Monday, October 3, 2011

rumah | sepuluh ke tujuh belas

assalamualaikum !

selamat pagi semua ! hari ini adalah hari pertama aku berada di rumah baru , rakan bilik baru dan suasana baru . huuu untuk hari pertama , aku tak boleh nak tidur la :( pukul 3.45 pagi tadi masih terkebil-kebil biji mata . pukul 5.37 pagi tadi dah bangun sampailah sekarang . 

semalam rakan bilik aku yang lama tolong angkat barang aku pindah masuk rumah baru . huuu sedih hati aku . yelah daripada orientasi(2009) aku dengan dia serumah . tapi semester ini aku tak serumah dengan dia atas pilihan aku sendiri . apapun kena biasakan diri hidup tanpa dia ! yelah , semester ini kan semester terakhir dia ada dekat muka bumi Muadzam Shah ini . kiranya aku buat praktikal berjauhan dengan dia sebelum dia tinggalkan aku penghujung semester ini . semalam dah angkat-angkat barang , aku ajak dia layan Hantu Bonceng dulu . dah habis gelak-gelak , dia pun cakap nak balik rumah . aku pun cakap - baliklah , hati-hati kot ade apa-apa kat depan tu kang ! HAHA :D tapi masa tu aku bukan gelak HAHA pun , aku dah nak nanges bai ~ fuh hilang kemachoan aku kalau menanges depan orang -..-

takper wanie , nanti kite pergi joging dan makan sama-sama oke ! kite kan duduk satu aras lagi , cuma berlainan rumah sahaja :)

huh , untuk hujung minggu yang lepas ! aku cuma duduk rumah kat Segamat sebab demam melampau . tak ada pergi Batu Pahat , tak ada pergi Endau Rompin . lepastu sebelum balik Muadzam Shah semula , aku pergi sarapan dengan kawan aku dekat IOI .

hah sekian ! salamesrakasihabadi :) 

3 comments:

GKA said...

wahhh,tempat baru erk...hav a nice day

Mr.Superman said...

mok,LI kt mn?jgn sdh..wanie tetap ada. :)

Unknown said...

gka - oke..tq :)

abg - hehe naseb ade yang teman..