Friday, July 27, 2012

tips pabila handphone terendam dalam air


assalamualaikum! oleh kerana aku rasa malang sikit harini disebabkan insiden seperti gambar di bawah..

ihsan google image.

aku nak share sikit dengan korang ape perlu kite buat bile handphone samada secara sengaja atau tidak sengaja terendam dalam air. korang tak payah ada keyakinan tinggi sangat dengan terus pergi beli handphone baru ye! korang try dulu kekdah2 yang aku cuba kongsikan..
*pssttt aku tengah cuba jugak ni >_<

1. LERAIKAN CASING HANDPHONE

lepas jek kita selamatkan handphone kita mati lemas, memula leraikan casing handphone. ini untuk membebaskan air supaya tidak terkurung di dalam handphone terlampau lama.

2.TANGGALKAN BATERI

lepastu terus tanggalkan bateri daripada handphone. jangan terus tunjuk pandai atau gatal tangan nak cuba hidupkan dalam keadaan basah! kelak korang sendiri yang akan kena renjatan elektrik ala-ala baby..maknanya elektrik slow~

3. TANGGALKAN SIM

bukak SIM cecepat dan bersihkan sehingga kering menggunakan kertas tisu/kain lembut/dan segala jenis bahan yang boleh digunakan untuk mengeringkan. a

4. GUNA PEMBANTU

aku pernah dengar orang tua berkata, kalau handphone terendam dalam air..cepat leraikan dan pergi jemur di bawah sinaran matahari. tapi kalau dah malam macam sekarang ni...*ermm 22:42 sekarang ini! korang boleh menggunakan kipas angin ataupun hairdryer! hohoh.. tapi kalau guna hairdryer, jangan guna dekat sangat dengan handphone kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam handphone.

5. TUNGGU

yang terakhir, tunggu! setelah berusaha mengeringkan handphone dan handphone telah kering sepenuhnya. pasangkan semula casing, bateri dan SIM. kemudian cuba hidupkan handphone korang. jika tidak menyala, cuba charge bateri handphone korang tu. tapi lepas cuba hjugak namun tidak berhasil, maknanya korang kena dan haruslah membawa handphone korang ke kedai untuk dibaiki! ha-ha :D

pssstttt...tip tambahan, orang-orang dulu selalu kate kalau handphone terendam dalam air letaklah handphone yang kena air dalam beras.

sekian! terima kasih kerana membaca.