Saturday, March 23, 2013

Advancer Bio-Essence Bird Nest berderai

ASSALAMUALAIKUM!

yeah seperti tajuk di atas.. aku amat berdukacita sekarang sebab sebotol Advancer Bio-Essence Bird Nest aku telah berderai menjadi keping-keping kaca yang sudah tidak berharga lagi di mata sesiapa.. 

selang beberapa minit selepas aku publish entri Sabtu, botol kaca itu jatuh pecah atas kecuaian aku sendiri. hurmm nak menyesal dan nyanyi lagu dondang sayang pun dah tak guna.. apa yang aku macam ralat sedikit ialah aku baru guna bulan November 2012 tau. untuk pengetahuan korang, sebotol Advancer Bio-Essence Bird Nest boleh bertahun hampir 2 tahun. bayangkan sepatutnya aku boleh guna sehingga November 2014.. kan an an an?

saat Advancer Bio-Essence Bird Nest jatuh berderai :'(

setelah Advancer Bio-Essence Bird Nest dikumpulkan :'(

ini adalah gambar muka selepas 2 tahun aku pakai produk Bio Essence. perubahan kulit aku adalah lebih cerah daripada sebelum aku guna produk ini weh! sekarang aku keluar pun cuma pakai Advancer Bio-Essence Bird Nest dan bedak tabur macam tepung jenama baby johnsons serta lip ice.. 

produk Bio Essence memang cambest ...

tapi huaaaaaaa siapa yang baik hati nak belikan aku sebotol yang baru ini? sobsobsob (T_T)

huuuu nak sambung bersedih di alam mimpi pula..bubye! 

sekian, terima kasih :')

0 comments: