Showing posts with label fam(ily). Show all posts
Showing posts with label fam(ily). Show all posts

Monday, July 2, 2012

daddy Halim & rakan sekolah aku

assalamualaikum!

hari ini sudah 02072012 bersamaan hari Isnin dan semalam 01072012 adalah tarikh rasmi daddy Halim bergelar pesara tegar. jadi hari Jumaat lepas, sekolah daddy Halim aku mengadakan :-

majlis spesel untuk Cikgu Halim

sesi babai budak-budak sekolah >_<

antara hadiah yang diterima daripada mereka!

daddy Halim mengadiahkan se-frame yang
aku pun tak tahu apa dia tulis -..- *noob disitu

&
&&
&&&

wah banyak 'dan' >_< ''
huhu sebenarnya aku nak minta maaf sangat-sangat sebab tak dapat hadir korang bertiga punya majlis ni. maafkan aku ye tak dapat hadir :')
1. 09062012 - kepada Amir Hafidz bin Hidzil dan orang rumah, Selamat Pengantin Baru. semoga bahagia selamanya ye..
bila nak dapat anak sedara ni? :p
2. 23062012 - kepada Nur Farhana binti Ab Razak dan tunang, selamat menjadi nunangan orang ye budak mulat..
insyaAllah majlis nanti akan hadir! :D
3. 30062012 - kepada Muhammad Haziq dan minik! Selamat Pengantin Baru.. bulannn madu di awan biru..tiada yang menggangu..ehh tetibe lak :D

#terima kasih daun keladi singgah, Wassalam :)

Tuesday, May 1, 2012

Selamat Hari Lahir



Thursday, December 1, 2011

happy 25th DHS

assalamualaikum !

petang yang sejuk dan nyaman tapi tidak untuk perut aku yang sedang merana . heheh . semalam kan 30112011 . itu adalah tarikh perkahwinan my DHS . jadi aku ada tempah choc untuk DHS . aku minta warna hijau dengan cokelat je sebab : ayah suka warna hijau , mak pula suka warna cokelat . sepatutnya choc tu dihantar semalam . tetapi atas urusan keluarga . maka aku minta incik kacap telabik bagi dekat DHS pagi tadi dekat alamat yang telah aku berikan . nah tu dia gambar choc box ni . malu sebenarnya nak minta incik kacap telabik gambar tadi . tapi sebab nak tahu sangat macam mana rupenya . aku minta jela :p
terima kasih ye incik kacap telabik ! ^_^

hehe mak cakap terima kasih ! 
dira kata cantiklah weyh , berapa ni ?
ayah pula , tak tahu lagi cakap apa sebab tak tgk lagi :p
& wan pon tak tengok lagi , hujung bulan baru balik ~.~


bagi yang berminat , bolehlah tempah dekat

sekian , terima kasih ! :D

=)

assalamualaikum !

pertama sekali nak cakap ,
Happy 25th DHS ! :)

tepat jam 23:27 tadi aku sampai Muadzam Shah semula . ya ampun letih bangat ! tadi habis paper pukul 14:00 , aku dengan minah dan minahchi pergi makan dekat foodcourt . tak sempat nak balik rumah , mak ayah aku telefon pukul 14:50 tunggu dekat depan pagar ilmiah . jadi dengan baju kuning diraja tu aku pun pergi terus ke Kuantan . tempat pertama dituju ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan , Kuantan . kami  datang dengan rombongan cik kiah - 3 kereta daripada Segamat .


untuk kertas Recruitment and Selection tadi , memang Dr Shahrul Nizam the best ! sebelum mula exam , dia suruh duduk dalam group yang dia tetapkan dan bincang case study serta jawapan untuk jawab kertas dia . maka InsyaAllah boleh jawab dengan baik . untuk kertas Organizational Theory esok pula telah ditunda kepada 09122011 ! yahooooo banyak lagi masa >_<

01122011 - atok aku akan dibedah , giliran yang ke-6 . 
moga tak ada sebarang komplikasi yang dihadapi dan selamat segalanya dengan izinNya . amin ~

doakan atok selamat ea ? :')

sekian , wassalam .

Tuesday, November 29, 2011

pening

assalamualaikum !

fuh aku dah pening kepala dah ~ pening kepala sebab tengok note dan paling penting pening kepala makan dekat kedai Cik Ma ni . laukku cukup masin bhai . semua masin : nasi goreng , ayam goreng kunyit , sup kosong semuanya masin . automatik kepala aku pening dah . dah 1000ml air aku minum ni . adui ~ rasa menyerah kalah dah aku nak teruskan baca note ni . boleh tak esok nak pandang-pandang jeling-jeling orang sebelah ? -_-''

teheee esok exam dalam kelas je , pukul 11 pagi sampai 2 petang ! kepada Dr Shahrul Nizam , saya harap soalan sir boleh kami jawab sambil makan kacang ye ? hehe :D

erm lepas maghrib tadi , dalam pukul 19:25 daddy telefon , tanya esok kelas sampai pukul berapa . sebab esok daddy nak suruh ikut pergi Kuantan ziarah ayah tiri merangkap atok tiri aku yang kurang sihat . jadi lepas kelas aku akan ke Kuantan . moga atok diberikan kesihatan yang baik :')

sekian . wassalam :')


*sekarang 23:04 , nak lelap jap ar ~

Friday, July 15, 2011

assalamualaikum ! 
hey good luck to those
 who wait for results of the UPU . 
hehe please be patient oke ?
 because i know now 
the website is very busy !
 i wish the best for my lil brother 


p/s - ever since the beginning of the week , i had an oke cough . my nose started to run on Monday and now both of these symptoms are occuring ! i tried taking medicine for both my cough and runny nose but its NO help at all ! ahhh ~

Monday, May 16, 2011

selamat hari guru :)

assalamualaikum !

wah ! baru teringat masa tengok kalendar tadi , hari ini hari guru beb ! kepada cikgu cikgu sayang HN yang mengajar HN di tadika , skbh , skkj , sksb , sabs , smkpt , smkdbds dan uniten , HN nak ucapkan SELAMAT HARI GURU ! kau ibarat lilin yang menerangi hidupku ! hehe ! sayang cikgu semua :')

fuh ! rindu ar cikgu sekolah . zaman kena denda lain , zaman kegemilangan lain , zaman gila kuasa lain . macam-macam zaman ada kat sekolah tu . rasa nak je masuk semula alam pakai baju putih dan baju biru . dekat uniten ni lain , nota apa semua cikgu tak ada dah nak bagi . kalau nak semua kena buat sendiri . kalau dulu kat sekolah kite tunggu je cikgu masuk kelas baru mula belajar . ni kalau nak belajar , kite kene la usaha pergi ke kelas . tak pergi kelas , kosong la kepala otak.

dan tak lupa juga kepada ayah HN yang selalu 'mengajar' HN selama hayat HN di muka bumi ini . walaupun ayah garang , tiap tahun ayah mesti dapat hadiah yang banyak . haha . tahun ini tak dapat nak sibuk buka hadiah ayah . sayang ayah , rindu ayah ! *peluk dan muahmuah secara virtual je ayah :')

kata terakhir daripada HN , 
SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU DI MALAYSIA ! :')

Tuesday, March 29, 2011

FAM( I.Love.You )

assalamualaikum readers !

feri penang with dira :)
hey sudah petang selasa bebeh ! tadi mak aku sms aku weyh , excited kejap ! sebab mak aku ni agak tak pandai sikit benda yang agak teknologi . itu yang teruja lebih tu . sebab yang mak aku tahu , hp dia cuma untuk buat panggilan dan jawab panggilan saja ! hey baru anak mak ini nak telefon mak , mak dah sms dah tanya khabar . lepas tu terus aku call mak aku kejap . huhu . tiba tiba rasa rindu sangat dekat keluarga aku yang lima orang ini jep :) cepatlah cuti semester ! aku tak sabar nak jumpa ayah aku , mak aku , adik aku yang lelaki (wan), adik aku yang perempuan (dira) wuuuuuu (T T)

wan & dira :)
tadaaaaa ! disebabkan cuti semester dah nak dekat dah ni kan weyh ! hey hey banyak perancangan dalam kepala otak aku ini ha ! yang paling penting hari buruh nanti akan sibuk banyak lah . bukan sikit lagi tuh . huhuhu ;p okelah . nak pergi study kejap . hui esok ada paper lagi  ( international business ) , alhamdulilah paper tadi ( psychology ) aku boleh jawab dengan agak baik . yang aku tak suka kan lusa pun aku ada paper ( customer buyer and behavior ) ! hey aku memang sukalah paper berderet 3 hari ini weyh . hihihi . oke paipai readers . wassalam :')



Sunday, December 19, 2010

entry edisi sakit b**tot ;)

salam readers ;)
 17122010 : segamat , johor to kota bharu , kelantan
18122010  : kota bharu , kelantan to segamat , johor
daddy , pemandu terhebat ;')
shitto face with bantal!
haha . serius perjalanan yang meletihkan . sakit bontot , tulang belakang dan sewaktu dengannya . 10 jam perjalanan tu , musim hujan lagi :') lima kereta gerak ke kelantan dari segamat . kami sekeluarga pula berempat saja pergi sana , sorang lagi tak ikut sebab minggu ini dia tak balik rumah . hei pergi ke kota bharu bukan berjalan jalan atau melancong . tapi ziarah abang ayah dekat hospital . dah 3 hari masuk ccu baru ayah tahu . tapi masa kami dan adik beradik ayah yang lain sampai , abang ayah dah tukar masuk wad biasa dah . alhamdulilah ;) 
mak dan anak berwajah sama .
kalau tak ke kelantan pada 17122010 , kami akan pergi ke johor bharu . sebab sepupu aku kahwin ;) apa apa pun aku nak cakap :-
SELAMAT PENGANTIN BARU KAK AISHAH .
disebabkan kami tidak dapat hadir , minggu hadapan akan ada lagi program jelajah malaysia lagi . kali ini ke kulim , kedah :') agak agak boleh putus urat kentut lagi tak ?




Tuesday, November 30, 2010

dhs day ;)


happy 24th anniversary
on 30th November
& may your marriage be blessed 
with love, joy and companionship
for all the years of your lives!
love both of you so much <3

Tuesday, November 9, 2010

runaway project at bandar putra ;)

aku yang kacak..miahah..
pagar kayu yang kami buat untuk halang  (o o) masuk !
daddy pantau kawasan..haha..bakar bakar sampai terang !
dah nak malam je siap siap , balik lah ;p
salam readers.haha.itulah sebahagian aktiviti aku yang bakal berlansung sampailah habis cuti semester kali ini.senaman dan aktiviti pecah lemak paling unggul yang ayah aku anjurkan.haha.seronok aktiviti ni sebenarnya.sebab ayah aku sedang membantu aku untuk aku jadi manusia yang kerempeng.i like! tapi kadang kadang tak best juga , sebab hari hari kena pergi kebun.penat woo~ sampai ada pula yang berdoa supaya petang petang hujan.kalau hujan maknanya tak payah pergi lah :D

oke.ini ialah kebun ayah aku.dulu masa aku kecik selalulah juga pergi kebun ini.lepas aku habis UPSR je , kebun ini dah dibiarkan.sebab kawasan kebun ayah aku ini masa itu tengah sibuk buat taman perumahan yang baru.jadi jalan banyak yang dah rosak sampai kami tak boleh nak pergi.dan sekarang selepas 9 tahun tak pergi.kebun itu dah semak kembali.pokok pokok pun dah nak jadi macam hutan.akan tetapi lepas beberapa bulan datang.kebun ayah telah menjadi seperti gambar di atas.haha.terang kan ?

erm..lepas 9 tahun , apa yang tinggal cuma pokok limau barli , pokok sentang dan pokok limau kasturi.yang lain semua dah tak ada.pondok tempat kami maen makan makan , baring baring yang ayah buat pun dah tak ada.yang tinggal cuma tiang empat batang saja.pagar keliling kebun ayah pon tak ada dah.aku dengan ayah aku nampak ada kat tempat lain..demm~ ;(

okelah.apa apa pun happy holiday semua pada yang dah memulakan cuti sem.pada yang tengah exam.buat sehabis baek ye ;D

nota kaki - eh , tapi kurus kering pun bukan lawa kann ;D

Thursday, November 4, 2010

fam(ily)

salam.aku baru balik dari imigresen.letih.kelmarin kami satu keluarga dah buat baru.hari ini aku bawa nenek aku pergi buat pasport semula.daripada pukul sebelas pagi tadi keluar.sekarang dekat pukul tiga baru aku dapat mengadap lappy aku ini.haha.susah kan kalau lahir luar malaysia.banyak urusan nak kena buat.macam mak dengan nenek aku kena tunjuk sijil kerakyatan la apa la.nasib baik semua ingat nak bawa.kalau tak ke hulu ke hilir la nak balik rumah.dengan orang yang ramai lagi.macam nenek aku punya pasport lama hilang dah.jadi kena pergi angkat sumpah , kena buat report polis.eh.memang kena ke hulu ke hilir la juga kan ? :D

macam mak aku pula kelmarin tak ada sijil kerakyatan.ada incik incik di imigresen tanya mak aku . habis macam mana awak masuk malaysia ? seludup ke ? pergh ~ cisdel ar lu.nasib ayah aku daddy cool.dia selamba je senyum.hehe.lepas ayah aku bincang bincang.akhirnya mak aku dibenarkan buat pasport tanpa tunjuk sijil kerakyatannya.

haha.ayah aku dah terbayang dah , kalau kami semua pergi HK mak aku duduk rumah je la tak pon pergi kedai dia.kalau orang tanya mana anak anak dengan hubby.mesti mak akan cakap  : diorang takda pergi HK ~ makan angin.hahaha.but dont worry ma :) it wont happen.pergi kemana sentiasa bersama kan..tak kan pergi HK tinggalkan mak sorang sorang.haha.rasanya lama dah tak pergi bercuti dengan family.

oke.aku mahu beristirehat sebentar.time to sleep.daa~

segamat banjir .

salam.sekarang baru lapan suku pagi.aku baru balik dari hantar mak aku pergi kedai mak.sepanjang pergi dan balik tadi aku dengar sinarfm *muzik retro terbaikkk , i follow ;) .topik hari ini ialah banjir ! so , secara tiba tiba aku teringat kejadian banjir 26 DISEMBER 2006.banjir kali kedua terbesar selepas tahun 1974.kalau tak silap info ;)

laluan dari uitm ke bandar segamat terputus.
 ha-ha ! seriously aku boleh ingat tarikh itu.yela.mana tak ingat kan.sekitar bulan sebelas sampai dua belas hujan mencurah tak berhenti.sampai apa apa aktiviti pun susah nak buat.aku pergi kerja pun dalam keadaan hujan saja.tapi malam sebelum banjir aku dah dapat aura yang malam itu memang segamat akan banjir.lepas dah dapat aura itu siap aku heboh nak minta balik awal.yela ayah aku dah telefon suruh balik rumah cepat.mak aku pun ayah aku suruh tutup kedai awal sikit.huhu.petang nak maghrib aku dah balik.takut tak lepas balik wey~alhamdulilah sempat aku lepas nak balik ke rumah.

kawasan tempat aku kerja.
tapi bila aku sampai rumah.aku tengok ayah aku tak sampai rumah lagi.masa itu ayah aku pergi KL.kami pun telefon ayah.tanya ayah kat mana.ayah cakap ayah baru sampai jalan muar.maksudnya ada lagi setengah jam.oke.lepas setengah jam ayah tak sampai lagi.lepas itu ayah telefon emak cakap air dah naik 1/4 daripada tayar kereta.disebabkan ayah aku nak balik juga.ayah aku redah saja air yang baru naik itu.tapi bila dah sampai dekat dengan kawasan giant.memang ayah dah tak lepas nak balik.sebab jalan nak balik ke rumah dah naik air parat lutut orang besar.banyak kereta sudah memenuhi kawasan giant.ayah pun ambil keputusan park kereta ayah berhadapan bank islam.memang sepatutnya kawasan giant , bank islam dan sekitarnya itu tidak akan banjir.tapi kuasa tuhan.kawasan yang tak pernah banjir.semua banjir pada keesokan harinya.

air sungai melimpah.
 oke.malam sebelum itu dengan hujan lebatnya ayah aku balik dengan menaiki lori yang besar.erm.yang bawa kayu balak.cukup besar kan nak mengharungi air yang naik itu.aku dengan mak dengan adik adik aku dah keluar nak tunggu ayah kat stesen minyak shell.jarak stesen minyak shell dan giant adalah dalam 3 kilometer.jadi aku dan ayah aku berpisah hanya dengan jarak 3 kilometer.dalam gelap malam itu aku nampak banyak lori , kereta dah tersangkut kat dalam air banjir itu.tunggu punya tunggu aku nampak kelibat orang berjalan kaki redah air.ouh yes ! itu dia ayah aku . akhirnya ayah aku berjaya sampai juga dekat kami.rupanya lori yang besar itu pun mati enjin kat tengah jalan yang dipenuhi air itu.tapi alhamdulilah ayah aku tak ada apa apa.

macam apa kan.
dekat seminggu juga lah banjir.kami dapat tahu kereta ayah tenggelam lansung.sebab kesan air banjir itu itu telah mengotori keseluruhan kereta.lepas pada itu , car wash ke bengkel ke macam pisang goreng panas ! ramai gila yang memerlukan khidmat bantuan mereka.ouh.aku berharap kejadian banjir ini tidak berulang lagi.sekarang pun dah musim hujan kan.sebelah utara dah banjir.aku berdoa dan berharap , semoga segala urusan mereka semua dipermudahkan.amin~

dan al-fatihah untuk mangsa mangsa tragedi banjir.

*gambar ihsan google.


Monday, September 13, 2010

lebaran dua ribu sepuluh :)

biru itu ketenangan :)

sepupu sepapat ;)

raya kedua baju tahun 2007 yang ada makna.

makan-makan :)

tempat arnabun aku :)

keluarga :)