Monday, October 25, 2010

macam macam la ~

salam readers . macam mana hari ini ? oke . mood aku so-so . semak sebab nak exam kan . esok ada paper law . minta mintalah aku boleh jawab . seriously law ini susah . sebab banyak akta dan kes nak kena ingat . ouh memori dalam kepala . tolonglah simpan sekejap apa yang aku baca ini . sampai habis paper pon jadilah . kejap lagi aku nak sambung baca law ini . tapi sekarang aku nak luahkan apa yang ada dalam pemikiran aku .

perkara pertama ialah perkhidmatan broadband yang agak macam siput semenjak dua menjak ini . tak kira la maxis ke celcom . huh . nasib lah nak kena duduk dekat muadzam ini sampai 01 november saja :) setelah aku fikir dan kaji la dengan kawan aku . line jadi lembap semacam sejak sibuknya nak buat bandar satelit dekat muadzam ni . oke fine . kalau nak buat bandar satelit sekali pun . tolonglah jangan jejaskan perkhidmatan line kat sini . sebab kerana broadband ini la aku boleh hidup dengan tenang dan gumbira di sini . hahaha .

perkara kedua ialah masih berkenaan dengan proses kewujudan bandar satelit . haha . kerana bandar satelit haiwan haiwan hilang tempat tinggal . bayangkan . dari kawasan belakang uniten sampai la ke simpang nak pergi segamat . pokok pokok dah habis dah hilang . togel dah muadzam . adeh ~ lepas ini panas la kawasan muadzam . dah tak dapat nak rasa sejuk sejuk sampai ke tulang . eh apa kena mengena dengan cuaca dan haiwan ini ? oke . tu sebenarnya isi sampingan saja :p 

macam ini , hari sabtu lepas aku pergi pasar malam dengan kawan aku naik motor . pergi berempat tapi balik bertiga . huhu . sebab lagi sorang ada hal kena balik ~ masa dalam perjalanan nak balik uniten tu . aku ternampak babi . besar gila kott . babi kat kawasan pasar malam . aku terkedu kejap . yela . sebab aku tengok babi tu macam nak menuju ke arah aku pun ada . aku macam dah cuak je . sebab kawan aku dua orang dah lepas ke depan . aku tak lepas lagi . sebab tiba tiba je ada kereta dengan lori la nak lalu . haha . beriya iya aku sebut kan nama binatang tu kuat kuat . kawan aku ingat aku ni maki kat orang . tapi dia pon sama terkejut tengok haiwan mamalia tersebut . lepas je clear tak ada kereta aku pun terus pecut . aku dah terbayang dah kalau tak lepas nanti . mana tau babi itu lompat naik atas motor . lepas itu siap tanya :
' kak nak helmet kak..tak takut jpj ke kak ? ' ....
warghhh !!! serik doe . pengalaman besar aku dapat malam itu . ermm . itu sahaja aku nak kongsi . moral of the story yang aku dapat sekarang , baru aku macam setuju penebangan hutan secara berlebihan mendatangkan mudarat kepada manusia dan haiwan itu sendiri . sampai binatang tiada tempat tinggal kott . kesian ~


4 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

muadzam ke skrg? hehe..tiap2 minggu sis lalu situ..

Unknown said...

aah muadzam sis :)

botak said...

apa la,sopan la sket,khinzir la.menatang tu mmang la bsepah kat sini,dah kampung dia nak buat mcam mana kan.yg penting dia tak usik org kan kan kan.

Unknown said...

@ botak

alalalala..ampunnnnnn :)