Showing posts with label kshas. Show all posts
Showing posts with label kshas. Show all posts

Tuesday, July 31, 2012

rindu

assalamualaikum!

hoho..aku sedang membuat exercise jari sambil mendengar lagu suaraku berharap oleh hijau daun! pheww..aku rasa hari ini dan semalam merupakan hari mengimbau/mengimbas segala kenangan-kenangan yang pernah wujud di benak pemikiran aku. semua ini bila tetiba, orang-orang yang pernah wujud dalam hidup aku inbox dekat FB, sms & call dekat talian Maxis. dengan tak semena-mena bespren porever pon turut berborak sambil mengimbau segala macam hal yang bak tahik, bak hempedu dan bak gula-gula!

fuh serius sangat merindukan semua :'(

bila semalam dah berbicara pasal itu dan ini..maka tadi secara sengaja..aku pergi bukak semua social network aku yang dah terkubur! sampai lupa-lupa pasword tau mak jemah! daripada fb, twitter, formspring, tagged, e-mail dan lain-lain! tengok profile dia & dia & dia & dia!!
ehh ramailah yang aku tengok..heheh!

rindu sangat
(>_<)

bulan Ogos ini, besties kat KSHAH nak bertunang
bulan September ini pon besties kat KSHAH nak bertunang
bulan Disember InsyaAllah, besties kat sekolah nak dirisik

dan disini aku masih sendiri, merenungi hari-hari sepi.
(y_y) ceyttt siap tampal lirik lagu!

masih berharap di dalam hati,
satu hari nanti bila ada kelapangan dapat jumpa korang!

oke! dah ar..penat ar taip panjang-panjang!
terima kasih kerana membaca :')

psstt :- henpon rosak! satu nombor pon tak ingat :(

Saturday, May 5, 2012

birthdayyy

assalamualaikum! sangat menghargai masa-masa di Muadzam Shah bersama rakan-rakan. semalam bersamaan 040512 ialah ulang tahun rakan se-Uniten yang ke 23. jadi kami membuat keputusan semalam untuk keluar pergi ke pekan Muadzam Shah untuk jalan-jalan carik makan dan jalan-jalan cucik mata >_<

*hppybrthdyzrpd050412

Thursday, May 3, 2012

assalamualaikum! ;)
first paper on Sun-Day
best of luck Unitenians
\(,^^)/\(^^,)/

Wednesday, April 25, 2012

kelas training and development

assalamualaikum.

selamat petang korang. aku baru balik dari kelas training and development pukul 1345 tadi. kelas hari ni sangat cool ! sebab banyak dapat goodie bag yang macam pergi orang kahwin tu. hari ini 4 group buat presentation. so aku dengan kengkawan selamba badak datang kelas dan duduk saja je dalam kelas. setiap group yang buat presentation, buat games untuk memberikan kesegaran kat bijik mata kitorang dalam kelas.

group 4 - managing stress
group 5- sexual harrassment
group 6 - team building
group 7 - dining etiquitte

dan minggu depan bersambung lagi dengan group 8, group 9 dan group 10. fuuuhhhh macam manalah kumpulan aku nanti. dah lah kumpulan yang terakhir >_< betul-betul bertuah tangan orang yang cabut undi tu :P

peace bebeh!

trio sekawan :)

bersama group sepermainan kelas

bersama budak kelas lagi.

''talent wins games, but teamwork and intelligence wins championship''

dan tudiaaaa kamilah yang win the championship itu :p

terima kasih kepada group 7 menyumbangkan nasi lemak yang sedap untuk ''dining etiquette''

k ah..aku tak sihat (Y_Y) aku nak sambung beristirehat. terima kasih kerana membaca. wassalam :)

Tuesday, February 28, 2012

saje

assalamualaikum ! 

hari ini dalam sejarah aku duduk dekat AB Uniten selama 8 jam. serius nak patah tulang rasa ! dah lah hari ini hari ABC yang pertama. segala macam jenis penyakit terkeluar. pagi tadi kelas PM dari pukul 0900 sehingga 1100. pukul 1100 sehingga 1500 hampir 30 pelajar berkampung luar dan dalam bilik Miss ODC aku tu.tapi aku dan hampir lebih 10 orang tidak bernasib baik setelah 4 jam menunggu, Miss ODC cakap: please come and see me at Thursday morning oke my dear. wuwuwuwuw patah hati aku dengar. lagha faman lagha duduk 4 jam (Y_Y)

antara yang duduk menunggu
teheee macam ni lah kitorang duduk menunggu.
kat luar pintu pon ade lagi menunggu
tapi takpe, lepas tu aku terus menggagahkan diri pergi kelas Dr Mohd Noor pula dari pukul 1500 sehingga 1700.lepas tu naaaa balik rumah ! masa untuk berehat sekejap. malam nanti pukul 2200 ada diskusi pula untuk asignment lain. kbai. wassalam.

Wednesday, December 28, 2011

selesai dua part

assalamualaikum !
sudah tamat pun dua kertas peperiksaan tadi !
pergh boleh tak nak senyum untuk paper RS
dan menangis untuk paper SM ?
apapun hari ini memang pengalaman pertama aku,
pertama kali dalam sehari
ada dua paper dalam waktu yang sama,
sebab kebiasaannya ada jarak beberapa hari >_<
pukul 7 suku pagi tadi dah siap
berbaju kurung hijau dan bertudung biasa
pukul 8 lebih dah tunggu bas nak pergi wisma,
sampai je wisma, terus pergi dewan peperiksaan
duduk dalam bilik kuarantin.
jawab kertas SM dulu,
kertas pertama mula pada 0900 sampai 1200
lecture RS ingat aku tak datang exam
~aaa saya datanglah sir..tapi jawab paper SM dulu
rehat pula daripada 1200 sehingga 1430
nak pergi lunch diiringi,
nak pergi solat diiringi,
dan nak pergi tandas pon diiringi,
rasa macamVIP hado
dan rasa ada bodyguard pon hado !
1430 diiringi masuk dewan peperiksaaan
kertas kedua 1430 sehingga 1730
tersenyum sikit jawab paper ini
sampai lecture bernama SS tegur,
happy nampak jawab paper ni.. :p
handphone pula ? memang tak dapat ar pegang
daripada pagi sampai petang ini
huhuh betul-betul tegas peraturannya :p
apapun aku tak rasa tertekan
dengan lecturer2 yang jaga
sebab mereka sporting habis bah :)

ok,get ready for the next paper! :)

Friday, December 23, 2011

cobaan :')

hujan sudah berterusan selama seminggu
fuh tekanan dan mental untuk 28122011 :(
dua paper dalam masa yang sama , hari yang sama
nanti kena kuarantin pada hari itu ...
pada pagi hari itu baru aku akan tahu juga 
paper mana yang aku akan jawab dulu
samada Recruitment Selection
atau Strategic Management ,
apakah ujian ini ? (Y_Y)
rasa menyesal pun ada
ambil awal-awal Strategic Management tu ~

credit pic to yana - kawasan Harmoni sudah naik air,
 alhamdulilah kawasan Ilmiah masih  selamat.
semoga aku mampu untuk hadapi ujian itu :')

Tuesday, November 29, 2011

pening

assalamualaikum !

fuh aku dah pening kepala dah ~ pening kepala sebab tengok note dan paling penting pening kepala makan dekat kedai Cik Ma ni . laukku cukup masin bhai . semua masin : nasi goreng , ayam goreng kunyit , sup kosong semuanya masin . automatik kepala aku pening dah . dah 1000ml air aku minum ni . adui ~ rasa menyerah kalah dah aku nak teruskan baca note ni . boleh tak esok nak pandang-pandang jeling-jeling orang sebelah ? -_-''

teheee esok exam dalam kelas je , pukul 11 pagi sampai 2 petang ! kepada Dr Shahrul Nizam , saya harap soalan sir boleh kami jawab sambil makan kacang ye ? hehe :D

erm lepas maghrib tadi , dalam pukul 19:25 daddy telefon , tanya esok kelas sampai pukul berapa . sebab esok daddy nak suruh ikut pergi Kuantan ziarah ayah tiri merangkap atok tiri aku yang kurang sihat . jadi lepas kelas aku akan ke Kuantan . moga atok diberikan kesihatan yang baik :')

sekian . wassalam :')


*sekarang 23:04 , nak lelap jap ar ~

bahana teknologi yang berlaku kepada aku sendiri

assalamualaikum ! weyhhh memang aku buat kerja gila ni . sekarang aku ada dekat Segamat lagi ! omaigod esok paper recruitment & selection ! aku baru tahu hari ini la kan tarikhnye ! 8 chapter -..-  ya ampun , apa nak jadi ni weyh . lagho betul ! lepas tu hari esok kepada esok pula paper organizational theory . memang heyyy tak tahu aku nak cakap apa pada diri aku ni . esok weyh esok weyh !!!! yang lusa tu boleh cover lagi sebab tahu dah..tapi yang esok ni !! apekes la aku ni -..-

Tuesday, November 22, 2011

:D

assalamualaikum !

pagi yang sejuk lagi pada pukul 10:43 am sebab kat sini hujan je . bila hujan perut aku pon secara otomatik nya lapar . ni kejap lagi aku nak turun mencari dan membeli makanan dekat kedai makcik padang tu . makan nasi , ayam dengan sambal pon sedap . haha padehal tu la lauk aku hari-hari kat Muadzam ni >_<

mentang-mentang Malaysia menang bola semalam , hari ini dan esok kelas aku pon tak ada ! aiseh apekah ini ?  penat weyh terkejar-kejar pagi tadi | mandi , siap dengan segera pakai lens , jeans , shirt , sweater die , selendang putih , selipo jamban dan jalan kaki pergi kelas . sekali tak ada beb kelas ? aduai ~  
oups tak baik merungut >_<


apa pun walaupun Malaysia menang bola semalam , hanya Johor yang dapat cuti tau ! sebab hari ini ialah :-

Hari Keputeraan Sultan Johor,, 
D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar ! 
DIRGAHAYU BAGINDA SULTAN JOHOR 
Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! Daulat Tuanku ! 

sekian ! terima kasih kerana membaca :)


Monday, November 21, 2011

teruja dan serabut

assalamualaikum !

fuhh mengantuknya mata aku ni . orang sibuk tengok bola , aku sibuk buat case study Apple Inc ni . ape pon tak boleh la ! hari rabu nak kena hantar dah , sikit je lagi ni ! aku agak mental dengan budak blok depan rumah aku ini , tahulah ada TV ! tapi janganlah jerit serupa orang histeria tengok bola . aku tekanan tau nak buat kerja sekolah >_< 

fuh ! sekarang tengah minit-minit terakhir nak bagi bola bolos tiang gol . aku tahu pon melalui live streaming via FB ! dan melalui kenalan yang menonton . haha ko hado ? 



apa pun aku tetap sokong Mak Limah :D *enjit-enjit semut ~

I LOVE MALAYSIA

sekian ! terima kasih kerana membaca :)

Tuesday, November 8, 2011

ohoi macek kedai wanira !

assalamualaikum !

weyhhh aku berada dalam keadaan yang lemah longlai dah ni ! aku cerry berry ar . bayangkan daripada malam tadi sampai lah sekarang ini >_< aku tak tahu la puncanya datang daripada mana . tapi seingat aku , makanan terakhir aku duk makan malam tadi ialah nasi goreng ape tah dengan sup daging ! derr padehal aku order nasi kosong dengan sup daging je . sekali balik rumah tengok - humangai !! nasi goreng la...

eiiii ~ salah aku ker ?? patut aku cek dulu betul ke tak makanan yang aku dapat . ni tak main bahan je . tak pasal aku dapat sakit perut..dan kesian kepada orang yang nak bungkus nasi goreng tu , sebab dapat bawa balik nasi kosong dengan jayanya . mesti mangsa yang mendapat nasi putih tu sumpah seranah dalam hati  >_< errr aku salah ke ?? bukan salah aku kot . salah macek wanira tu le , sape suruh berangan masa letak order ~ tak pasal aku untung ! ni aku dah makan ubat dah . diharap perut dengan ubat dapat memberikan kerjasama yang baik kepada diri aku . 

sekian wassalam :)

nota kaki : kena pergi highway la malam ini bayar duit nasi goreng tuh -..-

Monday, October 3, 2011

rumah | sepuluh ke tujuh belas

assalamualaikum !

selamat pagi semua ! hari ini adalah hari pertama aku berada di rumah baru , rakan bilik baru dan suasana baru . huuu untuk hari pertama , aku tak boleh nak tidur la :( pukul 3.45 pagi tadi masih terkebil-kebil biji mata . pukul 5.37 pagi tadi dah bangun sampailah sekarang . 

semalam rakan bilik aku yang lama tolong angkat barang aku pindah masuk rumah baru . huuu sedih hati aku . yelah daripada orientasi(2009) aku dengan dia serumah . tapi semester ini aku tak serumah dengan dia atas pilihan aku sendiri . apapun kena biasakan diri hidup tanpa dia ! yelah , semester ini kan semester terakhir dia ada dekat muka bumi Muadzam Shah ini . kiranya aku buat praktikal berjauhan dengan dia sebelum dia tinggalkan aku penghujung semester ini . semalam dah angkat-angkat barang , aku ajak dia layan Hantu Bonceng dulu . dah habis gelak-gelak , dia pun cakap nak balik rumah . aku pun cakap - baliklah , hati-hati kot ade apa-apa kat depan tu kang ! HAHA :D tapi masa tu aku bukan gelak HAHA pun , aku dah nak nanges bai ~ fuh hilang kemachoan aku kalau menanges depan orang -..-

takper wanie , nanti kite pergi joging dan makan sama-sama oke ! kite kan duduk satu aras lagi , cuma berlainan rumah sahaja :)

huh , untuk hujung minggu yang lepas ! aku cuma duduk rumah kat Segamat sebab demam melampau . tak ada pergi Batu Pahat , tak ada pergi Endau Rompin . lepastu sebelum balik Muadzam Shah semula , aku pergi sarapan dengan kawan aku dekat IOI .

hah sekian ! salamesrakasihabadi :) 

Tuesday, June 28, 2011

sekadar di pinggiran

assalamualaikum ! burppp ! alhamdulilah :D gendang gendut tali kecapi , kenyang perut suka hati ! sebab aku suka hati , aku pun nak suka hati aku tulis sesuatu di sini ! weyh , korang ! aku dah kenyang makan set B bersama milo ais ! dah dua tahun tau aku duduk sini . pertama kali tadi aku jejak kaki dekat Restoran Sekadar Di Pinggiran , Muadzam Shah bersama kawan aku . haha aku memang jarang giler keluar kawasan Unite* ini ! yelah kan aku dah cakap dulu , rutin aku pergi kelas , balik kelas , lepak rumah dan hujung minggu balik segamat >_< makanan dia , okelah ! boleh layannn dan dicop sirim oleh aku sedap . berbaloi-baloi siot ! harga pun murah ! hehek itulah yang penting sebenarnya , sedap dan murah ! tengok nama restoran tu , nama lagu Fransisca Peter siotttt ! okelah , ini sahaja malam ini . bubye korang !

*27 REJAB |  ISRAK DAN MIKRAJ

Friday, June 17, 2011

kek b'day kite yang ke 3 :')

assalamualaikum ! fuh semalam kan hari khamis , kawan kite sambut b'day kite dengan kawan kite lagi sorang ! walaupun lambat empat bulan . mereka tetap sambut b'day kite dengan seikhlas hati . setahun berapa kali ek b'day kite ?

jom tengok gambar :)





*******************************************************
terima kasih kerana sudi membaca :')

Sunday, June 12, 2011

10 days picture challenge - Day 4

Day 4 - A photo that makes you happy.

assalamualaikum ! i love the picture memories with my friends . i never managed to choose one picture , so i guess i could show you a few more?











*this entry a part of the 10 Day Picture Challenge

Tuesday, May 31, 2011

pemasangan meter elektrik di apartment uniten

assalamualaikum !

kalau kita sebut top up maka kita akan fikir masukkan kredit dalam handphone. tapi kalau kat sini bila sebut top-up maka kena tanya lebih detail top-up apa ? sebab kat sini ada top-up elektrik . semua kena top-up melainkan air. air kat sini percuma saja . hey hari ini dah genap 22 hari pelajar uniten yang comel dan kacak menggunakan meter elektrik di muadzam shah tercinta . seronok tak korang menggunakan meter elektrik itu ? hehe , masa mula jejak kaki kat rumah semua macam orang gayat . sekejap sekejap tengok meter , berapa ek dah guna ? kalau dah habis ni kalau tak top up gelap tak rumah ? fuh macam macam soalan daripada mulut bebudak ni , sampai tengah makan pun sibuk bertanya pasal meter rumah masig - masing . apa pun rumah aku masih ada baki lagi RM13.78 , cukup lah sampai minggu depan . nasib baik budak rumah aku dan aku suka mem-blah-kan diri pada hari khamis ! 
hari pertama
lepas 12 jam
untuk pengetahuan , memang kami belajar di universiti swasta . tapi kalau mengharapkan biasiswa atau pinjaman yang diberikan . mana cukup nak menampung kos penghidupan pelajar di sini . bukan semua pelajar uniten ini  , anak tan sri atau anak orang kaya ! majoriti anak orang kebanyakan dan berpendapatan sederhana . lainlah anak bangsawan , dato , sri bagai dan lain- lain . mereka semua tak ada hal . cakap je kat mak bapak nak duit , mesti dapat punya . hihik >.<
banyak rumah yang gelap
kerana top-up elektrik juga , pelajar kampus bangi telah buat satu komuniti baru di facebook iaitu B.A.K.O ! cekidaut oke ?
fuh , berani gila aku post entri ini . aku minta janganlah buat aku benci tempat aku menuntut ilmu . tak ada kaf-ba-ra-kaf-ta-nun taw . sekian daripada saya budak kshas :)

Tuesday, May 24, 2011

kehidupan yang biasa saja .

assalamualaikum !

hey aku tengah buat kerja sekolah macro tapi sempat lagi aku nak tulis sesuatu di sini kan ? sejak aku berada di kshah ni aku rasa macam mood aku biasa je . aku bosan gila setiap semester mesti akan ada kepelbagaian kecelaruan . sebab itu semester ini aku bergelar lone ranger . kalau kita lone ranger , itu memudahkan kite . memudahkan dari segi nak buat kerja sekolah , nak buat buku skrap , nak buat presentation ! 

aku juga tak suka , ' stick with one person ' sepanjang berada di sini ! cuma dengan budak rumah aku sorang , aku boleh lekat sampai sekarang . dua tahun dah aku duduk dengan minah ni . walaupun lain kos , tapi kitorang leh ngam ! dengan semua orang aku boleh bertegur . cuma kalau orang dah buat tahik aku cuma mampu senyum saja kat orang itu dan tak akan banyak cakap . senyum saja !

lagipun aku kat sini bukan huha huha sangat ~ rutin aku cuma pergi kelas , balik kelas , makan , lepak rumah dan hujung minggu balik segamat . aku pun jenis tak suka nak menebeng kat rumah orang tak tentu pasal . aku pun kureng suka berjalan nak melekat kat rumah orang lain kalau tak perlu . baik duduk rumah lagi shiookk . haha macam bosan kan rutin harian aku ? tapi aku gembira dengan apa yang aku buat asalkan tak kacau hidup orang lain . 

aku tahu semua yang apa kita buat dalam dunia ini mesti akan ada kepentingan atau faedah kepada diri masing-masing , barulah orang akan rapat dengan kita . kalau tak ada kepentingan terhadap seseorang , kita akan di'tendang' keluar secara perlahan macam siput oink oink :) itulah lumrah dunia !

pffttt -_-'' nak sambung buat kerja sekolah ar . ini cuma rasa hati aku . kalau ada yang terasa aku minta maaf ye . aku manusia biasa saja , banyak kekurangan diri . paipai korang ^_^

Monday, May 16, 2011

assalamualaikum pagi isnin ! 
kelas pertama di hari pertama yang sejuk , management science ^_^ subjek kalkulator tu , takpe ! semangat semangat ! fuh , desperate need A's ingat tu HN :')

Sunday, May 8, 2011

hari ibu yang menyedihkan , hari ahad yang menyakitkan .

aku redha apa yang berlaku .
aku dapat apa yang aku buat .
dunia itu memang bulat .

better half , saya faham ...
susah untuk orang menerima .

esok pagi gerak balik muadzam shah .
dengar cerita dapat dua orang budak baru di rumah .
duduk dengan tiga budak accounting ( T T )
tapi aku masih kekal sama dengan cik wanie ni .
fuh ! dah 2 tahun kita duduk kekal bersama .