Assalamualaikum!
selamat hari Jumaat.. nak yay or nay ek??? akhirnya, hari ini aku pergi juga Klinik Pergigian Kishor untuk mencabut gigi geraham ku yang sudah rosak.. sobs! sepatutnya, aku cabut gigi ni hari Rabu lepas.. namun lepas rasa elok sikit je.. aku mula rasa macam kekwat kat diri sendiri.. alahhh dah elok, tak payahlah nak bazir duit! nanti boleh buat benda lain..
sekali.. DANG!!!
hari Khamis, Dr. Kishor terserempak dengan ayah kat bank. blablabla
(tengah bercerita pasal gigi aku)
(tengah bercerita pasal gigi aku)
Dr. Kishor kenal dengan ayah aku sebab dari aku kecil sampai besar, Dr. Kishor la yang 'bertanggungjawab' menjaga gigi aku.. gigi susu nak tumbuh, gigi susu nak tercabut, nak cuci gigi dan lain-lain yang berkaitan gigi memang ayah aku bawa pergi klinik dia je. masa sekolah siap pesan, kalau orang yang cek gigi tu nak tampal ke nak cabut ke apa.. jangan bagi.. ayah tak benarkan! ho-ho..
maka nak tak nak.. aku pun pergi jelah merelakan diri dan jiwa.. kurelakan jiwa~
jam 15:00, Jumaat
aku sampai di perkarangan Klinik Pergigian Kishor (fuh bahasa tinggi) HAHA!! masuk dalam.. bagi nama.. sambil duduk tu ada pulak makcik-makcik, macam biasalah mesti akan berborak, bercerita.. jadi, lupa kejap rasa gemuruh, rasa nak terkucil & rasa takut.. tak jadi nak telefon ayah.. sebab dah berani sikit!
Nabihah, masuk~
okeh aku pun masuk.. duduk atas kerusi diam-diam, doktor tengok gigi.. bius~
dalam tengah menunggu kejap tu.. staf-staf kat situ ajak berborak, maka aku pun berboraklah dalam keadaan mulut dah berbius.. susah nak cakap rupanya bila mulut dah bius.. eh gigi!! okeh dah sampai masa untuk aku habis berborak.. dah duduk diam-diam, doktor ambil peralatan dia.. gedegang gedegung (bunyi doktor buat kerja kat gigi aku) patutlah staf ajak berborak.. rupanya sakit woo.. siap cakap kat aku, jangan keraskan badan.. bertenang, etc! ada yang pegang kepala aku supaya tak gerak sangat kot~ siap aku terbayang ayah aku diri depan aku tengok aku.. nak meleleh woo air mata.. so, korang boleh bayangkan kan sakit ke tak?
pheww padehal ayah aku tengah buat apa la time tu.. huhu!
zaassss dah cabut.. untuk sentuhan terakhir, Dr. Kishor jahit bahagian gusi aku.. aku malas nak banyak tanya, since aku dah rasa sakit.. cuma dia pesan minggu depan datang untuk cabut benang & nak tengok lagi keadaan aku!
okeh.. untuk cabut gigi tadi aku dikenakan bayaran sebanyak RM85!
rate harga daripada RM40 sehingga RM200 untuk cabut gigi~
rate harga daripada RM40 sehingga RM200 untuk cabut gigi~
dan disuruh 'pantang' selama seminggu untuk tidak makan benda yang pedas ataupun yang panas. semoga gigi & diri sendiri cepat elok :')
pssstttt pesanan khidmat masyarakat oleh Dr. HN!! well.. kalau ingat-ingat, zaman aku sekolah & belajar aku suka gila makan ais, siaplah buat ais perisa sunquick oren tu! habit yang tak patut sangat di-follow! seriuslah keadaan aku tak dapat gelak macam tu.. haha sakit kejap je ni!! :p
*notakakitangan - taip sambil kemam kapas
Wassalam.. terima kasih kerana membaca! :)
Wassalam.. terima kasih kerana membaca! :)
1 comments:
rongak da gigi biha...kekekke
Post a Comment