau nanges kompom aku kena bahan je kan :p oke enjoy all the photo ya ! :D

thanks halim for the cake.dia kata beli sebelah secret recipe , kire ada bau2 secret recipe la ni dia kata :D
tangan budak tua pada 16februari yang usaha hidupkan lilin :)
mentang mentang api dah hidup , tangan dah tak jaga api dah..huhu :p
hey pilin :) wehoo ! at last lilin aku dapat dihidupkan di San Bora Seafood :')
heheh peace to all <3
kucing garong !

aku ada rakam diorang nyanyi lagu b'day untuk aku . tapi tak dapat la nak share . haha . oke , tahun depan boleh sediakan lilin 23 batang pula ye sayang sayang ku :')

and

happy b'dayy pilin on 16 februari ! 360 minit tuh bercakap..rekod negara pun pecah ! pergh , parah :')





Sunday, January 23, 2011

dugaan :')

assalamualaikum  readers.


 dah lama aku tak update diari kesayangan aku ini . rindu pula nak bertaip taip macam ini . hari ini sudah hari aku ketiga jadi manusia istimewa . erm . oke ! tak payah panjang panjang cerita . hari jumaat lepas aku ditimpa musibah . aku terlibat dengan kemalangan kecil . nak kata kecil itu , tak juga la kan ! sebab keadaan aku agak teruk . erm,patutlah aku tak sabar nak tunggu 21012011 iaitu hari jumaat kelmarin . rupanya inilah hadiah hari lahir aku bulan februari nanti aku dapat . muka cium divider . badan tersembam kat jalan . 4 jahitan di dagu . pendarahan di telinga sebelah kanan . siku kiri berlekuk . lutut kiri bengkak . luka luka picisan di kaki dan tangan kanan serta di perut aku . doakan aku cepat sembuh ye !!! aiseh aku dah kurang 3 ribu ni :')




ha ! menu pertama aku selepas 18 jam insiden ini ialah tiga biji anggur . ini sahaja yang aku boleh makan . sebab aku tak boleh nak buka mulut sangat lah . nak cakap pun tak clear sangat . sampai nak ‘tergelak’ aku dibuatnya sebab orang tak berapa nak faham aku cakap . semalam my one of gang datang dengan gang uitm dia . thanks paksa aku makan ubat , cuci luka aku , paksa aku makan nasi dan bawa aku berjimba dalam keadaan sakit dan thanks to amir ( my schoolmate ) sebab sudi gelak tengok aku . aku dah elok nanti baru ambil gambar aku ye :)



tapi alhamdulilah . aku bersyukur sangat masih dapat menikmati keindahan alam lagi dan aku diberi peluang untuk hidup . aku nak ucapkan terima kasih kepada semua kawan – kawan aku yang setia menunggu dan risaukan aku . masa aku kemalangan itu , ada budak – budak uniten datang tolong aku ! angkat aku bawa pergi hospital . terima kasih kepada amar , pyqa dan feka hantar aku pergi Melaka . terima kasih pada supir setia menemani aku . ucapan terima kasih ni macam terima anugerah pula kan ? :')

aku terpaksa melupakan kicap manis kesayangan aku untuk sementara waktu . semoga aku kembali pulih seperti sediakala :D doakan kesihatan aku ya readers :’)

p/s – berapa banyak terima kasih la dalam entry aku ini ?

Thursday, December 30, 2010

my friends and me , bebeh !

yawww and peace bebeh ! hana nabihah in the house *muah .
bersama kuntam :')
haha ! me with the hot and coolness girl ever ! hiks . 
eh dari kiri aku , ayu , ira dan aza . hiks ! muka ira terpaksa dijadikan cartoon atas permintaan dia :') hey menghabiskan masa malam semalam dengan huha huha bersama , makan burger , tengok video , chitchat . love it . korang memang sempoi la sudi menghuduhkan muka untuk camera aku ! 

******************************************
happy holly-day friends !!! haha :')


Tuesday, December 21, 2010

my heart :')

salam readers . minggu lepas dan lepas punya hal ni . baru aku nak update . kakaka . balqis yang tak sehat , asyik sakit perut je . alolo cian anak tante ni :')

 
oleh sebab itu , aku dan wana buat keputusan bawa balqis pergi klinik . hey wana asyik busy dengan telefon canggihnya . balqis , apa bikin tu ?


demm . nasib baik ini saja klinik yang kami jumpa . kami bawa balqis pergi klinik yang memang tak akan pergi lagi untuk kali kedua , sebab staff klinik itu yang sangat angkuh ! erm , tapi doktor india itu baik sangat . orang yang pangkat besar tak ada apa , yang kerja kat luar pula berlagak nak mampuih :') lepas dah check , dapat dua botol ubat rm30 dan doctor siap pesan :- bagi balqis minum air 100plus tapi jangan bagi kuantiti yang banyak tau ;)
dan inilah aku dan kawan aku :)) detik perkenalan bermula di plkn tahun 2007 . rasanya dah banyak kali mention yang aku dah kawan dengan wana dari tahun bila . tapi aku tak kesahlah . aku nak bagitahu lagi . muehehe . oke . see you soon . that's all .
p/s - thanks for reading my entry bebeh ;)

Monday, November 22, 2010

aku dan kamu :)

gewdixcrew
salam . sepetang bersama bff pada 221110 . haha . inilah kami selepas zaman sekolah . masing masing dah besar . dah ada hala tuju sendiri . seorang sudah menjadi tauke , seorang bakal menjadi cikgu , aku bakal suri rumah tangga sepenuh masa dan seorang lagi bakal designer . lagi 4 tahun hana nabihah . sila sabar menunggu ya :) petang tadi kami duduk mengumpat di ___________ ~ huhu lokasi terpaksa dirahsiakan . haha . lama juga lah tak jumpa korang kan . kali terakhir jumpa pun masa open house raya kan :D lain kali ada masa kita jumpa lagi ya . 

terima kasih sangat korang memahami rutin hidup aku yang tak pernah lekang dengan perkataan sibuk . 
terima kasih juga sebab sentiasa mengambil berat hal aku .
terima kasih sebab selalu sokong apa yang aku buat .
dan
terima kasih kat tauke sebab belanja kami makan tadi :)

muka puas !
sayang korang lebih la . kami dari sekolah memang berempat saja . bukan tak ada kawan lain . tapi entahlah . lebih selesa berempat . sebab memang selesa berempat lah . berempat lebih baik kan :D


Tuesday, November 16, 2010

HB BALQIS :p


*******************************************************
131110 dah genap dua tahun dah anak tante
selamat hari lahir , Balqis Nur Ainaa :)
comel dan degil anak tante ni..hehe..
yang penting mata balqis itu
ikut mata tante yang comel ni kan :D
nanti tante free , tante datang melaka
kita sambut birthday balqis ya :)
******************************************************* 

Sunday, August 15, 2010

best friend forever

dedicated to my special wana and wanie
there is magic in long-distance friendships.
they let you relate to other human beings 
in a way that goes beyond being physically together
and is often more profound :)
*hugs

Saturday, August 7, 2010

kawan baik dan lembaga.


helo readers.malam ahad minggu ini aku lepak dataran keris dekat alor gajah dengan kawan baik aku.pertama kali aku lepak dekat sana.yela.sebelum cari tempat duduk tu.kami pergi beli ayam goreng,beli ice-blended,beli tauhu bakar,beli tengkorak.tak banyak pun :) sebelum ini cuma lalu saja dekat dataran keris.bila siang.aku tengok macam takda apa pun.tapi bila dah malam.wow! dataran keris hidup rupanya.mungkin akan ada lain kali untuk lepak bersama lagi dekat dataran keris.hey.sejujurnya.aku macam ada segan segan lagi dengan kawan baik aku tu.hehe.almaklumlah aku kan pemalu.disebabkan dia ada saja nak cerita.aku buat macam biasa la.sampai ada abang tegur,'banyak cerita'.werk ;p sebok saja.hehehe.terima kasih kawan baik.sayang ko*hug


hey.masa dalam perjalanan balik.wajib lalu dekat simpang ampat tu.orang kata simpang ampat tu kawasannya memang keras sikit.yela.jalan tar.keras la kan :D..tapi tapi tapi.bukan keras pasal tu.ini keras sebab macam ada benda yang menakutkan.huhu.lalu je dekat kawasan tu.tiba tiba kami nampak macam ada lembaga berjalan kaki.dari susuk badan macam lelaki tengah memegang satu bungkusan.huhu.baru nak cuak.rupanya betol.lembaga itu ialah orang.sebab aku nampak kaki.tapi kalau tak betul.wallahualam :| aku malas la nak fikir.istighfar saja la.benda yang kami nampak itu makhluk Allah juga.

apa pandangan kamu mengenai lembaga sebegitu di muka bumi ini?

Thursday, July 22, 2010

sweet twentyONE

 sweet twentyONE
especially for 
WANIE FAISYA 
hey this is ur day bebeh*hug.
i’m so blessed to have a friend like u
even we just know each other 
for a few months
this comes with many
loving thoughts & warm wishes
i send to u,
may ur day be filled with laughter
on this ur special day
& may the finest things
in life always come
ur way happy birthday!
not just a year older,but a year better.
i hope all your birthday dreams 
& wishes come true. 
friend remain evalasting.
may ALLAH bless u :)