Saturday, May 29, 2010

suara hati

 Ak hanya “Berserah” bak Taufik Batisah, kerana kau “Dingin” seperti Ziana Zain. Tapi “Ku Merindu” seperti Ella dan Shah. “Andai Ku tahu” bak Ungu ini akan terjadi akan ku semarakan “Gelora Asmara” bak Siti Nurhaliza.

Mana “Janji Manismu” kata Aishah. “Hati Ini Telah Dilukai” bak Ajai dan Kris Dayanti, oleh mu. “Siapala Aku” bak Amy Mastura, untuk memiliki cintamu, tapi “Ingin Ku Milikimu” bak Dayang Nurfaizah.

Liza Hanim berkata “Imaginasiku” yang tinggi untuk memilikimu. Tetapi ku terus mencuba kerana “Harapan” ku yang tinggi bak Fazli Zainal.

“Andai” ku dapat memilikimu kata Anuar Zain dan Amy Mastura akan ku “Kembali Senyum” bak Izwan Pilus, dan ku dirikan “Mahligai Bernama Cinta” bak Farish.

“Cinta” ini “Menjelma” bak Misha, Jac serta Kaer, tanpa disedari. Bagi ku “Kaulah Segalanya” bak Ruth Sahanaya. “Bukan ku Minta” cinta ini hadir bak Saleem, tetapi ianya datang dari “Hati” bak Siti Nurhaliza.

 Ku teruskan hidup untuk “Merawat Luka Yang Terpendam” bak Liza Hanim, kerana hidupku semakin “Tak Tentu Arah” bak Erra Fazira. Ku akan pastikan “Tiada Lagi Tangisan” bak Aishah dan Misha Omar kerana ku telah “Menjauhkan Diri” bak Fauziah Latif

0 comments: