Thursday, May 19, 2011

youthful kumar

assalamualaikum !

khamis yang suram. hari ini aku dapat berita daripada beberapa kenalan aku, bahawa seseorang yang pernah rapat dengan aku dulu dah tak ada lagi di dunia ini. arwah pergi dulu. Allah sayangkan arwah. menitis air mata aku. ermm, dulu masa aku dengan arwah, aku ada buat entri pasal arwah. disebabkan arwah minta aku merahsiakan identiti arwah , arwah sanggup letak nama sebagai kumar. yeah, youthful kumar (ada entri yang hilang). kali terakhir aku jumpa masa sebelum arwah pergi praktikal hujung tahun 2010. sempatlah arwah tunjuk tempat nak praktikal dekat cybersecurity, tempat abang dia. dan masa aku kemalangan bulan januari 2011 ada juga arwah telefon tanya khabar dekat aku. itulah kali terakhir arwah berhubung dengan aku. 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
awak, saya nak cakap sesuatu. saya tahu awak tak boleh nak baca apa saya tulis ni lagi. awak tak dapat tahu perkembangan saya lagi. lepas awak tak ada baru saya tahu, awak betul sayang saya. itu pon kawan saya beritahu dekat saya. awak tak bagi dia bagitahu saya. saya nak sangat minta maaf dengan awak daripada hujung kaki sampai hujung rambut saya. halalkan segala makan minum saya dengan awak. halalkan segalanya. sweater awak saya jaga elok-elok ni tau :') saya minta maaf dahulu andai saya pernah lukakan hati awak . dan selama saya dengan awak dulu, awak ampunkan saya ye. saya pun macam tu, saya halalkan segalanya dan selalu maafkan awak. saya akan ingat awak selalu. dan saya hargai persahabatan kite dahulu. semoga awak ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tenang di sana. al-fatehah abdul hakim b. mohd kamal ~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

8 comments:

Mr.Superman said...

telo di basuh.alfatihah..

misyamissyou said...

weyh..aku sedih...xtau nk ckp pe..aku blk klinik aku on9 ttbe dpt brite cm ni..terus je aku off9..cm terkejut gile..aku hri tu de jnji nk borak ngan dia kt fb..tp..entah la..ni br on9 balik..td aku xsgp nk on.. :'(

Eddy Ahmad said...

:) biha saba k. senyum selalu.

aLiEm KaKaShi said...

terkilan...al-fatihah utk arwah...tabah k...1 hari nnt aku pon akn pegi gak...

Unknown said...

@abang stalker
:')

@misyamissyou
aku lagi la kan ~

@uyc
baek abang :')

@aliem kakashi
erkk..oke..thanks :')

Inoue Michiyo said...

tak sangka sgt2..:(

Mra Mastura said...

aku nak tanye semalam, tp aku lupe. ade gak aku perasan org post pasal dy. :( sorry to hear that. be strong k beb?

alfatihah

Unknown said...

@cik muda nurul
ermm :')

@mra mastura
oke babe ! thanks :')