Saturday, November 24, 2012

leman

assalamualaikum!

hari sabtu aku yang sungguh menyedihkan. dah hampir seminggu, kucing aku yang bernama Leman menderita kesakitan. dah bawa pergi vet bagai..erm dia dah macam anoreksia..tinggal tulang je sekarang tapi perut dia besar macam kena busung. sekarang dia tengah terbaring nazak dalm kotak. satu hari suntuk. sampai dia berak pon dalam tempat tu juga :( 

pagi dan petang tadi selera makan dia, dah kemuncak! so aku agak happy..sebab aku buatkan nasi+ikan bilis beserta udang kering, potongkan daging bakar dan minum petang aku bagi ikan bilis. memang selera dia dah normal dan bahagia je makan. paling dia suka ayam kfc..aku kalau bawa balik bungkus, dia lebih handal daripada jauh boleh bau :)

tapi tadi petang nak waktu maghrib, aku pulang ke rumah membawa sebiji kelapa muda..dengan harapan nak bagi dia minum.. tapi dia tengok je! dia dah tak bermaya dan tak boleh bangun.. bagi makan pun dah taknak. kejap-kejap aku berlari pergi depan tengok dia.

aku redha Ya Allah kalau kucing ni pergi sekarang..aku tak sampai hati nak tengok dia menahan sakit macam tu.. kalau dia orang, mesti dia dah bagi tahu kat aku apa sebenarnya sakit dia.

masa dia tengah terbaring manja :')

kekeke muka die mesti macam marah kalau aku kacau

kalaulah dia meninggal, aku akan tanam dia dan balut dia dengan selendang paling aku sayang :') ermmm lepas ini, dah takda kucing nak sergah aku pagi-pagi buta, tak ada kucing nak miyauuuu kat aku kalau duduk depan pintu toilet, tak ada kucing tidur kat katil aku lagi mcm dia lah tuan, tak ada kucing nak tunggu aku balik lagi.. :( 

aku redha..wassalam ;(

2 comments:

Rozuan Ismail said...

sabar ye.harap2 umur dia panjang.

hana nabihah said...

die dah meninggal :(