Monday, September 12, 2011

bayi muka [ baby face ]

assalamualaikum !

wahhh aku saja nak tulis kat sini bahawasanya muka aku daripada kecik zaman sekolah sampai sekarang tak pernah berubah ! maknanya muka aku daripada sekolah sampai sekarang sepesen je . lebih lagi , apabila terjumpa dan terserempak kawan lama - wahh muka kau samalah macam darjah 6 ! dalam maksud lain , muka aku agak matang masa aku darjah 6 dan di usia 22 muka aku kekal sama cenggitu -..-

tadi pergi bayar bil dekat ___________________ ! aku disapa dan ditegur oleh rakan sekolah aku ! lepas diimbas kembali ingatan aku , kali terakhir jumpa masa aku umur 14 tahun . aku hairan juga masa memula , apehal budak ni sengih-sengih ? -..- sampai je giliran aku nak pergi bayar bil , dia pon tegur - macam kenal jek , siap gelak-gelak ! disebabkan masa tu aku serius tak boleh re-call memori , aku pon selamber je jengah-jengah tengok name dia ! lepas dah tengok nama dia , perghhh ! laakkkkk , mamat ni rupenye -..- masa sekolah nauzubillah , sekarang dah semartt pulak ! kahkahkah ~ 

apapun , aku seronok berjumpa dengan rakan lama . kalau duduk semeja dengan semua orang mesti daripada pagi sampai ke malam tak habis cerita . alangkan yang datang beraya pun dekat tiga jam lepak pun tak nak bergerak lagi . huuu !

oke , sekian daripada aku ~

1 comments: