Tuesday, June 22, 2010

tips untuk PJJ


hye . PERCINTAAN JARAK JAUH (PJJ) . kalau hati dah terpaut , dipisah oleh benua pun x kisah ! walaupun ada yang kata risikonya sangat tinggi untuk kena tinggal ! itulah yang aku rasa selepas kali pertama merasai ( PJJ ) . sakit sebenarnya apabila ditinggalkan tapi itulah lumrah dan adat dunia . yang paling menyakitkan kalau ditinggalkan hanya kerana perempuan lain . tak pasal tahu je kat sana dah ada pengganti . perrgghhh !! mudahnya memainkan hati dan perasaan orang kan . alasan JAUH diutarakan . alasan yang selalu diberikan pula , kononnya " u are too good to me..u deserve someone better than me " 
 oleh itu , mari aku kongsikan beberapa tips untuk ( PJJ ) ini yang aku baca dari sesumber ;-

emel,facebook,myspace,twitter,formspring dll :)
apa guna talian internet kalau tidak mahu berhubung dengan si dia . tapi pastikan masanya tepat sebab korang sendiri tahu perbezaan waktu dunia (jika si dia di luar negara) . kalau begini caranya , memang setiap hari boleh ‘dating’ kan ? bagi aku secara peribadi , penggunaan email lebih ‘mujarab’. boleh tulis panjang-panjang dan boleh simpan . bila terasa rindu , bukalah peti simpanan! 


hadiah bermakna
berikan dia sesuatu yang bermakna , begitu juga korang . pastikan ianya adalah barang yang akan membuatkan si dia teringat pada korang . lebih baik barang tersebut boleh dibawa kemana sahaja . senanglah untuk korang ingat pada si dia dan semoga si dia tidak akan melupakan korang . Insya-Allah .


pupuk kesetiaan dan kepercayaan
  bila sudah berjauhan pastilah kesunyian , bila sudah sunyi pastilah berfikiran yang bukan-bukan . mulalah curiga pada si dia kan ? berjanji antara korang dan si dia bahawa betapa sayangnya korang padanya dan betapa percayanya korang pada si dia . tapi ingat , jangan percaya 100% !


hindar rasa cemburu
  seperti yang aku tulis di atas , tanam kepercayaan tetapi selagi ada rasa cemburu yang kerap kiranya tidak bergunalah . jangan terperangkap dengan racun cemburu setiap kali si dia ingin keluar bersama rakan-rakan yang korang tidak kenal . kerana cemburu itu adalah toksid yang mudah melarutkan perhubungan ! 


tetapkan satu standard yang dipersetujui
ini baik untuk membina ikatan yang kuat antara korang . terapkan hubungan ini sebagai yang amat serius dalam hidup korang dan si dia. menerima antara satu sama lain , praktikkan kepercayaan dan kejujuran , kesatuan rohani dan mengekalkan komunikasi terbuka . 


bicara mengenai masa hadapan
  katakan yang pada akhirnya korang ingin hidup bersamanya selama-lamanya . yakinkan pada si dia bahawa perhubungan yang sedang korang bina ini bukannya sekadar suka-suka . jadikan ia begitu bermakna untuk diri korang dan si dia. buktikan bahawa hubungan korang dan si dia bukan sia-sia .

berkorbanlah sedikit :)
  tidak salahkan korbankan masa atau duit untuk berjumpanya seketika . jadikan masa yang sempit itu sebagai sesuatu yang bermakna kerana rindu yang disimpan pasti akan ‘meletup’ jika dapat berjumpa dengan si dia . korang boleh luangkan masa menonton wayang , jalan - jalan ukur jalan dan lain-lain .

jarak memang menjauhkan jasad , tetapi selagi ada cinta padanya apalah erti jasad yang jauh jika sudah dekat di hati.



sekian , terima kasih ! :)

4 comments:

vangardx said...

thanks sebab meningatkan..sy pun dah lama tak bagi dia hadiah

Unknown said...

welcome :)
mcm tu bg hadiah kt tcyg cpt2 au :)

Nurizz Rahman said...

tetibe je terasa terpanggil untuk membaca entry biha..sambil tu boley memotivasikan diri rite..thnkz 4 ur sharing entry today..wink3..

anak abah said...

bab cemburu dan kepercayaan tu la yang paling susah. lagi-lagi bile pasangan terlalu cemburu dan tak percaya. heh.