assalamualaikum ! Oleh kerana lelaki kalau merajuk , buruk rupa ! tapi kalau perempuan merajuk , cute sangat rasa comel je ~ HAHA :D akhirnya dokter cinta HN ingin buah fikiran cara-cara nak memujuk lelaki kalau merajuk ! bagi girls yang comel pula , renung-renungkanlah entri ini terutamanya bagi mereka yang sedang bercintan cintun ♥♥ sebelum kita semua mengetahui cara untuk memujuk ini , kita harus tahu apakah menyebabkan seorang orang yang bergelar lelaki itu merajuk . dia mungkin merajuk disebabkan :-
1. cemburu
yeah , ini faktor utama kenapa dia merajuk. dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil korang daripada dirinya . sebagai contoh : kawan dia nak usha korang untuk dijadikan gelpren .
2. tak dapat apa yang dia inginkan
dia inginkan sesuatu daripada korang , tetapi korang tidak memenuhi permintaannya . sebagai contoh yang terbaik , dia teringin makan tosei , tetapi korang nak makan nasi ayam . jadi , dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan tosei ! fuh parah !
3. ada orang lain lebih hebat daripada dia
kadang-kadang dia merajuk untuk dapatkan perhatian korang ! dan adakalanya , dia merajuk sebab marah dan tidak selesa . untuk mengatasinya , dia perlukan korang disisinya ! akan tetapi dia guna cara agak licik iaitu dengan MERAJUK !
jadi , bagaimana nak pujuk pula kaum lelaki yang gedik ini ? ini cuma tips dan panduan daripada dokter cinta HN ♥
1. terangkan perkara sebenar
sebenarnya lebih mudah berkata benar daripada berdusta . ceritakan kepada dia apa yang berlaku pada korang dan tanya padadia kenapa dia merajuk . berterus teranglah dalam perhubungan korang . janganlah berselindung . percayalah , akan lebih banyak kebaikan daripada keburukan bila berterus terang ini . ini juga bermaksud korang menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.
2. bertolak ansur dan bijak membuat keputusan
memang susah untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah . dalam situasi sebegini , korang haruslah bijak dalam menentukan keputusan. andai dia merajuk dan korang tidak berjaya memujuknya , gunakan cara korang yang tersendiri dalam memujuk hatinya . dengan ini , korang kelihatan bijak dan bergaya dalam membuat keputusan.
3. panggil nama gelaran yang manja dan tip top
manis tidak semestinya manis bukan ? ketika dia tengah merajuk , cuba korang bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan dia :- bucuk , bacin , masam dan sebagainya . pada masa yang sama , selit-selitkan ayat-ayat power korang dalam perbualan tetapi masih mengekalkan gelaran yang manja dan tip top itu !
4. nyanyikan lagu buatnya
ini ialah tips dan panduan paling terakhir yang paling ultimate . kalau ditanya , berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya ? pernah tak korang nyanyikan lagu untuk kekasih korang ? mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak . korang try la ! nyanyi dan berduetlah dalam telefon , mesti dia akan tersenyum dan ketawa walaupun suara korang macam petir -_- hee dengar suara buah hati pasti menghiburkan dirinya .
selamat mencuba ! ini hanya tips dan panduan sahaja . kalau tak jadi , dokter cinta HN ♥ pon tak boleh nak buat apa . yang penting cuba dulu , oke ? terima kasih kerana membaca :')
17 comments:
doktor cinta,cmne plk klu sy bertepuk sy seblah tgn je?adakah sy perlu menepuk dinding supaya berbunyi tnp melibatkn 1 lg tgn?haha-sila jwb :)
@ abang stalker
awak bertepuk sebelah tangan ke ? tak payah awak nak tepuk dinding tuh..nti sakit tangan awak tu..kalau awak ikhlas dengan seseorang tuh mesti akan berbalas..tapi kalau awak buat main je..u get what u give la jawabnya abang stalker :)
sangat sweet yer, boleh try~~~ ;)
@miz novexx
heee :)
ye..sy suka main2.sbb tu sy sengaja tepuk dinding utk mengelakkn kemaluan ble tepuk x berbunyi sbb gn seblah tgn je.thanks ye doctor cinta. ;)
@abang stalker
yeah ! my pleasure as doc cinta..kahkahkah :D
tips memujuk org pompuan tade ker??
tips untuk merajuk ada tak?
jemput join contest menarik!!!
http://ellismelia.blogspot.com/2011/06/attack-block-movie-contest-by-deqlis.html
@kutoOobambOo / ericoanaci
dalam proses..wahaha :D
@muhammad ariff
haha..coming soon ~
@deqlis
thanks invite :D
hahaha XD
tak rase menjadi pon :P
jika cam skema cam neph nih...hurm guna teknik nih pun x menjadik...huu
@sergenat keroro
tak menjadi ker ? aiseyman :P
@skemaituhot
heeee..ape ek care lain ?
salam sis HN . :)) erm . sye nak mintak pendapat nip , kalau pakwe kite an , kite tak tawu laa dye ngajok atau bosan daa ngan kite , tapii kite tnye2 ade mslh ke , ke kot2 kte yang adew buat silap , tapi dye DIAM jee . da jarang call , sms , how ? :'(
sis , salam , nak tnye if pakwe sye ann dye diam jee , ta chakap un yg dye marah ke ngajok kee pas uh dye da brubah :( jarang daa naa lyn sye . cmne na pujok arr . :'(
nice post
Dokter...mcm mna klau lelaki dulu dia tak pernah nak marah2,tpi skrang dia cepat nak marah2...bila perangai dia dah berubah...apa perlu buat untuk kembalikan dia yang dulu..
Post a Comment