Sunday, August 16, 2015

MASA UNTUK MEN-DEKO BLOG!! HEHEW ;)

Friday, February 20, 2015

dari sudut hati..

takde apa nak dicoretkan

tapi......

nak bagitahu, ayah aku sekarang tengah sakit. strok sebelah kanan sejak 13/12/14 akibat daripada serangan jantung pada 01/12/14.

doakan ayah aku cepat sembuh dan sihat serta ceria seperti dahulu!

semalam ayah cakap, impian ayah sekarang nak berdiri. kalau boleh berdiri.

nanti lama-lama ayah mesti boleh jalan.

doakan ye.


Tuesday, August 26, 2014

si pengguna tegar bio essence :P

Assalamualaikum! 

well.. sejak aku meng-kerjaya-kan diri sendiri di sebuah pekan kecil di Melaka, kulit aku sudah menjadi tidak sebati lagi warnanya.. dan telah memaksa aku mencari pencuci muka baru di Guardian.

*gambar hiasan:- sekitar majlis kahwin rakan tempat kerja*

jadi 

SEBELUM - Bio Essence Bird Nest
SEKARANG - Bio Essence Tanaka White

sehingga kulit menjadi sekata aku akan teruskan penggunaan.. semangat membara sangat ni!

wahhhhh sejak dah 25++ aku semakin risau kondisi kulit ku yang tidak konsisten, tak boleh nak makan bukan-bukan sangat.. kang mulalah dapat hadiah seketul dua jerawat di muka!

bagi aku dua-dua produk ni aku suka.. takde bagi effect kulit menggelupas, kering ke apa.. yang penting kena minum air masak secukupnya :)

okaylah.. nak mandi dan cuci muka bersih-bersih dengan Bio Essence Tanaka White ;)

Sekian, wassalam <3 p="">

Tuesday, April 15, 2014

sunburn!! apa nak buat ni?

Assalamualaikum korang!!

Sabtu lepas jumpa kawan iteww ♥(ˆ⌣ˆԅ)

teguran pertama aku buat ialah ;- warghhhh!! apesal muka jadik macam tu? macam tu ialah mukanya berbelang, kasar, menggelupas & terbakar!! macam panjang je kan maksud macam tu.. makna pendek macam tu ialah SUNBURN!

gambar ihsan google :')

sebagai kawan yang prihatin ♥(ˆ⌣ˆԅ)

maka tengah hari lepas habis kerja, aku pun bergegas pergi Watsons. masuk je dalam Watsons Segamat, aku disambut promoter produk! cisssss ni kang kalau tanya kompom promot produk dia je..getus hatiku memberontak!

sekali betul daaaaaaaaaaaaaa... demmm!!

puas mata aku meliar mencari seorang staf yang memang aku dah biasa, barangkali tengah rehat kot! lama aku termenung.. kalau dah jodoh, jumpa juga staf yang bernama Mira tu! kuikui :)

potpetpotpetpotpet.. maka inilah yang di-suggestkan khas untuk mereka yang sedang mengalami dan menderita masalah sunburn! 


NIVEA SUN MOISTURISING
AFTER SUN LOTION 

Sebab nama dia ada 'sun', maka aku pun ambil gambar dia disebalik sinaran matahari panas di petang hari! :)

Masa aku test pakai, aku suka juga dengan NSMASL (singkatan nama losyen nivea tu) hehew! Selain daripada bau dia wangi, dia mudah serap masuk dalam kulit kita.. maka, tak adalah rasa minyak-minyak kat kulit. Esok dah boleh dah pos ke pantai timur untuk kawan iteww tu ♥(ˆ⌣ˆԅ)


Deskripsi ringkas mengenai NIVEA SUN MOISTURISING AFTER SUN LOTION adalah di dalam Bahasa Inggeris.. malas nak men-translate-kan dalam Bahasa Melayu :p

The cooling and soothing lotion with Aloe Vera is quickly absorbed and intensively moisturises the skin. Regular application after sun exposure helps increase the skin moisture level, leaving it with a soft and silky feeling. Enriched with precious avocado oil. Nivea Sun After Sun Lotion maintains the skins elasticity and ensures a long-lasting beautiful tan. 


Features:
Nivea Sun 200ml Moisturising After Sun Lotion: Aloe Vera

Cools, soothes and moisturises
Quickly absorbed
200ml bottle

Untuk mendapatkan produk di atas, korang boleh terjah Watsons dengan hanya RM11.50 !! Harga mungkin berubah mengikut peredaran masa.. haa gitewwww :p

Wassalam.. terima kasih kerana membaca! :)

Friday, April 11, 2014

dah cabut gigi!!

Assalamualaikum!

selamat hari Jumaat.. nak yay or nay ek??? akhirnya, hari ini aku pergi juga Klinik Pergigian Kishor untuk mencabut gigi geraham ku yang sudah rosak.. sobs! sepatutnya, aku cabut gigi ni hari Rabu lepas.. namun lepas rasa elok sikit je.. aku mula rasa macam kekwat kat diri sendiri.. alahhh dah elok, tak payahlah nak bazir duit! nanti boleh buat benda lain..

sekali.. DANG!!!

hari Khamis, Dr. Kishor terserempak dengan ayah kat bank. blablabla 
(tengah bercerita pasal gigi aku)

Dr. Kishor kenal dengan ayah aku sebab dari aku kecil sampai besar, Dr. Kishor la yang 'bertanggungjawab' menjaga gigi aku.. gigi susu nak tumbuh, gigi susu nak tercabut, nak cuci gigi dan lain-lain yang berkaitan gigi memang ayah aku bawa pergi klinik dia je. masa sekolah siap pesan, kalau orang yang cek gigi tu nak tampal ke nak cabut ke apa.. jangan bagi.. ayah tak benarkan! ho-ho.. 

maka nak tak nak.. aku pun pergi jelah merelakan diri dan jiwa.. kurelakan jiwa~

jam 15:00, Jumaat

aku sampai di perkarangan Klinik Pergigian Kishor (fuh bahasa tinggi) HAHA!! masuk dalam.. bagi nama.. sambil duduk tu ada pulak makcik-makcik, macam biasalah mesti akan berborak, bercerita.. jadi, lupa kejap rasa gemuruh, rasa nak terkucil & rasa takut.. tak jadi nak telefon ayah.. sebab dah berani sikit!

Nabihah, masuk~

okeh aku pun masuk.. duduk atas kerusi diam-diam, doktor tengok gigi.. bius~

dalam tengah menunggu kejap tu.. staf-staf kat situ ajak berborak, maka aku pun berboraklah dalam keadaan mulut dah berbius.. susah nak cakap rupanya bila mulut dah bius.. eh gigi!! okeh dah sampai masa untuk aku habis berborak.. dah duduk diam-diam, doktor ambil peralatan dia.. gedegang gedegung (bunyi doktor buat kerja kat gigi aku) patutlah staf ajak berborak.. rupanya sakit woo.. siap cakap kat aku, jangan keraskan badan.. bertenang, etc! ada yang pegang kepala aku supaya tak gerak sangat kot~ siap aku terbayang  ayah aku diri depan aku tengok aku.. nak meleleh woo air mata.. so, korang boleh bayangkan kan sakit ke tak? 

pheww padehal ayah aku tengah buat apa la time tu.. huhu!

zaassss dah cabut.. untuk sentuhan terakhir, Dr. Kishor jahit bahagian gusi aku.. aku malas nak banyak tanya, since aku dah rasa sakit.. cuma dia pesan minggu depan datang untuk cabut benang & nak tengok lagi keadaan aku! 

okeh.. untuk cabut gigi tadi aku dikenakan bayaran sebanyak RM85!
rate harga daripada RM40 sehingga RM200 untuk cabut gigi~

dan disuruh 'pantang' selama seminggu untuk tidak makan benda yang pedas ataupun yang panas. semoga gigi & diri sendiri cepat elok :')


pssstttt pesanan khidmat masyarakat oleh Dr. HN!! well.. kalau ingat-ingat, zaman aku sekolah & belajar aku suka gila makan ais, siaplah buat ais perisa sunquick oren tu! habit yang tak patut sangat di-follow! seriuslah keadaan aku tak dapat gelak macam tu.. haha sakit kejap je ni!! :p

*notakakitangan - taip sambil kemam kapas 

Wassalam.. terima kasih kerana membaca! :)

Sunday, April 6, 2014

entri paling malas

Assalamualaikum!

selamat hari Ahad uols.. dah petang-petang ni serius mood malas gile.. ni sambil terbaring, sambil update entry!! hahahaha betapa malasnya~


pagi tadi sebelum tunggu uncle and family datang rumah, aku pergilah hospital nak ambil ubat ayah. tengah jalan nak masuk dalam bangunan hospital, tetibe nampak pokok besar-besar berbunga... terjua sebab cantik! nasib tak masuk longkang sebab melangak~ pheewww! jadi sbeleum nak keluar simpang hospital, laju-laju keluarkan hp untuk rakam memori berbunga di handphone ku ini.. kang save dalam memori otak sendiri ni kejap je lupa.. LOL!

sampai je rumah terus baring, baring dan baring~ tak sampai 10 minit baring, pin pin!! uncle iz hon je.. hamboi hamboi hamboi~ yang tua masuk rumah untuk borak-borak, yang budak macam aku (ehh budak ke? hahaha ) duduk main kucing kat luar!! ehh geram tengok nadia ni pegang kucing macam pegang permainan je.. aku ni dulu kemain takut.. dia boleh selamba badak je kan~


semalam dok mengadu kat blog gigi sakit..  jadi lepas uncle and family pulang ke JB, aku pergilah Kishor Dental Surgery. tak lama pun tunggu, kejap je dah dipanggil masuk ke bilik 1 untuk di-cek! doktor Kishor cakap gigi geraham aku rosak & kalau aku nak hari Rabu ni datang semula untuk buat minor surgery. kalau nak buat sekarang tak boleh, sebab berkaitan dengan mata.. risau apa-apa jadi! jadi, dia suruh makan ubat diberi.. dan hari Rabu datang semula ke klinik dia

the problem iz I iz susah makan ubat :(

heyyyy waley waley.. mudah-mudahan aku baik-baik je.. berdebor pulak nak jumpa doktor lagi hari Rabu~ huaaaaa!! siap cakap dalam hati, aku ni pagi petang siang malam gosok gigi.. hurmm benda dah nak jadikan~ redho je laaaaaa.. cakap dengan ayah, dia bising sebab aku suka makan aiskrim satu mangkuk, lepastu kunyah ais! dia kate aku ni dalah lembik~

sekian, terima kasih! wassalam.. :')

Saturday, April 5, 2014

macam-macam

sedih. sepatutnya esok hari paling menggembirakan aku. 
walaupun tengah sakit gigi~


haruslah bukan gambar sebenar, tapi sakitnye memang camgini..huargh!!

 memang aku tengah countdown untuk hari esok. hurmmm :/

lama tau tunggu.. hampir 5 bulan~