walawei debab! wahhh memang kagum dan mengasyikkan movie ini.
ehhh ehhh
assalamualaikum!
naa sinopsis movie hasil google aku ini :-
filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita Nurul Aiman dikenali sebagai Iman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi hati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Iman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan. Mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Iman bernama Nenda Zaimah dan tinggal bersama mereka.Di sekolah Iman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Iman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang cantik dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Iman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.Pada masa yang sama, Iman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Idola yang dianjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Iman juga menyertai pertandingan itu, pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Iman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang dingin akan niatnya itu.
serius..aku tak pernah bosan tengok movie ini! rasanya dah lebih sepuluh kali aku tengok. kadang aku sengaja pasang sambil kemas bilik, sambil masak dan pelbagai sambil lagi..hihih! sebenarnya tak salah kita nak bercinta dengan insan debab! sebab setiap manusia mempunyai hati dan perasaan! :) hee comel apa Nurul Aiman ! btw, lakonan akim memang best dan comel! dan comeyl lagi bila tengok Johari bercinta dengan Nurul Aiman...heheh :)
pada mulanya, aku tidak sengaja men-donwload movie ini! dan aku pada mula sangka movie ini sama dengan movie melayu yang lain. tipikal story! tapi aku silap beb..sangat-sangat silap..rupanya cerita ini penuh dengan mesej dan ceritanya sangat menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada diri aku sendiri.
sekian. terima kasih kerana membaca :)
2 comments:
best eh?
nampaknya director bukan melayu lebih memahami erti kata sebenar "harga tiket wayang" daripada pengarah2 lain..
sedih sangat tengok cerita zaman skg.
aku tengok HACKS, xsampai 10 minit dah xlalu nak tengok.
sama jugak dengan citer baik giler.
stress woo..
akak pun rasa cerita ni sgt best.. mula2 bagi anak2 aje yg tgk.. sudahnya akak pun join sekali sebab best ceritanya.. ada mesej dgn jalan cerita yg bagus.. terbuai jg dgn lagu2nya..
Post a Comment