Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Friday, July 27, 2012

tips pabila handphone terendam dalam air


assalamualaikum! oleh kerana aku rasa malang sikit harini disebabkan insiden seperti gambar di bawah..

ihsan google image.

aku nak share sikit dengan korang ape perlu kite buat bile handphone samada secara sengaja atau tidak sengaja terendam dalam air. korang tak payah ada keyakinan tinggi sangat dengan terus pergi beli handphone baru ye! korang try dulu kekdah2 yang aku cuba kongsikan..
*pssttt aku tengah cuba jugak ni >_<

1. LERAIKAN CASING HANDPHONE

lepas jek kita selamatkan handphone kita mati lemas, memula leraikan casing handphone. ini untuk membebaskan air supaya tidak terkurung di dalam handphone terlampau lama.

2.TANGGALKAN BATERI

lepastu terus tanggalkan bateri daripada handphone. jangan terus tunjuk pandai atau gatal tangan nak cuba hidupkan dalam keadaan basah! kelak korang sendiri yang akan kena renjatan elektrik ala-ala baby..maknanya elektrik slow~

3. TANGGALKAN SIM

bukak SIM cecepat dan bersihkan sehingga kering menggunakan kertas tisu/kain lembut/dan segala jenis bahan yang boleh digunakan untuk mengeringkan. a

4. GUNA PEMBANTU

aku pernah dengar orang tua berkata, kalau handphone terendam dalam air..cepat leraikan dan pergi jemur di bawah sinaran matahari. tapi kalau dah malam macam sekarang ni...*ermm 22:42 sekarang ini! korang boleh menggunakan kipas angin ataupun hairdryer! hohoh.. tapi kalau guna hairdryer, jangan guna dekat sangat dengan handphone kerana ia boleh merosakkan komponen di dalam handphone.

5. TUNGGU

yang terakhir, tunggu! setelah berusaha mengeringkan handphone dan handphone telah kering sepenuhnya. pasangkan semula casing, bateri dan SIM. kemudian cuba hidupkan handphone korang. jika tidak menyala, cuba charge bateri handphone korang tu. tapi lepas cuba hjugak namun tidak berhasil, maknanya korang kena dan haruslah membawa handphone korang ke kedai untuk dibaiki! ha-ha :D

pssstttt...tip tambahan, orang-orang dulu selalu kate kalau handphone terendam dalam air letaklah handphone yang kena air dalam beras.

sekian! terima kasih kerana membaca.

Monday, April 2, 2012

tips untuk berjumpa bakal mertua

assalamualaikum.

sempena Monday Blues yang jitu dengan hari pertama aku ABC, aku nak kongsi tips untuk berjumpa bakal mertua buat pertama kali. Ha-Ha! walaupun aku tak ada mak mentua lagi, aku tetap nak kongsi dengan korang. Aku yakin tips aku nak kongsi yakin selamat untuk diguna pakai bersama ;)

1. MASA/HARI/WAKTU
    - Sebelum korang nak datang buat 'lawatan sambil belajar' tu, korang kenalah pastikan memilih hari yang sesuai supaya kedua-dua pihak lebih bersedia dan paling utama supaya pihak mertua tidak kelam kabut. Sebaiknya, datanglah berjumpa ketika Hari Raya atau kenduri. Tetapi jika nak berjumpa pada hari biasa, minta si dia maklumkan kepada pihak keluarganya. Ingat, jangan datang mengejut ye, nanti bakal mertua terkejut dan takut-takut korang pulak yang kena kejutan ! ;)

2. PAKAIAN
   - Untuk pakaian pula, sila pilih pakaian yang sopan dan sesuai! Jangan buat macam nak pergi pasar malam atau pergi bersukan pula. Untuk si lelaki, jangan pula pergi gatal tangan nak pilih T-Shirt yang agak rare, pelik dan menakutkan. Bagi yang perempuan pula, pakailah pakaian yang sedap mata memandang dan sopan. Sopan tak semestinya pakai baju kurung atau jubah, tapi pilihlah pakaian yang agak longgar. Kalau boleh pakailah baju kurung lagilah nampak comel! Ingat 'FIRST IMPRESSION' sangat-sangat penting. Kita nak kahwin dengan anak mereka, jadi mereka akan belek kita dari atas bawah, depan belakang, luar dan dalam.

3. JAGA ADAB PERCAKAPAN
   - Bila dah duduk sembang jangan kalut nak makan ke minum walaupun perut tu dah 'headbanging'! Jangan gatal mulut tegur itu, tegur ini. Jaga mulut, barulah bakal mertua kita tu sayang. Ingat kerna mulut badan binasa. Lagi satu, biasa orang tua ni suka orang yang rajin-rajin buat kerja bukan rajin mulut je. Untuk mengetahui topik perbincangan yang hangat dengan bakal mertua, yang tu korang kena kaji dengan pasangan koranglah. Contohnya, korang iyelah duduk gosip kutuk Salman Khan, tapi jauh di sudut hati mak si dia punyalah suka sangat dengan Salman Khan. perghh tak ke kat situ dah kena kurang 1 markah ~ untuk yang lelaki pula, jangan tengah duk sedap borak, korang pergi gatal pasang api kat rokok pula ye, nampak tak manis oke! ;)

4. RAJIN
   - Untuk si perempuan, lepas makan dan minum apakata rajin-rajinkan tangan dan kaki tolong angkat pinggan mangkuk bawa ke dapur. Tolonglah basuh-basuh pinggan cawan. Rajin-rajinkan diri walaupun rasa malu macam tak nak bergerak pergi mana-mana. Dan kalau tiba-tiba bakal mertua ajak main masak-masak, join je sekali. Sebenarnya, kadang saja je mak si dia ni ajak. Yela dia nak test power skill kita sebagai perempuan, pandai ke tidak masak ni? huhu. Yelah mereka mesti takut 'anak mereka lapar selepas kahwin'. Hihik ;)

5. JADI DIRI SENDIRI
   - Akhir kata, jadi sahajalah diri sendiri. Apa-apa yang kita buat, biarlah datang daripada hati yang ikhlas. Tak payah nak ikut-ikut orang punya cara ke apa. Just be yourself bebeh. Tak perlu nak hipokrit. Sehari dua hari bolehlah nak berlakon jadi paling yang terbaik, tapi lepas pada tu sudah pasti korang tak boleh nak berlakon sangatkan? Oups! satu perkara lagi bila di rumah bakal mertua janganlah asyik nak duduk berkepit dengan si dia, bagi ruang untuk diri sendiri mengenali bakal mertua tu.

Oke, best of luck kepada yang nak berhadapan dengan bakal mertua buat kali pertama oke! ;)


Thursday, September 15, 2011

cinta berkurun kahwin tak juga


assalamualaikum !

cinta berkurun , kahwin tak juga . itulah topik di Wanita Hari Ini yang membuatkan aku berfikir sejenak . ramai yang baru bercinta , ramai yang dah lama bercinta . ramai yang bercinta sebelum kahwin , ramai juga yang bercinta selepas kahwin & ada juga yang bercinta sebelum dan selepas kahwin . tapi kalau yang ini , bercinta lama sungguh sampai 5 , 6 , 7 dan 8 tahun atau selebihnya mungkin sudah tertulis tiada jodoh .

untuk hari ini , aku nak kongsi dengan korang 10 tanda si dia jodoh korang . di bawah ini adalah sepuluh tanda si dia jodoh korang yang aku ambil daripada koleksi majalah kat rumah aku :-

1. Bersahaja - 
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama - 
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya - 
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur - 
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai - 
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama - 
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita - 
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan - 
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati - 
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal - 
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
andai dia ditakdirkan untuk kite , dengarlah kata hati dan buatlah pilihan dan serahlah segalanya kepada yang maha berkuasa dan maha mengetahui . jodoh dan pertemuan segalanya di tangan tuhan . manusia hanya perancang dipentas dunia dan skripnya ditulis oleh Allah SWT . kadangkala , untuk  memainkan peranan sebagai pelakon , kite akan diberi mimpi sebagai petunjuk . memang mimpi adalah mainan tidur , tapi pabila kite melakukan solat istikhorah dan memohon Allah SWT memberikan petunjuk , insyaAllah kite akan diberi keizinan untuk mimpi mendapat petunjuk . jika dia pilihan kite , buatlah keputusan dengan baik . jika tidak , tolaklah dia dengan baik . semua yang kite lakukan adalah untuk mendapat kebahagiaan di dunia . ingatlah , hidup di dunia ini adalah sementara . 
renung-renungkan dan selamat beramal :')
sekian , wassalam
*tulisan warna hitam shj original dari aku , hiks :)

Sunday, July 17, 2011

tips nak elakkan diri daripada sakit hati

assalamualaikum !

sebenarnya dalam kita berblog , mudah je kata kunci dia untuk elakkan diri daripada rasa sakit dan pedih ulu hati .
JANGAN BUKA DAN BACA BLOG SESEORANG YANG KITA RASA TAK SUKA DAN MELUAT
ini tidak , kite dah tahu kite tak suka kat seseorang tu tapi kite sibuk dok buka blog dia untuk baca dan teliti entri dia satu persatu . tak ke namanya sendiri yang cari pasal ? sebelum korang meneruskan perjalanan biji mata korang untuk membaca entri ini pun , aku awal - awal dah tulis ayat yang super power ini kat atas ;-

CAUTION !
if i do not like you , reading the contents of my blog may be hazardous to your health . symptoms may include but are not limited to anger , and uncontrollable fits of jealous rage .
READ AT YOUR OWN RISK
and
THANKS FOR READING
this is the story about a girl named HANA NABIHAH

atau dalam bahasa melayu melalui Google Translate 
*aku sekarang memang suka pakai GT sejak kes HSM tu.

BERWASPADA!
jika saya tidak suka anda , membaca kandungan blog saya mungkin berbahaya kepada kesihatan anda. gejala boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada kemarahan, dan sawan yang tidak terkawal kemarahan cemburu.
BACA PADA RISIKO ANDA SENDIRI.
dan
TERIMA KASIH UNTUK MEMBACA
ini adalah cerita tentang seorang gadis bernama HANA NABIHAH

memang tunggang terbalik lah ayat bahasa melayunya ! aku rasa dah agak baik untuk pemahaman korang . tapi kalau korang tak faham juga aku tak boleh nak buat apa la kan ~ dah memang korang degil le tu ! contoh terbaik yang pernah kena anon dan haters ialah kak nurul . kesian tengok kadang kak nurul ! tapi sekali kak nurul jawab , ha-ha hambik ko macek anon ! tak baik tau nak suka-suka panggil orang ikut sedap hati ko ! kena kat diri ko baru ko tahu la weyh ~

atas permintaan seseorang , aku dah berkongsi dah cara nak elakkan diri daripada sakit hati ! haaa bak upah , HAHA :D sebenarnya tip dia cuma satu je iaitu
 JANGAN BUKA DAN BACA BLOG SESEORANG YANG KITA RASA TAK SUKA DAN MELUAT . 
tapi aku punya hujahan sikit punya panjang da , hihiks ! 

pecah kaca pecah gelas ,
sudah baca harap balas ..
eh bagi komen sudah :D

sekian ! terima kasih kerana membaca :')

yang benar , 
hana nabihah


p/s - tip ini boleh diguna pakai akaun laman sosial lain juga.

Saturday, July 9, 2011

tatacara memakai contact lense

assalamualaikum !

siapa pakai kanta lekap ? contact lense ? sekarang ini melambak kedai menjual kanta lekap . tak payah pergi kedai , sambil duduk dekat rumah ber-fb pon tetibe ada orang tagged untuk jual kanta lekap . tapi serius biji mata aku tak boleh pakai yang orang jual kat fb . sebab tetibe je biji mata aku bertukar macam mata hantu . merah mak ngah gitu , hehek ! mungkin aku punya mata ni kronik kot..elergi sepi tak boleh sebarang ~ sayang je tak boleh pakai (T T) dah le murahhhh , separuh harga yang jual kat kedai optik . yelah kat kedai optik sebulan RM70++ untuk kanta lekap berwarna , tapi kalau kat fb ni cuma RM35 je weyh ! harga bawah daripada tu pon ada tau tak kat fb ni ? arghhhh cemburu aku ~

jadi hari ini aku nak kongsi mengenai tatcara memakai contact lense atau dalam bahasa melayunya kanta lekap , HAHA ;)

kebersihan amat penting ! pastikan korang basuh tangan sebersih mungkin sebelum memakai dan mengeluarkan kanta lekap . bukan itu saja kuku , bekas simpanan dan apa saja berkaitan kanta lekap kena bersih taw !

elakkan menggunakan sabun yang terlalu banyak kandungan lanolin yang boleh melekat pada permukaan kanta lekap . 

pakai kanta lekap yang sama pada mata yang sama .

kanta lekap perlu dicuci dan disimpan dengan larutan yang khusus taw ! jangan guna air paip pulak . larutan dia pun lepas 3 bulan buka , korang jangan guna lagi . 

jangan pakai kanta lekap melebihi tempoh waktu yang ditetapkan . kalau kata sebulan , sebulan je lah ! jangan gatal tangan pakai lelebih . biji mata terseksa mak tak tahu nyah ~

yang terakhir ini penting taw ! memang sharing is caring tapi jangan sesekali korang berkongsi menggunakan kanta lekap .

terima kasih kerana membaca ;)

Saturday, June 25, 2011

tips kalau nak kahwin awal

assalamualaikum ! 02 julai adalah hari besar bagi kawan sekolah aku . dia akan menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan dia . disebabkan kawan aku sebaya dengan aku dan dianggap muda oleh segelintir ibu bapa untuk melansungkan perkahwinan , hari ini aku ingin berkongsi tips untuk kahwin awal . 

TIPS 1 : bakal suami perlu mempunyai kerjaya atau pendapatan tetap . ini merupakan perkara paling utama. sekurang-kurangnya bakal suami haruslah mampu menanggung majoriti keseluruhan kos sara hidup pasangan . kalau bakal isteri berkerja sendiri dan tidak makan gaji pun , pastikan pendapatan hasil daripada perniagaan korang adalah stabil untuk beberapa bulan .

TIPS 2 : mempunyai wang simpanan yang cukup sebelum melangsungkan perkahwinan . mengikut nasihat pakar kewangan , korang harus mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan wang perbelanjaan harian anda di mana-mana akaun simpanan .

TIPS 3 : tahap pemikiran yang telah bersedia 100% untuk memikul bebanan tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri . dan seterusnya sebagai ibubapa kepada anak yang bakal dilahirkan .

TIPS 4 : berfikiran matang dalam membuat keputusan serta  ketika menyelesaikan apa juga masalah yang akan melanda rumahtangga . sentiasa berfikiran jauh sebelum membuat sesuatu keputusan .

TIPS 5 : telah mendapat restu ibubapa . perkara ini tidak kurang pentingnya juga kerana korang haruslah mampu meyakinkan mereka kerana korang ingin berkahwin di usia muda berbanding rakan-rakan seusia korang yang sibuk menumpukan pada kerjaya atau menimba ilmu .

TIPS 6 : boleh bertolak ansur sesama pasangan dan tidak hanya mementingkan diri sahaja . jangan mudah melenting jika berlaku sesuatu konflik dalam rumahtangga korang .

TIPS 7 : sentiasa bersangka baik terhadap pasangan korang setelah berkahwin nanti . korang dan pasangan masih muda ketika berkahwin . jadi ada risiko untuk berlaku cemburu buta akibat pasangan mungkin diminati oleh orang lain . iyelah , masing-masing cantik dan hensem kan .

nah 7 tips untuk dikongsi bersama kalian ! fuh ini dah kenalan aku yang keberapa ek nak kahwin ! muda lagi ke kami ? sesuai ke tak ek budak lahir tahun 1989 nak berkahwin pada usia sekarang sebenarnya ? pada umur berapa sesuai berkahwin ? heyy , jawapan terletak pada diri sendiri sebenarnya ! apa pun selamat menempuh alam perkahwinan untuk semua orang yang bakal membina masjid ◠‿◠ 

Thursday, June 23, 2011

tips menghilangkan parut

assalamualaikum ! hai korang ! pertengahan januari 2011 kite kan eksiden sikit , dengan itu kite dengan rasmi mendapat hadiah kekal di muka . kite gunakan krim Mederma untuk menghilangkan kesan parut jahit di dagu . alhamdulillah ! terima kasih Allah , parut itu semakin hilang dalam masa 3 bulan . jom tengok kronologi suka duka parut yang semakin jauh daripada muka kite .

tiga hari selepas dijahit . tengok bibir kite , macam bibir apalah :)

Januari 2011 | zoom sikit dagu kite :')
Februari 2011 | korang korang ! tengok hidung kite , macam kucing garong ! ini hari nak cabut benang kat dagu ;)
Mei 2011 | semakin hilang bukan ?
Jun 2011 | dah tak ada parut taw !
terima kasih kepada krim Mederma ! walaupun kite jenis pemalas tahap dewa , akhirnya krim Mederma berjaya dihabiskan dan kesannya juga dapat dilihat . harga krim Mederma ini dalam RM30++ . antara kelebihan krim Mederma ialah menghilangkan selulit , luka terbakar , kecederaan , kemalangan atau jerawat . krim Mederma ini boleh didapati di Guardian , Farmasi , dan err kedai ubat sensei kite tak pasti pulak boleh dapat ke tak ek . gambar dibawah adalah rupa dan bentuk krim Mederma .



terima kasih kerana membaca :)

*pssttt jom terjah blog baru milik kawan kite >_<





                        

Wednesday, June 22, 2011

tips memujuk makwe / gf / tunang / isteri / wanita

assalamualaikum ! tips memujuk pakwe / bf / tunang / suami / lelaki sudah dikongsi . untuk keadilan dan kesaksamaan dalam memberi tips , tips memujuk makwe / gf / tunang / isteri / wanita akan dikongsi juga bersama korang ! kepada lelaki yang kononnya macho dan hangat bercinta tu , sila renung-renungkan entri ini !

 ingin diberitahu keberkesanan tips ini  tidak dapat disahkan oleh mana-mana pakar sakit tuan atau sakit puan. ia bergantung kepada banyak faktor , antaranya tahap merajuk , tahap ke-macho-an korang dan hormon dalam badan .

****************************************************

1. bila dia mula mengamuk baling-baling barang 
- apa kata korang cuba sambut apa yang dia baling . inilah masanya korang nak tunjuk ketangkasan dan kehebatan korang menjadi goal keeper . tak sia-sia selalu jadi goal keeper masa main futsal tu taw !

2. bila dia mula membebel tanpa henti
- korang menyanyi sekuat hati dengan penuh perasaan mengikut melodi sebenar penyanyi asal . inilah masanya untuk korang mempamerkan suara korang sehebat Faizal Tahir !

3. bile dia tenung macam nak makan orang lain
- korang senyum jek pandang dia ! kompom comel muka korang kan bila senyum ?

4. bila dia nak ambil semua barang-barang dia
- korang tolong kemaskan barang dia bersama . ambil semua barang dia masukkan dalam plastik sampah kaler hitam . inilah masanya untuk korang tunjuk betapa rajinnya dan mempunyai semangat bergotong royong .

5. bila dia menangis akibat terlalu marah
- korang ketawalah berdekah-dekah hingga terguling . inilah masanya untuk anda buktikan bahawa anda sedang berusaha membuatkan si dia gembira ketika dia sedang berduka lara

****************************************************
jangan ikutkan sangat tips di atas , korang sebagai lelaki yang budiman ! jadi dokter cinta HN ingin menyatakan - kelemahan seseorang yang bergelar perempuan dan wanita ialah ayat-ayat manis ( LAIN MACAM LAK BILA DAH TRANSLATE ) atau lebih dikenali sebagai SWEET WORDS ! jadi , faham-fahamlah :)

terima kasih kerana membaca , selamat mencuba !

Tuesday, June 21, 2011

tips memujuk pakwe / bf / tunang / suami / lelaki

assalamualaikum ! Oleh kerana lelaki kalau merajuk , buruk rupa ! tapi kalau perempuan merajuk , cute sangat rasa comel je ~ HAHA :D akhirnya dokter cinta HN ingin buah fikiran cara-cara nak memujuk lelaki kalau merajuk ! bagi girls yang comel pula , renung-renungkanlah entri ini terutamanya bagi mereka yang sedang bercintan cintun  sebelum kita semua mengetahui cara untuk memujuk ini , kita harus tahu apakah menyebabkan seorang orang yang bergelar lelaki itu merajuk . dia mungkin merajuk disebabkan :-

1. cemburu
yeah , ini faktor utama kenapa dia merajuk. dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil korang daripada dirinya . sebagai contoh : kawan dia nak usha korang untuk dijadikan gelpren .

2. tak dapat apa yang dia inginkan
dia inginkan sesuatu daripada korang , tetapi korang tidak memenuhi permintaannya . sebagai contoh yang terbaik , dia teringin makan tosei , tetapi korang nak makan nasi ayam . jadi , dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan tosei ! fuh parah !

3. ada orang lain lebih hebat daripada dia
kadang-kadang dia merajuk untuk dapatkan perhatian korang ! dan adakalanya , dia merajuk sebab marah dan tidak selesa . untuk mengatasinya , dia perlukan korang disisinya ! akan tetapi dia guna cara agak licik iaitu dengan MERAJUK !

jadi , bagaimana nak pujuk pula kaum lelaki yang gedik ini ? ini cuma tips dan panduan daripada dokter cinta HN ♥

1. terangkan perkara sebenar
sebenarnya lebih mudah berkata benar daripada berdusta . ceritakan kepada dia apa yang berlaku pada korang dan tanya padadia kenapa dia merajuk . berterus teranglah dalam perhubungan korang . janganlah berselindung . percayalah , akan lebih banyak kebaikan daripada keburukan bila berterus terang ini . ini juga bermaksud korang menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. bertolak ansur dan bijak membuat keputusan
memang susah untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah . dalam situasi sebegini , korang haruslah bijak dalam menentukan keputusan. andai dia merajuk dan korang tidak berjaya memujuknya , gunakan cara korang yang tersendiri dalam memujuk hatinya . dengan ini , korang kelihatan bijak dan bergaya dalam membuat keputusan.

3. panggil nama gelaran yang manja dan tip top
manis tidak semestinya manis bukan ? ketika dia tengah merajuk , cuba korang bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan dia :- bucuk , bacin , masam dan sebagainya . pada masa yang sama , selit-selitkan ayat-ayat power korang dalam perbualan tetapi masih mengekalkan gelaran yang manja dan tip top itu !

4. nyanyikan lagu buatnya
ini ialah tips dan panduan paling terakhir yang paling ultimate . kalau ditanya , berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya ? pernah tak korang nyanyikan lagu untuk kekasih korang ? mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak . korang try la ! nyanyi dan berduetlah dalam telefon , mesti dia akan tersenyum dan ketawa walaupun suara korang macam petir -_- hee dengar suara buah hati pasti menghiburkan dirinya .

selamat mencuba ! ini hanya tips dan panduan sahaja . kalau tak jadi , dokter cinta HN ♥ pon tak boleh nak buat apa . yang penting cuba dulu  , oke ? terima kasih kerana membaca :')


Wednesday, June 1, 2011

apa itu senggugut dan petua mengurangkan senggugut

assalamualaikum !

hari ini doktor HN ingin berkongsi seciput maklumat dengan korang . oke , senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika datang bulan , malah turut menjadi pentanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis . senggugut terbahagi kepada dua iaitu senggugut primari dan senggugut sekundari . 

senggugut primari adalah disebabkan pengeluaran prostaglandin yang menyababkan pengecutan rahim yang kuat . hal ini sering menyerang pada usia yang muda iaitu sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua datang bulan .

senggugut sekundari pula disebabkan oleh endometriosis atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.


tapi jangan risau , setiap sakit ada ubatnya . jadi di sini doktor HN nak kongsi petua secara tradisionalnya oke :)

Petua 1
ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3
minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4
campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5
semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

memang tak la nak buat semua petua tu kan ? biasanya kite akan terbaring macam udang menahan sakit . huhuhu . tapi mak kite cakap dan doktor pon ada cakap , cara yang paling paling berkesan nak hilangkan sakit senggugut adalah dengan melahirkan anak atau dengan kata lain beranak . bukan kahwin taw ! kalau dah kahwin tapi korang tak beranak lagi sakit tu masih melekat lagi dengan korang taw :) tapi pastikan korang dah kahwin baru beranak ye , kang harus doktor HN kena simbah asid sebab bagi petua yang bukan-bukan .

terima kasih kerana membaca :)

psstt - hari ini hari pertama , heheh