assalamualaikum ! tips memujuk pakwe / bf / tunang / suami / lelaki sudah dikongsi . untuk keadilan dan kesaksamaan dalam memberi tips , tips memujuk makwe / gf / tunang / isteri / wanita akan dikongsi juga bersama korang ! kepada lelaki yang kononnya macho dan hangat bercinta tu , sila renung-renungkan entri ini !
ingin diberitahu keberkesanan tips ini tidak dapat disahkan oleh mana-mana pakar sakit tuan atau sakit puan. ia bergantung kepada banyak faktor , antaranya tahap merajuk , tahap ke-macho-an korang dan hormon dalam badan .
****************************************************
1. bila dia mula mengamuk baling-baling barang
- apa kata korang cuba sambut apa yang dia baling . inilah masanya korang nak tunjuk ketangkasan dan kehebatan korang menjadi goal keeper . tak sia-sia selalu jadi goal keeper masa main futsal tu taw !
2. bila dia mula membebel tanpa henti
- korang menyanyi sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal . inilah masanya untuk korang mempamerkan suara korang sehebat Faizal Tahir !
3. bile dia tenung macam nak makan orang lain
- korang senyum jek pandang dia ! kompom comel muka korang kan bila senyum ?
4. bila dia nak ambil semua barang-barang dia
- korang tolong kemaskan barang dia bersama . ambil semua barang dia masukkan dalam plastik sampah kaler hitam . inilah masanya untuk korang tunjuk betapa rajinnya dan mempunyai semangat bergotong royong .
5. bila dia menangis akibat terlalu marah
- korang ketawalah berdekah-dekah hingga terguling . inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka lara
****************************************************
jangan ikutkan sangat tips di atas , korang sebagai lelaki yang budiman ! jadi dokter cinta HN ingin menyatakan - kelemahan seseorang yang bergelar perempuan dan wanita ialah ayat-ayat manis ( LAIN MACAM LAK BILA DAH TRANSLATE ) atau lebih dikenali sebagai SWEET WORDS ! jadi , faham-fahamlah :)
terima kasih kerana membaca , selamat mencuba !
4 comments:
hahaa..aku cm membayangkan ko yg kne pujuk cm ni...konpem meletup jap dunia.. XD
@misyamissyou
hahaha tak nak meletup..nanti tak boleh online lagi..hiks :D
hahahah...sangat berguna ok...
@aliem kakashi
heheh tip ni gune kat ila taw :D
Post a Comment