Showing posts with label hadiah dari follower. Show all posts
Showing posts with label hadiah dari follower. Show all posts

Friday, September 9, 2011

entri gembira untuk aku | entri sentap untuk penganjur GA dan CONTEST yang ...

assalamualaikum ! untuk kesekian kalinya aku update . update sebab aku gembira , pertama kali aku dapat hadiah yang betul - betul tiba di depan mata daripada rakan alam maya . sebelum ini , aku ada menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan rakan alam maya dan aku juga ada menang 4 pertandingan lain , tapi hadiah tak pernah nak sampai depan  mata aku . huh kecewa hati mak ni nyah ~

baru - baru ini kan aku ada menyertai pertandingan 

CONTEST CARA PAKAI INNER COTTON PALING KREATIF

dan aku telah memenangi 10 helai inner yang jarang-jarang aku akan beli sendiri dekat kedai ! hahaha !


thanks cik nadia menunaikan janji , selesa beb try tadi :)
walau bagi orang lain , eleh inner je pon ! ko dah takde duit sangat ke nak beli inner ? tu pon hamak sangat ker ? eh ade aku kisah ke mak jemmah ? sikit pon aku tak minta ko punye $$$ tau ! :) yang penting sekarang aku dah dapat , kalau nampak aku pakai inner tukar-tukar dan kerap pakai selendang lepas ini , jangan jeles taw ! :p thanks kepada peng-LIKE :)

tapi jangan lupa juga , 
di sini aku ada pesanan ikhlas daripada hati aku 
kepada orang yang suka menganjurkan contest :-

- jangan suka suki nak buat contest kalau setakat rasa nak tambah follower berjuta-juta lemon
- tolong jangan nak jadikan kami FOOLOWER tapi FOLLOWER , faham tak apa aku maksudkan ?
- kalau rasa tak mampu tunaikan janji , jangan suka buat janji ( munafik taw ) kalau ada apa hal pun , sila beritahu dekat fb ke blog ke apa ke ~
- jangan suka hati dan gembira nak umumkan pemenang , tapi hadiah habuk pon tarak ! terus buat bodoh je ~

kalau kerap kali jumpa penganjur kaki kencing macam ni , maka hilanglah manisnya kemeriahan contest dan GA tau !

sekian , entri pendek daripada aku ! terima kasih :)


Wednesday, July 13, 2011

aku dalam kotak merah jambu

assalamualaikum !



entri sebelum ini yang bertajuk wordless wednesday kan aku ada suruh teka aku kat celah mana . haih sepantas kilat encik epics berjaya teka aku kat celah mana . rasa tak mencabar lansung . cepat sangat dia dapat teka ! wahahah see aku dalam kotak empat segi warna merah jambu itu :D sama je kan muka aku masa kecil sampailah ke sekarang dah 22 tahun . pejam celik kejap je 12 tahun dah berlalu . kejap je rasa . masing - masing dah besar dan ada yang dah ada kerjaya . yang dah kahwin dan ada anak pun ada juga dah >_<


p/s - hey esok nak bercerita pula pasal budak kelas sekolah rendah aku  ♥

Wednesday, June 8, 2011

sayalah orangnya Pemenang Giveaway Ame & Aneff :)

assalamualaikum ! 

hari rabu yang ceria . sebab hari ini satu kelas saja dan esok kelas tak ada . aku seronok sebab esok tak payah nak bangun pagi . yippie !! >.< heyyy semalam kan aku tak boleh tidur , dekat pukul 4 aku masih celik biji mata . sambil aku buat kerja aku . aku online dengan lembapnya macam siput . aku jengah jengah dashboard aku . lepas tuh biji mata aku tertarik perhatian dan terus tetap pekat melekat (sinarfm la pulak) dekat entri yang bertajuk Pemenang Giveaway Ame & Aneff :) ! dengan rasa teruja aku terus buka . lepas tu , guess what ? ouhhhhh yeahhhh bebeh , i'm the winner . terima kasih daun keladi kepada mak kalian yang memilih HN sebagai pemenang . aiceh rasa bertuah kejap . terima kasih kat korang sebab buat sesi mengata blog dan terima kasih kepada incik stalker yang tag . haha rasa gembira tak terhingga sampailah aku rasa boleh tidur dengan nyenyaknya . buktinya tadi aku bangun pukul 9 pagi . aiyakkkkkk >.< kalau korang yang join contest tu juga , boleh pergi ngade ngade nak minta hadiah . sebab yang join pun dapat sesuatu taw daripada Ame dan Aneff :')
terima kasih kerana membaca :D

Friday, October 29, 2010

header baru :)

comel la . muehehe~
salam . lawa tak header baru aku ? haha , lepas ini aku akan kembali normal . aku akan selalu tukar tukar header aku kalau aku rajin . sebab aku dah tahu aplikasi mana yang hendak digunakan .terima kasih daun keladi samemey kerana merajinkan diri buat header untuk aku . sampai tiga kali kan ko buatkan . header di atas adalah hasil seni artistik daripada samemey . yang lagi dua biarlah rahsia . cewah ~ haha . saja je aku nak susahkan kau kejap . lama tak buat macam tu kan . hahah . nanti aku belanja kau air sirap dua posen ea . erk . ada lagi ke ? haha ~ apa pun , terima kasih daun keladi lagi sekali kat kau ;)  *muah muah.

Thursday, October 14, 2010

100.

salam readers . aku kan dapat hadiah untuk hari jadi aku tahun hadapan . awal kan ? haha . tak adalah . malam tadi aku tak ada kerja nak buat .aku pergi la jalan jalan kat blog bloggers yang singgah kat blog aku . asal lepas singgah je aku follow mereka sebab tengok macam menarik je blog mereka . antaranya ialah blog cik zyana . lepas aku pergi blog cik zyana aku pergi blog incik fid pula dan follow . lepas itu dapat maklum balas daripada incik fid seperti di bawah :
dengan sepantas kilat aku pergi hubungi dia . wakakaka . gelojoh kan aku . yela . orang nak bagi hadiah kenalah teruja sikit . aku dapat hadiah ini sebab aku jadi follower dia yang ke seratus . 
*gambar ehsan daripada incik fid : ini buktinya kawan kawan ku sekalian :)
fid kata dia memang tak ada umumkan barangsiapa yang jadi follower dia yang keberapa berapa akan dapat hadiah .fid nak orang follow kerana ikhlas .hiks . kerana keikhlasan aku . aku dapat pilih hadiah yang aku nak . aiyak fid . sampai sekarang mata ini masih kelabu la . tak tahu nak yang mana satu . hehe . erm . sekian , terima kasih ! :)

p/s - terima kasih semalam . nanti lepas dah pilih saya bagitahu awak ye fid :)