Thursday, November 4, 2010

fam(ily)

salam.aku baru balik dari imigresen.letih.kelmarin kami satu keluarga dah buat baru.hari ini aku bawa nenek aku pergi buat pasport semula.daripada pukul sebelas pagi tadi keluar.sekarang dekat pukul tiga baru aku dapat mengadap lappy aku ini.haha.susah kan kalau lahir luar malaysia.banyak urusan nak kena buat.macam mak dengan nenek aku kena tunjuk sijil kerakyatan la apa la.nasib baik semua ingat nak bawa.kalau tak ke hulu ke hilir la nak balik rumah.dengan orang yang ramai lagi.macam nenek aku punya pasport lama hilang dah.jadi kena pergi angkat sumpah , kena buat report polis.eh.memang kena ke hulu ke hilir la juga kan ? :D

macam mak aku pula kelmarin tak ada sijil kerakyatan.ada incik incik di imigresen tanya mak aku . habis macam mana awak masuk malaysia ? seludup ke ? pergh ~ cisdel ar lu.nasib ayah aku daddy cool.dia selamba je senyum.hehe.lepas ayah aku bincang bincang.akhirnya mak aku dibenarkan buat pasport tanpa tunjuk sijil kerakyatannya.

haha.ayah aku dah terbayang dah , kalau kami semua pergi HK mak aku duduk rumah je la tak pon pergi kedai dia.kalau orang tanya mana anak anak dengan hubby.mesti mak akan cakap  : diorang takda pergi HK ~ makan angin.hahaha.but dont worry ma :) it wont happen.pergi kemana sentiasa bersama kan..tak kan pergi HK tinggalkan mak sorang sorang.haha.rasanya lama dah tak pergi bercuti dengan family.

oke.aku mahu beristirehat sebentar.time to sleep.daa~