Wednesday, April 3, 2013

hi-tea

ASSALAMUALAIKUM!!

selamat malam.. hari ini, Rabu bersamaan 03042013.. sempena berakhirnya khidmat aku di salah sebuah organisasi di Segamat, aku telah dipersilakan dengan terbuka oleh staf untuk hadir sekali lagi sempena majlis penghargaan dan jamuan minum petang. 

seawal jam 3 petang, aku sampai di organisasi tersebut.. sampai je sana aku terus lepak dengan staf yang kepohchi juga seperti aku.. hehe sempat masuk bilik bos, siap tanya dekat beliau.. apa arrr saya nak cakap nanti?? tolong la saya..saya tak reti la encik H#*%^ :(  . lepas tu dengan spontannya, En. H#*%^ tolong 'draft'kan apa patut aku cakap. jadi dengan panjang lebar aku tumpang meja En. R$#%^& untuk buat huraian yang panjang lebar.

pungpangpungpang~ (borakborak)

jam dah pukul 4 petang, jadi Encik R#$%^* dengan berhemahnya minta aku dipersilakan munculkan diri.. mehehe!

majlis dimulakan.. Puan A*&^% selaku pengerusi persatuan telah menjadi pengacara majlis. majlis dimulakan dengan sedikit kata penghargaan daripada pengurus pejabat, disusuli oleh aku dan wakil staf.

apa yang menghairankan aku ialah..aku lansung tak guna kertas skrip..rupanya spontan adalah lebih baik sebab ia adalah satu kata-kata yang jujur lahir dari hati.. hikhik :')

lepas tamat majlis, aku dapat cenderahati sedikit daripada pihak organisasi dan daripada staf-staf.



bersama antara hadiah..terima kasih!
- krim kecantikan CY2000, jam hello kitty, 3 brooch comel, pasu kaca,jam dinding

akhir sekali, ialah makannnnnnnn! itu yang menarik biasanya ^_^

amat menghargai kalian semua.

wassalam.

0 comments: