Showing posts with label buta warna. Show all posts
Showing posts with label buta warna. Show all posts

Monday, July 18, 2011

Buta Warna

assalamualaikum !

hello monday morning ! pagi buta tadi aku pergi pasar beli bahan mak aku nak masak rendang . istimewa hari Isnin katanya . lepas baca Metro , aku tak tahu nak buat apa . aku hidupkan televisyen ini . tukar siaran sana , tukar siaran sini . akhirnya aku macam tertarik dengan cerita kelakar tak hengat , cerita Buta Warna ! cerita yang menceriakan pagi kami bertiga di rumah pagi tadi . cerita ini diterajui oleh Awie sebagai Amri , Jehan Miskin , Jihan Raja Lawak dan seorang awek model yang menjadi heroin iaitu Anna Lesovaya .

sinopsos pendek :

Buta Warna ialah cerita komedi romantik antara pemuda Melayu yang buta warna , Amri dengan minah salleh yang sedang merantau , Amy Isabella . Amri bekerja sebagai pengawal di hotel yang didiami Amy . Walaupun Amri yang dilakonkan Awie berbadan sasa , dia sentiasa berasakan dirinya cukup kerdil . Amri sering dibuli beach boy iaitu Black dan Shila yang mirip Ugly Betty . Shila begitu meminati Amri dan sanggup membuat apa saja untuk Amri , manakala Black pula amat meminati Amy yang sering didekati Amri .

selamat menonton telemovie Buta Warna ini ye korang ! kalau kat Astro tak ada ulang - ulang , cari kat Youtube pon boleh . sekian . terima kasih kerana membaca :')