Thursday, April 28, 2011

aku pengguna maxis tegar !

assalamualaikum !

selamat tengah hari semua ! hari ini hari khamis yang panas . peluh dah macam air terjun gunung ledang rasanya ! wahh kan best dapat pergi mandi air terjun pepanas bute ni . sudah semestinya kulit jadi sawo matang nanti der . kawan – kawan yang bekerja dan belajar tu , nanti cuti kita pergi gunung ledang nak tak ? dah bertahun rasanya aku tak jejak kaki  kat sana tu.

hari ini aku nak cakap mengenai aku dan penggunaan telefon bimbit atau nama mesranya hp . seperti sedia maklum , orang zaman sekarang tak sah kalau tak ada hp . sekarang dah tak boleh nak terkejut kalau tengok budak 5 6 tahun pegang hp . aku pula mula pakai hp masa umur aku 14 tahun . awal tak ? sampai sekarang aku masih pakai nombor yang sama . bayangkan berapa lama dah nombor aku tu ? bhahaha ! hari ini aku nak kongsi dengan korang hp aku yang pernah aku pakai sejak zaman pakai baju sekolah :’)

motorola c332 . dari umur aku 14 tahun sampailah 15 tahun
motorola c380 . dari umur aku 15 tahun sampai 16 tahun .
sony ericsson t630 . dari umur aku 16 tahun sampai 18 tahun . 
PDA model china . cool siot benda ni . siapa kata barangan cina low class . aku beli masa aku 18 tahun dan aku guna sampai umur aku 20 tahun .
hp pemberian dia masa b'day aku yang ke 19 ~
motorola ape tah . masa umur 19 tahun . tak engat pulak . hp ni dah tak ada . kena curi . menanges aku jawab paper muet masa tuh . berjurai air mate . sebab aku pakai duit gaji aku weyh beli :'(
hadiah daripada ayah aku . aku pakai hp ni daripada umur aku 20 tahun sampai sekarang .
ini aku pakai bila perlu je .
last but not least ! sehingga sekarang aku guna . aku beli RM30 je . hp yang paling aku suka . sampai kembung keypad dia . tak payah tengok pon tangan aku boleh laju je menekan :p
 oke , itu sahaja ! aku ini bukan gila telefon bimbit . cuma aku suka menghabiskan duit . sebab itu  , mak aku kata , aku pandai cari duit dan pandai menghabiskan duit . sejak sekolah aku buat kerja part-time . sebab itu aku boleh beli telefon bimbit ini . lagipun second-hand ! nak jual balik pun dah tak ada harga :) untuk pengetahuan korang , telefon bimbit ini semua masih berada dalam keadaan yang baik dan elok lagi dalam laci kat bilik mak ayah aku . hehe . ingat nak ambil tadi , nak masuk dalam blog kan . tapi malas ar nak masuk bilik mereka sebab mereka tak ada kat rumah :') 

untuk top-up pula kan , sekarang ini aku jarang gila top-up telefon bimbit aku . masa 07042011 , aku ada top-up RM10 sampai hari ini 28042011 baki masih ada dalam RM5 lebih . aku pun tak tahu kenapa . macam tak berusik pun ada . pernah dulu , aku sampai tak tahu mana hp aku letak . sebab aku jenis tak suka nak berkepit dengan telefon bimbit . pergi kelas kadang hp aku pun aku letak je kat rumah . haha . elok juga macam ni , sekurangnya aku boleh berjimat dari segi top-up . muehehe :p

oke , ini sahaja . terima kasih kerana membaca :')


10 comments:

gnesop said...

byk koleksi phone dia.. :)

Unknown said...

@sop

minat :)

Mr.Superman said...

:) 28042011,10:32am topup rm30..hbs 28042011,14:12PM.lebih rm5 kt no mxs tu klu x taw nk bt pe,msj le no digi ehem2 tu.. :P

Unknown said...

@abg stalker

hahahaha i follow u ! malas nak pegang hp :p

Mr.Superman said...

ok,i tggu smpai u dpt hidayah k. :P

Unknown said...

kahkahkah ! oke :')

Mra Mastura said...

aku pn de terpk nak list kan hp2 aku.. keh3.. bak no maxis leh calling2 =P

Unknown said...

@ mra mastura

hehe , hp murahan jep :)
haha nah nombor aku 01279***** ^^

minty_mint said...

wahh... da jd koleksi da.. siap mak ayh tlg simpankn lg.. huhu... gud2... ^^,

Unknown said...

@min scherbatsky

hehe..thanks :P