Monday, April 2, 2012

tips untuk berjumpa bakal mertua

assalamualaikum.

sempena Monday Blues yang jitu dengan hari pertama aku ABC, aku nak kongsi tips untuk berjumpa bakal mertua buat pertama kali. Ha-Ha! walaupun aku tak ada mak mentua lagi, aku tetap nak kongsi dengan korang. Aku yakin tips aku nak kongsi yakin selamat untuk diguna pakai bersama ;)

1. MASA/HARI/WAKTU
    - Sebelum korang nak datang buat 'lawatan sambil belajar' tu, korang kenalah pastikan memilih hari yang sesuai supaya kedua-dua pihak lebih bersedia dan paling utama supaya pihak mertua tidak kelam kabut. Sebaiknya, datanglah berjumpa ketika Hari Raya atau kenduri. Tetapi jika nak berjumpa pada hari biasa, minta si dia maklumkan kepada pihak keluarganya. Ingat, jangan datang mengejut ye, nanti bakal mertua terkejut dan takut-takut korang pulak yang kena kejutan ! ;)

2. PAKAIAN
   - Untuk pakaian pula, sila pilih pakaian yang sopan dan sesuai! Jangan buat macam nak pergi pasar malam atau pergi bersukan pula. Untuk si lelaki, jangan pula pergi gatal tangan nak pilih T-Shirt yang agak rare, pelik dan menakutkan. Bagi yang perempuan pula, pakailah pakaian yang sedap mata memandang dan sopan. Sopan tak semestinya pakai baju kurung atau jubah, tapi pilihlah pakaian yang agak longgar. Kalau boleh pakailah baju kurung lagilah nampak comel! Ingat 'FIRST IMPRESSION' sangat-sangat penting. Kita nak kahwin dengan anak mereka, jadi mereka akan belek kita dari atas bawah, depan belakang, luar dan dalam.

3. JAGA ADAB PERCAKAPAN
   - Bila dah duduk sembang jangan kalut nak makan ke minum walaupun perut tu dah 'headbanging'! Jangan gatal mulut tegur itu, tegur ini. Jaga mulut, barulah bakal mertua kita tu sayang. Ingat kerna mulut badan binasa. Lagi satu, biasa orang tua ni suka orang yang rajin-rajin buat kerja bukan rajin mulut je. Untuk mengetahui topik perbincangan yang hangat dengan bakal mertua, yang tu korang kena kaji dengan pasangan koranglah. Contohnya, korang iyelah duduk gosip kutuk Salman Khan, tapi jauh di sudut hati mak si dia punyalah suka sangat dengan Salman Khan. perghh tak ke kat situ dah kena kurang 1 markah ~ untuk yang lelaki pula, jangan tengah duk sedap borak, korang pergi gatal pasang api kat rokok pula ye, nampak tak manis oke! ;)

4. RAJIN
   - Untuk si perempuan, lepas makan dan minum apakata rajin-rajinkan tangan dan kaki tolong angkat pinggan mangkuk bawa ke dapur. Tolonglah basuh-basuh pinggan cawan. Rajin-rajinkan diri walaupun rasa malu macam tak nak bergerak pergi mana-mana. Dan kalau tiba-tiba bakal mertua ajak main masak-masak, join je sekali. Sebenarnya, kadang saja je mak si dia ni ajak. Yela dia nak test power skill kita sebagai perempuan, pandai ke tidak masak ni? huhu. Yelah mereka mesti takut 'anak mereka lapar selepas kahwin'. Hihik ;)

5. JADI DIRI SENDIRI
   - Akhir kata, jadi sahajalah diri sendiri. Apa-apa yang kita buat, biarlah datang daripada hati yang ikhlas. Tak payah nak ikut-ikut orang punya cara ke apa. Just be yourself bebeh. Tak perlu nak hipokrit. Sehari dua hari bolehlah nak berlakon jadi paling yang terbaik, tapi lepas pada tu sudah pasti korang tak boleh nak berlakon sangatkan? Oups! satu perkara lagi bila di rumah bakal mertua janganlah asyik nak duduk berkepit dengan si dia, bagi ruang untuk diri sendiri mengenali bakal mertua tu.

Oke, best of luck kepada yang nak berhadapan dengan bakal mertua buat kali pertama oke! ;)


8 comments:

misyamissyou said...

tips mcm ade pengalaman ni beb huhuu..jeng jeng jeng..kantoiiii

lame seyh tak update ko..

Hana Shiro said...

mimi - haha baru dapat petunjuk nak update..saje share..bdasarkan pengalaman seciput~ ;P

nida husna said...

first time jumpa kite dah pok pek pok pek dgn mak cik. nasib baik dia suka bakal menantu byk ckp hahaha.

Hana Shiro said...

hehe untunglah awak nida...hehe semoge berkekalan ;P

Aida said...

alamak~ aku tak pandai masak. kihkih~

farhanny said...

perghh tips yg sangat berguna !
ni memang komfem mak mertua berkenan la :)

Hana Shiro said...

aida - hahak kene stenby buku resipi tuh >_<

farhanny - hehe leh gune oakai kan? :)

Anonymous said...

Sstngah bkal mak mertua wt mcm na pown dya tetap x ska..pkara yg remeh pown dya ambk peduli...siap g report kt ank dya..kta jgk yg dsalahkan...