Saturday, June 25, 2011

tips kalau nak kahwin awal

assalamualaikum ! 02 julai adalah hari besar bagi kawan sekolah aku . dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan dia . disebabkan kawan aku sebaya dengan aku dan dianggap muda oleh segelintir ibu bapa untuk melansungkan perkahwinan , hari ini aku ingin berkongsi tips untuk kahwin awal . 

TIPS 1 : bakal suami perlu mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap . ini merupakan perkara paling utama. sekurang-kurangnya bakal suami haruslah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup pasangan . kalau bakal isteri berkerja sendiri dan tidak makan gaji pun , pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan korang adalah stabil untuk beberapa bulan .

TIPS 2 : mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan . mengikut nasihat pakar kewangan , korang harus mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan .

TIPS 3 : tahap pemikiran yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri . dan seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan .

TIPS 4 : berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda rumahtangga . sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan .

TIPS 5 : telah mendapat restu ibubapa . perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana korang haruslah mampu meyakinkan mereka kerana korang ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia korang yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu .

TIPS 6 : boleh bertolak ansur sesama pasangan dan tidak hanya mementingkan diri sahaja . jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga korang .

TIPS 7 : sentiasa bersangka baik terhadap pasangan korang setelah berkahwin nanti . korang dan pasangan masih muda ketika berkahwin . jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan mungkin diminati oleh orang lain . iyelah , masing-masing cantik dan hensem kan .

nah 7 tips untuk dikongsi bersama kalian ! fuh ini dah kenalan aku yang keberapa ek nak kahwin ! muda lagi ke kami ? sesuai ke tak ek budak lahir tahun 1989 nak berkahwin pada usia sekarang sebenarnya ? pada umur berapa sesuai berkahwin ? heyy , jawapan terletak pada diri sendiri sebenarnya ! apa pun selamat menempuh alam perkahwinan untuk semua orang yang bakal membina masjid ◠‿◠ 

18 comments:

eqacashperlala said...

kalau diikutkan, umur 22 tahun, da kira okay nak kahwin
tak lah awal sangat pun

kawan saya, 18 tahun dah kawen
lagi awal
anyway, anda bila lagi?
hehee :)

alif haris said...

huhu .. nnt2 la dulu kawin .. sy nk belaja dulu :D

misyamissyou said...

restu ibu bapa tu penting! kalau ttbe je nak kawen atas alasan lain? oh tidak...

Abang Stalker said...

sy nk kwin tp sy xde calon cm mn?

Miz Novexx said...

budak lahir 1989 takleh kawen lagi taw, kena bagi budak yang lahir 1991 dulu.... hahah (^_^)V

aRe-lOnG said...

wah...tips yang boleh diguna pakai untuk golongan muda yang bercadang untuk berkahwin awal..

lagi satu ia juga bagus untuk mengelakkan dari berlakunya maksiat...

Abang Stalker said...

MIz Novexx da gatal nk kwin..da seru le tu.hahahaha

hana nabihah said...

@ eqacashperlala
TUNGGU DURIAN RUNTUH BARU NAK KAHWIN :D

@alif haris
BAGUS2 ^_^

@misyamissyou
YUP MEMANG SETUJU SGT LARH :)

@Abang Stalker
HEHEK..BANYAK JE CALON ! KECIK HATI GF TU KANG CAKAP GITU :P TU AR KAN..CIK NOVEXX DAH DEKAT LE TUH >_<

@Miz Novexx
HEHE..EWAAHHH KEMAIN LAGI YE NOVEXX ! SAMPAI MASA JEMPUT YEP:D

@ aRe-lOnG
HUUU..YEP! MACEH :)

cik xeyrah said...

wahh...gud tips!! tq sis...hehe..tp saya pon mcm xleh lg kwen muda

epics said...

tq hana. nanti arif bagitau tips ni kat jiran epics. mane tau dia nak kawen awal. kih3....

Miz Novexx said...

Abang Stalker dan Cik Hana saya budak inesen ni... (~_~)V

hana nabihah said...

@ cik xeyrah
HEHE DAH BOLEH JANGAN LUPA JEMPUT SIS TAW !:D

@epics
HEHE ! ARIF YE ? JIRAN UMUR BERAPA TUH ? BEK GNA KAT ARIF JE ! :)

@Miz Novexx
HEHEK INESEN LE SANGAT NOVEX NI !REMBAT BOTAK KANG :P

sLpmEpLz™ said...

waa~ nk kawen la cmni.. haha

hana nabihah said...

@sLpmEpLz™
EWAHHH TUDIAAAA :D

Dawia.Honeyputri ❤ said...

hehe.. bila lagi tue..?
kawin penyelesaian yg baik disisi Allah S.w.T kerana membina masjid


^^

Nur Syafiqah Md Takiyudin said...

yang penting restu parents. insyaAllah akan dipermudahkan yg lain2. :)

taliff said...

harus di ingat, kahwin awal boleh, tapi tanggungjawab tu sangat penting...masa mula bercinta mmg akan rasa nak kawin, dah muak karang...huhuhu..habis madu, sepah tak habis-habis...huhuhu..peace :P

hana nabihah said...

@Dawia.Honeyputri ❤
huu , betul2 ^_^

@Nur Syafiqah Md Takiyudin
setuju ! restu amat penting :)

@taliff
tahu tak pe ! baru kenal kentut pun wangi..dah dapat nanti..aiyoyoyo :D