1. LERAIKAN CASING HANDPHONE
lepas jek kita selamatkan handphone kita mati lemas, memula leraikan casing handphone. ini untuk membebaskan air supaya tidak terkurung di dalam handphone terlampau lama.
2.TANGGALKAN BATERI
lepastu terus tanggalkan bateri daripada handphone. jangan terus tunjuk pandai atau gatal tangan nak cuba hidupkan dalam keadaan basah! kelak korang sendiri yang akan kena renjatan elektrik ala-ala baby..maknanya elektrik slow~
3. TANGGALKAN SIM
bukak SIM cecepat dan bersihkan sehingga kering menggunakan kertas tisu/kain lembut/dan segala jenis bahan yang boleh digunakan untuk mengeringkan. a
4. GUNA PEMBANTU
aku pernah dengar orang tua berkata, kalau handphone terendam dalam air..cepat leraikan dan pergi jemur di bawah sinaran matahari. tapi kalau dah malam macam sekarang ni...*ermm 22:42 sekarang ini! korang boleh menggunakan kipas angin ataupun hairdryer! hohoh.. tapi kalau guna hairdryer, jangan guna dekat sangat dengan handphone kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam handphone.
5. TUNGGU
yang terakhir, tunggu! setelah berusaha mengeringkan handphone dan handphone telah kering sepenuhnya. pasangkan semula casing, bateri dan SIM. kemudian cuba hidupkan handphone korang. jika tidak menyala, cuba charge bateri handphone korang tu. tapi lepas cuba hjugak namun tidak berhasil, maknanya korang kena dan haruslah membawa handphone korang ke kedai untuk dibaiki! ha-ha :D
pssstttt...tip tambahan, orang-orang dulu selalu kate kalau handphone terendam dalam air letaklah handphone yang kena air dalam beras.
sekian! terima kasih kerana membaca.
2 comments:
tips berguna ni.. hee
tq :)
Post a Comment