assalamualaikum...
aku
selalu baca mengenai kajian karektor anak sulung, tengah, bongsu atau tunggal
termasuk dalam hal mencari pasangan berpandukan urutan kelahiran seseorang itu.
hasil pembacaan tersebut memang ada banyak benarnya. tambahan, kajian karektor
anak sulung memang tepat dan kena dengan aku. rumusannya, aku seorang anak sulung yang…
1 - INGIN MENGUASAI
-
aku rasa semua anak sulung ada sikap ini (sila mengaku wahai anak sulung). sebab
aku kan paling tua jadi adik-adik aku wajib hormat aku muahahaha. tapi sifat
ingin menguasai ini bukan sahaja terhadap adik-adik malah terhadap sesiapa
sahaja sebenarnya termasuk kawan-kawan, kekasih atau orang bawahan (kalau aku
ketua ar muahahaha).
2 - MANJA
-
aku mengaku aku sebenarnya seorang yang manja ngeeeee~. kalau nak tahu, dari
kecil sampai ke besar memang aku akan dapat apa yang aku nak. tak minta pun
mesti tetiba benda itu dah ada. itulah kuasa ‘body language’ weeee… hoho itu
cuma salah contoh akan kemanjaan diriku di mana mak ayah memenuhi kehendak aku.
teruk bebeno! ahaks ahaks
3 - KERAS KEPALA ATAU DEGIL
-
ini memang sangat-sangat tepat dan tidak dapat dinafikan lagi. aku memang
sangat-sangat keras kepala dan degil.
4 - SIFAT TIDAK MAHU KALAH
- haaaa
aku memang daripada dulu macam ni ar. sentiasa nak menang je kalau gaduh /
bertengkar. ehhh dah namanya pun keras kepala hahah. tapi bila dah besar aku
jadi makin rasional dan tidaklah asyik nak menang je kalau berbalah. kalau
betul aku salah, aku mengalah dan diam. tapi kalau aku rasa aku tak salah dan
kata-kata aku benar, memang aku akan terus perjuangkan.
5 - BERTANGGUNGJAWAB
- malu
aku pasal ni! macam puji diri agaga. tapi sebagai anak sulung aku memang lebih
rasa bertanggungjawab terhadap adik-adik. koya betul!
6 - CARING / AMBIL BERAT
-
aku bukan jenis tunjuk sgt akan ke’caring’an diriku ini tapi ada masa-masanya
orang akan perasan la aku ni caring. hahah koya lagi ayat aku macam nak
lempang. serius kadang-kadang orang tak sangka aku camtu sebab aku kan ala-ala
ganas/ brutal gitu! ahak ahak..
7 - INGIN MELINDUNGI
-
hmm ye aku seboleh-bolehnya akan melindungi adik-adik, famili, kawan-kawan dan
sesiapa sahaja yang aku sayang. wink wink :)
8 - PENDAMAI
-
aku memang suka jadi pendamai bila ade siapa-siapa bertegang urat atau
bertengkar. tak baik la gaduh-gaduh ni, rileks-rileks dah ar der. huhu..aku
macam ade terbaca biasanya anak tengah dan bongsu memang suka jadi batu api. hahaha
jangan marah!
9 - LEBIH SUKA MEMERHATI
-
aku lebih suka memerhati daripada bercakap atau keluarkan pendapat. dan aku
mudah setuju dgn pendapat orang kalau dirasakan relevan. kalau dalam mesyuarat
ke apa aku jarang sangat bagi cadangan atau komen apa-apa. aku lebih suka diam.
10 - EGO
-
ngeee anak sulung memang semuanya ego belaka. yelah, dia paling tua. semua kena
ikut cakap dia. haipp! jangan membantah. kahkah.
11 – TEGAS DAN GARANG
- aku
memang tegas dan berkeras dengan apa yang aku buat dan mahu tak kira apa pun.
dan aku memang budak garang ahahahaha.
12- BERDIKARI
- biasalah semua anak sulung memang begini. senang
cerita tak mahu menyusahkan orang. aku bukan jenis suka ajak kawan untuk
menemani aku mana-mana. yelah, kita pun tahu mereka mungkin ada kerja lain nak
dibuat dan kita tidak mahu mengganggu atau mengambil masa mereka semata-mata
untuk menemani kita.
anak
tengah pula sangat-sangat perahsia dan kurang percaya orang lain. suka pendam
rasa dan mudah tertekan. penyayang dan pandai ambil hati.
anak
bongsu pula manja dan selalu inginkan perhatian. kadang-kadang rasa terpinggir
dan rasa tidak dipedulikan maka ada sedikit sikap mudah putus asa. mudah
beralah dan sentiasa tenang. sukar mengawal situasi dan perlukan dorongan.
anda
pula bagaimana? :)
0 comments:
Post a Comment