Showing posts with label kawan sekolah. Show all posts
Showing posts with label kawan sekolah. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Mei

ASSALAMUALAIKUM!

satu episod baru untuk diri ini bermula pada bulan Mei bagi tahun 2013. kisahnya ialah apabila aku sekarang menjadi pekerja sepenuh masa di kediaman DHS. huhukk.. XD 

dan banyak lagi perkara yang berlaku sepanjang bulan Mei.

hurmm bulan Mei dan Jun ini penuh dengan undangan perkahwinan.. heee minggu lepas memenuhi undangan Din dan pasangan di Kg. Melayu Raya.. weee kami konvoi enam kereta gituwww bersama rakan sekolah yang lain.. memang 'happening' bila dah berkumpul beramai-ramai.. nak nak bila ada yang tak jumpa-jumpa lepas habis sekolah kan.. haaaa ada je nak tegur fizikal dan mental..ekekeke.. tapi dey'ols kata, muka aku sameeeee je dari sekolah sampai sekarang..hahah :P

muka petang-petang..sama je kan dengan dulu? :P

apapun, aku nak ucapkan tahniah kepada mempelai Din dan Ida.. semoga kekal bahagia hingga ke syurga =)

** gambar candid pengantin yang dicilok melalui FB.. gambar penuh nanti lah..hew!

okayyyy minggu ni kenduri walimatulurus rumah Noreen pula.. jadual undangan walimatulurus daripada rakan-rakan memenuhi sehingga hujung tahun ini.. alhamdulillah! ^_^

sekian, terima kasih! wassalam..

Tuesday, July 31, 2012

rindu

assalamualaikum!

hoho..aku sedang membuat exercise jari sambil mendengar lagu suaraku berharap oleh hijau daun! pheww..aku rasa hari ini dan semalam merupakan hari mengimbau/mengimbas segala kenangan-kenangan yang pernah wujud di benak pemikiran aku. semua ini bila tetiba, orang-orang yang pernah wujud dalam hidup aku inbox dekat FB, sms & call dekat talian Maxis. dengan tak semena-mena bespren porever pon turut berborak sambil mengimbau segala macam hal yang bak tahik, bak hempedu dan bak gula-gula!

fuh serius sangat merindukan semua :'(

bila semalam dah berbicara pasal itu dan ini..maka tadi secara sengaja..aku pergi bukak semua social network aku yang dah terkubur! sampai lupa-lupa pasword tau mak jemah! daripada fb, twitter, formspring, tagged, e-mail dan lain-lain! tengok profile dia & dia & dia & dia!!
ehh ramailah yang aku tengok..heheh!

rindu sangat
(>_<)

bulan Ogos ini, besties kat KSHAH nak bertunang
bulan September ini pon besties kat KSHAH nak bertunang
bulan Disember InsyaAllah, besties kat sekolah nak dirisik

dan disini aku masih sendiri, merenungi hari-hari sepi.
(y_y) ceyttt siap tampal lirik lagu!

masih berharap di dalam hati,
satu hari nanti bila ada kelapangan dapat jumpa korang!

oke! dah ar..penat ar taip panjang-panjang!
terima kasih kerana membaca :')

psstt :- henpon rosak! satu nombor pon tak ingat :(

Monday, July 2, 2012

daddy Halim & rakan sekolah aku

assalamualaikum!

hari ini sudah 02072012 bersamaan hari Isnin dan semalam 01072012 adalah tarikh rasmi daddy Halim bergelar pesara tegar. jadi hari Jumaat lepas, sekolah daddy Halim aku mengadakan :-

majlis spesel untuk Cikgu Halim

sesi babai budak-budak sekolah >_<

antara hadiah yang diterima daripada mereka!

daddy Halim mengadiahkan se-frame yang
aku pun tak tahu apa dia tulis -..- *noob disitu

&
&&
&&&

wah banyak 'dan' >_< ''
huhu sebenarnya aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat hadir korang bertiga punya majlis ni. maafkan aku ye tak dapat hadir :')
1. 09062012 - kepada Amir Hafidz bin Hidzil dan orang rumah, Selamat Pengantin Baru. semoga bahagia selamanya ye..
bila nak dapat anak sedara ni? :p
2. 23062012 - kepada Nur Farhana binti Ab Razak dan tunang, selamat menjadi nunangan orang ye budak mulat..
insyaAllah majlis nanti akan hadir! :D
3. 30062012 - kepada Muhammad Haziq dan minik! Selamat Pengantin Baru.. bulannn madu di awan biru..tiada yang menggangu..ehh tetibe lak :D

#terima kasih daun keladi singgah, Wassalam :)

Monday, June 11, 2012

kemeriahan bulan 6

assalamualaikum!

selamat datang setengah tahun!! setengah tahun ialah bulan Jun..hewhewhew :P sejak bulan Jun bermula semakin ramai kawan zaman sekolah aku telah mendirikan rumah tangga mereka sendiri dan ada jugak yang bertunang. tahniah korang semua. fuh! 02 Jun 2012 sahaja, telah mengenyangkan perut aku semacam ular sawa. mana tak nye! sekali pergi 4 buah rumah, mahu tak bentak perut masing-masing walaupun makan seciputttt saje!

sesi ambil gambar secara berjemaah dekat majlis kawen Yusrina dan Idris!

ambil gambar dengan mummy Amani, Amani, nyai Effa dan nyai Zana. ini majlis kawen kak Zila..akak kepada mummy Amani.

ambil gambar dengan Mizz Yaya dekat rumah Nina.

sesi ambil gambar secara berjemaah kali kedua.aku pandang apentah! rumah Nina ni, akak dia kawen.

di Kg Sedeng yang permai..hewhewhew!

ambil gambar bersama Rizkina, Azim, Radi, Napi dan Azam.

bersama empunya majlis.

Selamat Bertunang Cik Ikin :)

pssttt hujung bulan ni 30/06/2012, pakwe zaman cinte monyet aku nak tawen~ huhu aku rasa macam semakin tua dan tua je bila selalu dapat jemputan daripada rakan-rakan sekolah dan rakan-rakan di mana sahaja. lebih-lebih lagi masing-masing yang dah kawen 2,3,4 tahun yang lepas sudah ada cahaya mata sendirik. huhu apa pun, aku tumpang gembira dengan korang semuai :)

p/s- kepada rakan2 yang nak kawen tu, jangan lupa jemput aku yek..huhu!
&
nota hati- bilelah giliran aku ini?? hewhewhew :p

Tuesday, March 13, 2012

Selamat Pengantin Baru

assalamualaikum ! 
Selamat Pengantin Baru, Incik & Cik Puan Hady :)
10 - 03 - 2012


Semoga Allah memberi barakah bagi kamu dan memberkati keluarga kamu dan mengumpulkan kamu dalam kebaikan kepada kebaikan ye Incik dan Cik Puan Hady,

dan 

gambar bersama bersama pengantin harus ada untuk mendapatkan aura pengantin..wkwkwkwk..


sekian, terima kasih. :)

psstt : aku terfikir bila turn aku ni ? ha-ha

Monday, September 12, 2011

bayi muka [ baby face ]

assalamualaikum !

wahhh aku saja nak tulis kat sini bahawasanya muka aku daripada kecik zaman sekolah sampai sekarang tak pernah berubah ! maknanya muka aku daripada sekolah sampai sekarang sepesen je . lebih lagi , apabila terjumpa dan terserempak kawan lama - wahh muka kau samalah macam darjah 6 ! dalam maksud lain , muka aku agak matang masa aku darjah 6 dan di usia 22 muka aku kekal sama cenggitu -..-

tadi pergi bayar bil dekat ___________________ ! aku disapa dan ditegur oleh rakan sekolah aku ! lepas diimbas kembali ingatan aku , kali terakhir jumpa masa aku umur 14 tahun . aku hairan juga masa memula , apehal budak ni sengih-sengih ? -..- sampai je giliran aku nak pergi bayar bil , dia pon tegur - macam kenal jek , siap gelak-gelak ! disebabkan masa tu aku serius tak boleh re-call memori , aku pon selamber je jengah-jengah tengok name dia ! lepas dah tengok nama dia , perghhh ! laakkkkk , mamat ni rupenye -..- masa sekolah nauzubillah , sekarang dah semartt pulak ! kahkahkah ~ 

apapun , aku seronok berjumpa dengan rakan lama . kalau duduk semeja dengan semua orang mesti daripada pagi sampai ke malam tak habis cerita . alangkan yang datang beraya pun dekat tiga jam lepak pun tak nak bergerak lagi . huuu !

oke , sekian daripada aku ~

Saturday, June 25, 2011

tips kalau nak kahwin awal

assalamualaikum ! 02 julai adalah hari besar bagi kawan sekolah aku . dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan dia . disebabkan kawan aku sebaya dengan aku dan dianggap muda oleh segelintir ibu bapa untuk melansungkan perkahwinan , hari ini aku ingin berkongsi tips untuk kahwin awal . 

TIPS 1 : bakal suami perlu mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap . ini merupakan perkara paling utama. sekurang-kurangnya bakal suami haruslah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup pasangan . kalau bakal isteri berkerja sendiri dan tidak makan gaji pun , pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan korang adalah stabil untuk beberapa bulan .

TIPS 2 : mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan . mengikut nasihat pakar kewangan , korang harus mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan .

TIPS 3 : tahap pemikiran yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri . dan seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan .

TIPS 4 : berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda rumahtangga . sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan .

TIPS 5 : telah mendapat restu ibubapa . perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana korang haruslah mampu meyakinkan mereka kerana korang ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia korang yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu .

TIPS 6 : boleh bertolak ansur sesama pasangan dan tidak hanya mementingkan diri sahaja . jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga korang .

TIPS 7 : sentiasa bersangka baik terhadap pasangan korang setelah berkahwin nanti . korang dan pasangan masih muda ketika berkahwin . jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan mungkin diminati oleh orang lain . iyelah , masing-masing cantik dan hensem kan .

nah 7 tips untuk dikongsi bersama kalian ! fuh ini dah kenalan aku yang keberapa ek nak kahwin ! muda lagi ke kami ? sesuai ke tak ek budak lahir tahun 1989 nak berkahwin pada usia sekarang sebenarnya ? pada umur berapa sesuai berkahwin ? heyy , jawapan terletak pada diri sendiri sebenarnya ! apa pun selamat menempuh alam perkahwinan untuk semua orang yang bakal membina masjid ◠‿◠ 

Sunday, June 12, 2011

10 days picture challenge - Day 4

Day 4 - A photo that makes you happy.

assalamualaikum ! i love the picture memories with my friends . i never managed to choose one picture , so i guess i could show you a few more?











*this entry a part of the 10 Day Picture Challenge

Sunday, May 8, 2011

BLOGGER DI ZAMAN SEKOLAH

assalamualaikum ! aku gatal tangan join Blogger di zaman sekolah ! nak join juga korang klik sini sudeyh


:: nama kelas anda. yang dah habis sekolah, nama kelas masa form 5. yang masih sekolah, bagi tahu nama kelas korang. aku sekolah sampai f6 , nama kelas aku yang terakhir di zaman kegemilangan aku ialah kelas 6A3 ! kelas pengkhususan sejarah dan pengajian perniagaan .

::kenangan manis semasa di sekolah. uishh !! banyak gila . kehkehkeh . yang paling manis ek , masa b'day adalah masa untuk mengumpul hadiah . sampai sekarang aku simpan elok-elok taw :')


::kenangan pahit semasa di sekolah. tak ada semua indah je ~


::cikgu yang paling korang tak suka! (tak payah mention nama. kang tak pasal2 cikgu korang baca belog korang, tak ke haru! haha) kenapa tak suka cikgu tu! cikgu tu ajar aku sejarah tamadun dunia , untuk pengetahuan korang ada 4 buku teks sejarah untuk f6 . memang jitu dan padu kena baca . hehe aku tak suka sebab dia suka panggil nama aku dalam kelas untuk jawab soalan cepuput dia -_-''


::pernah crush dekat someone masa kat sekolah? macam mana boleh tangkap lentok dengan orang tersebut? sebab dia hansem ke, sebab budi bahasa dia ke. kalau boleh, letak sekali nama orang tu! bwahaha. 
kalau kat sekolah aku sendiri , tak adalah crush sangat . biasa jek . 


:: gambar kenangan semasa di sekolah. :) boleh letak 3-5 gambar.

aku memang macam tu ar ! er aku suka pakai baju putih sebab muka aku nampak macam gud-gud jek :'D
gambar pakai hp , pecah !
susah nak jaga 96 budak bila ada program jalan-jalan -_-''
aku suka cikgu pengajian perniagaan aku ni , sebab dia suka bagi nota sebanyak mungkin dengan kadar selaju kereta cikgu ^^ habis tulisan buruk -_-
snap pakai hp budak belakang aku..hehe !buat sehabes baek ! plesing je baju pengakap , tapi haram tak pernah join aktiviti :D
haha ! aku suka pergi sekolah . rasa seronok bangat . tak pening kepala lansung . kalau nak exam je baru pening :p rindu bai masakan makcik kantin ! haha . oke bubye semua ^^

Tuesday, April 5, 2011

apabila kenalan aku sudah mempunyai belogggg kan ........

assalamualaikum readers !
sempena 05042011 aku nak bagitahu dengan korang bahawasanya ramai kenalan aku sudah mula mempunyai belogggg bebeh ! ouh best ar . dapat aku baca serta komen diorang punya story mory serta rutin harian mereka . jadi , topik hari ini aku nak show-off diorang punya gambar serta link belogggg mereka kat kalian . nanti kalau sudi , korang pergilah terjaaaahhhhhh diorang punya belogggg tu yep . kerja free je tuh ! cuma tekan link kawan aku dan usha usha bagi semangat . hihih . tak ada caj perkhidmatan pon taw ! sama-sama lah kita memberi sokongan kepada mereka yang baru berjinak-jinak dalam arena belogggg ini yawww !! :') ececeyyy cakap nak power jek kan aku ni der ! haha tapi takpe , yang penting semangat nak berkongsi dengan bloggers sekalian membara taw nyah :p
********************************************************
1. nama dia Halim ! dia kawan sekolah rendah aku sampailah sekolah menengah . tapi aku dengan dia cuma pernah sekelas masa f3 jek . huhu . sekarang dia one of my bestfriend . seronok dapat kongsi cerita dengan kau dan terima kasih atas bantuan kau selama ini :) <-- perghhhh ayat menusuk kalbu ! walaweyh tapi aku ikhlas taw dalam bait-bait aku itu . hehe :')

LiFe iS SiMpLe !!!!!!!

 ********************************************************


2. nama dia pula Melin . dia kenalan aku di uniten . kami kenal sejak mula menjejakkan kaki di uniten . maksudnya sejak orientasi . kami pernah sekelas masa semester satu . walaupun dia ni kecil , tapi dia ni otak geliga taw ! belajar last minute pun cepat je pick-up . aisey kalau aku kan memang tak dapat la derr . nice to know u sister . ehehe . maafkan aku kalau aku ada terkasar bahasa dengan kau selama ni yep :')

Tinkerbell's Life

 ********************************************************

3. nama orang yang ketiga dan yang terakhir untuk aku kenalkan kat korang ialah efa ! dia ni kawan zaman aku sekolah rendah . huhu . dia ni juga merangkap jiran kepada nenek aku . huhu . rumah dia depan rumah nenek aku jek . tapi susah aku ni nak berjumpa dengan dia . kalau aku ada hal , dia free . kalau aku free , dia lak ada hal . si efa ni bakal cikgu gitu . hahah . cikgu apa ? korang terjah la belogggg dia kalau nak tahu :p

 diarypicisan.blogspot.com

******************************************************** 

ini sahaja . thanks for reading entry aku yang berjela jela panjangnya :)


Thursday, February 17, 2011

surprise b'dayy cake for me !

Assalamualaikum readers :)

long time tak update diari aku . entri kali ini aku nak coretkan mengenai hari yang sangat bermakna bagi aku . haha . pasal b’day aku la . sila jangan muak oke :D aku nak ucapkan muchas gracias banyak banyak kat sayang sayang aku : amerul , falihin dan halim . thanks datang  Melaka pada 12 februari  semata – mata untuk buat surprise kat aku . walaupun aku tak melatah : opocot mak ekau ! tapi aku serius terharu dengan korang . cuma tak ada lah sampai menanges . huhuhu . gua steady ! hiks . kalau nanges kompom aku kena bahan je kan :p oke enjoy all the photo ya ! :D

thanks halim for the cake.dia kata beli sebelah secret recipe , kire ada bau2 secret recipe la ni dia kata :D
tangan budak tua pada 16februari yang usaha hidupkan lilin :)
mentang mentang api dah hidup , tangan dah tak jaga api dah..huhu :p
hey pilin :) wehoo ! at last lilin aku dapat dihidupkan di San Bora Seafood :')
heheh peace to all <3
kucing garong !

aku ada rakam diorang nyanyi lagu b'day untuk aku . tapi tak dapat la nak share . haha . oke , tahun depan boleh sediakan lilin 23 batang pula ye sayang sayang ku :')

and

happy b'dayy pilin on 16 februari ! 360 minit tuh bercakap..rekod negara pun pecah ! pergh , parah :')





Monday, November 22, 2010

aku dan kamu :)

gewdixcrew
salam . sepetang bersama bff pada 221110 . haha . inilah kami selepas zaman sekolah . masing masing dah besar . dah ada hala tuju sendiri . seorang sudah menjadi tauke , seorang bakal menjadi cikgu , aku bakal suri rumah tangga sepenuh masa dan seorang lagi bakal designer . lagi 4 tahun hana nabihah . sila sabar menunggu ya :) petang tadi kami duduk mengumpat di ___________ ~ huhu lokasi terpaksa dirahsiakan . haha . lama juga lah tak jumpa korang kan . kali terakhir jumpa pun masa open house raya kan :D lain kali ada masa kita jumpa lagi ya . 

terima kasih sangat korang memahami rutin hidup aku yang tak pernah lekang dengan perkataan sibuk . 
terima kasih juga sebab sentiasa mengambil berat hal aku .
terima kasih sebab selalu sokong apa yang aku buat .
dan
terima kasih kat tauke sebab belanja kami makan tadi :)

muka puas !
sayang korang lebih la . kami dari sekolah memang berempat saja . bukan tak ada kawan lain . tapi entahlah . lebih selesa berempat . sebab memang selesa berempat lah . berempat lebih baik kan :D


Saturday, October 30, 2010


i love my past.
i love my present. 
i'm not ashamed of what i've had,
and I'm not sad because i have it no longer.

Friday, October 29, 2010

header baru :)

comel la . muehehe~
salam . lawa tak header baru aku ? haha , lepas ini aku akan kembali normal . aku akan selalu tukar tukar header aku kalau aku rajin . sebab aku dah tahu aplikasi mana yang hendak digunakan .terima kasih daun keladi samemey kerana merajinkan diri buat header untuk aku . sampai tiga kali kan ko buatkan . header di atas adalah hasil seni artistik daripada samemey . yang lagi dua biarlah rahsia . cewah ~ haha . saja je aku nak susahkan kau kejap . lama tak buat macam tu kan . hahah . nanti aku belanja kau air sirap dua posen ea . erk . ada lagi ke ? haha ~ apa pun , terima kasih daun keladi lagi sekali kat kau ;)  *muah muah.

Friday, September 17, 2010

open house itu reunion !

hey readers ! macam mana raya kalian ? seronok tak ? aku jangan ditanya.aku rasa tahun ini aku beraya sakan la.padahal mood nak raya pada mulanya macam so-so saja ! nak ikutkan semalam juga nak update tapi malangnya aku keletihan beb ! dari kelmarin sampai semalam , dari pagi sampai la ke malam.penat mak~ tapi shiookk ! kami kawan dari sekolah rendah.yang sama sama tadika pon ada.aku sekarang 21tahun.bayangkan berapa lama sudah.kali ini memang berpuas hati sangat.terima kasih juga semua sebab serbu rumah aku dan habiskan makanan yang disediakan untuk korang.walau perut korang dah bentak ! haha.jom tengok tengok gambar kami beraya..gambar ini pun dari kamera rakan-rakan.jadi jangan marah ya empunya gambar :) aku sekarang pon masih menunggu gambar dari kamera yang laen.mereka tak upload lagi la.cepat sikit ye upload.tak sabar.eh.panjang lak tulis ni.dah dah.jom tengok gambar ;)
ini aku :)
bila makan kena serius oke !

hoyeah !
terbaekkkk :)
bersama nurul akmal adnan ! fuh nama penuh :)
dekat rumah nenek!
eisa.nini.azie.eina.aku.jamree.fahmi
gewdixcrew evalasting !
sporting la korang !
perfect picture class ;)