Monday, August 15, 2011

cabaran tiga puluh hari - sembilan belas

day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda

assalamualaikum ! cabaran tiga puluh hari sudah sampai ke hari yang ke sembilan belas . hurm sambil aku memegang dagu aku , duk fikir ! jenis manusia yang menarik perhatian aku ! orang macam mana ek yang menarik perhatian aku ? aisey ~ susah bhai soalan ini . demi menyahut cabaran , aku senaraikan juga ;-

orang yang rajin - 
contohnya rajin belajar , rajin usaha nak tambah hasil pendapatan .

orang yang pembersih - 
memang aku kagum ! kalau pergi rumah orang pembersih , mesti aku akan cakap wahh bersihnya ! tak ade habuk pon . situasi ni biasa kalau aku pergi rumah nenek aku . hiks :')

orang yang mulut longkang - 
memang aku akan tunggu dan lihat je orang macam ini !

orang yang aku sayang dan sayang aku - 
aku sentiasa akan mengikuti perkembangan dia . walaupun dia jauh dan tidak berada di depan mata ~

orang - orang tua -
orang tua yang nak melintas jalan , yang tengah jalan . mesti aku gedik sebelah nak tolong hantar . sebab aku fikir , satu hari nanti aku akan tua ! aku pasti akan alami apa yang dirasai orang tua itu .

hehehe , tu je la kot ! yang betul - betul menarik perhatian aku . yang lain pon menarik juga , tapi tak berapa nak perhatian la :p sekian , terima kasih !

1 comments:

Abang Stalker said...

nk menarik perhatian,jalan smbil bogel. :D