Thursday, October 14, 2010

100.

salam readers . aku kan dapat hadiah untuk hari jadi aku tahun hadapan . awal kan ? haha . tak adalah . malam tadi aku tak ada kerja nak buat .aku pergi la jalan jalan kat blog bloggers yang singgah kat blog aku . asal lepas singgah je aku follow mereka sebab tengok macam menarik je blog mereka . antaranya ialah blog cik zyana . lepas aku pergi blog cik zyana aku pergi blog incik fid pula dan follow . lepas itu dapat maklum balas daripada incik fid seperti di bawah :
dengan sepantas kilat aku pergi hubungi dia . wakakaka . gelojoh kan aku . yela . orang nak bagi hadiah kenalah teruja sikit . aku dapat hadiah ini sebab aku jadi follower dia yang ke seratus . 
*gambar ehsan daripada incik fid : ini buktinya kawan kawan ku sekalian :)
fid kata dia memang tak ada umumkan barangsiapa yang jadi follower dia yang keberapa berapa akan dapat hadiah .fid nak orang follow kerana ikhlas .hiks . kerana keikhlasan aku . aku dapat pilih hadiah yang aku nak . aiyak fid . sampai sekarang mata ini masih kelabu la . tak tahu nak yang mana satu . hehe . erm . sekian , terima kasih ! :)

p/s - terima kasih semalam . nanti lepas dah pilih saya bagitahu awak ye fid :)