Friday, December 20, 2013

2 huruf K

ASSALAMUALAIKUM!

pemende bai tajuk 2 huruf K tu jah??? huruf K yang pertama ialah KAD BARU, huruf K yang kedua ialah KUTU

tadi lepas hantar lunch box untuk orang-orang Segamat, aku curi lah masa 10 minit untuk menukar kad maybank aku yang dah sekian lamanya berkhidmat dengan aku. Kalau tidak kerana SHAKLEE mencadangkan aku untuk tukar debit card, mungkin aku tak akan tukar. Yelah, aku kan sentimental value tinggi punya orang, segala barang yang pertama menjadi milik aku.. memang aku sayang gile babeng!! Ok tak sampai 10 minit tunggu, dah siap... cas yang dikenakan RM12! jadi hasil yang aku perolehi, daripada kad berwarna kuning menjadi kad berwarna merah dengan gambar buah ceri. Baru mulut aku nak berkata-kata nak minta balik kad lama aku yang warna kuning tu, staf tu dah buanggggg.. sobsob sedih amat! Baru ingat nak simpan.. huaaa menangis kejap! tapi takpelah lepasni lebih mudah untuk uruskan pembelian produk SHAKLEE :) positif-positif..


Kutu.. sebut soal kutu, macam-macam jenis kutu ada kat dunia ni.. kutu emas, kutu wang ringgit, kutu perabot... tapi aku nak cakap soal kutu lain, iaitu kutu kucing!! semenjak dua menjak ni, aku tengok kucing aku ni selalu terkeruk-keruk, jadi dalam kepala otak aku yg tipikal pikir.. mesti kucing ni ada kutu.. sebab tulah camgini perangai dia.. tadi lepas singgah maybank, aku carilah kedai petshop yang aku dah biasa pergi tu.. tanya punya tanya, aku decide beli yang ni


nama spray untuk mengatasi masalah kutu pada haiwan berbulu ni ialah FRONTLINE SPRAY! boleh didapati di mana-mana petshop dengan harga lingkungan RM45 untuk saiz yang kecil dan RM75 untuk saiz yang lebih besar. tengok review hasil carian di google, ramai yang memuji! jadi tak salah untuk aku sprayyyyy mak kucing, abang kucing, adik kucing dan adik kucing..

itu sahaja cerita aku untuk kisah 2 K.. sehingga mendapat seru lagi untuk menulis. 

terima kasih kerana membaca.. wassalam! :)

1 comments:

She's DHHassan said...

2 k okeiiii... huhu tajuk sangat klishe