Wednesday, February 2, 2011

segamat banjir lagi !

assalamualaikum readers !
rel kereta api kat sungai segamat~
hey ! aku baru balik segamat hari semalam . tak sia-sia aku 'berenang' nak balik rumah ! apapun aku rasa sangat bahagia berada di rumah setelah seminggu lebih bertapa di melaka akibat dugaan yang aku dapat pada 210111 ! dan aku sudah beransur pulih :) 
rel kereta api.
hari ini sudah 020211 ! banjir sudah mulai surut di kawasan segamat ! cuma di batu lapan air masih deras . semalam aku berjuang habis-habisan nak balik rumah ! pagi 010211 aku pergi ke melaka sentral untuk tanya tiket ke segamat . ada memang ada . bas pukul 3 petang . tapi bas tu kena ikut yong peng - labis - segamat ! bas kena berpusing pusing sebab jalan yang biasa bas lalu ada jambatan yang roboh dan ada jambatan yang dah senget !
kat laluan bandar utama.
oleh sebab bas lambat sangat petang , aku buat pilihan kedua . aku naik bas ting tong !! dari melaka sentral - tampin - gemas - segamat . tapi aku dapat naik bas sampai gemas je . dari gemas ke segamat tiada bas . nasib baik aku contact member aku . jadi member aku pon contact member dia yang duduk gemas ni suruh ambil aku . thanks ye ambil aku kat gemas dan hantar aku sampai batu lapan . lama juga aku naik gcb tu . sampai la batu anam . pengalaman siot naik benda tuh :')
medan selera jalan muar ! habislah budak nurse kat situ~
sampai je kat batu lapan , air tinggi dan deras . aku tiada pilihan lain . aku kena tunggu kat situ . alhamdulilah !! ada kenderaan untuk aku ke seberang . korang tahu aku naik apa ? aku naik gcb siot ~ tapi kena bayar la tambang tuh . takde apa yang free sekarang weyh :')
sungai segamat.
sampai dekat batu anam . aku kena tunggu member aku pula . sebab dia kata aku lembap sangat nak sampai kat situ , dia pula dah melintas nak ke seberang tempat aku naik . boleh tahan betul . huhuhu . tapi takpe aku tunggu jelahhh dia tuh . lepas masing-masing dah redah banjir . barulah kitorang balik . thanks ye hantar aku balik . huhu . 
bandar utama dari udara.
dan sekarang ! habuan yang aku dapat ialah aku dapat pakej demam , batuk dan selsema ! ada ummphhh :') 
aku pada 010211 semakin pulih dari kecederaan 210111 :)
alhamdulilah untuk ujian ini Ya Allah :)

kepada mangsa banjir , semoga tabah mengahadapi ujian Allah ini . dengan kuasa Allah tempat yang tak pernah banjir pun boleh banjir tahun ini . malah ada yang klasifikasikan banjir januari 2011 lebih teruk berbanding disember 2006 .

*************************************************

p/s - gara - gara banjir pun ayah aku pun tersangkut sorang sorang dekat terminal selama dua hari . alhamdulilah ayah kuat dan tabah :')

6 comments:

Mra Mastura said...

ayh kau terminal mn lak??

jg diri

hana nabihah said...

kat segamat..segamat kan terputus hubungan..semalam juga ayah aku dapat balik..

lelakiJAHAT said...

weyh,...pakai ape cam xde tgl parut..wah ni jeles ni...

saye xcdent 2 tahun lepas pon parut xhilang lagi ni

hana nabihah said...

@lelaki JAHAT

eh ada lagi parut kat dagu je tinggal ni.. :)kaki gn tangan pun ada lagi :p

Kembang Perawan 3288 said...

dah lame x duk pekan sgmat.rindu mekdi sgmat.ahaks..

hana nabihah said...

@kembang perawan 3288

wahhh..meh la mai tgk mekdi kene banjir ni :D