Thursday, November 4, 2010

segamat banjir .

salam.sekarang baru lapan suku pagi.aku baru balik dari hantar mak aku pergi kedai mak.sepanjang pergi dan balik tadi aku dengar sinarfm *muzik retro terbaikkk , i follow ;) .topik hari ini ialah banjir ! so , secara tiba tiba aku teringat kejadian banjir 26 DISEMBER 2006.banjir kali kedua terbesar selepas tahun 1974.kalau tak silap info ;)

laluan dari uitm ke bandar segamat terputus.
 ha-ha ! seriously aku boleh ingat tarikh itu.yela.mana tak ingat kan.sekitar bulan sebelas sampai dua belas hujan mencurah tak berhenti.sampai apa apa aktiviti pun susah nak buat.aku pergi kerja pun dalam keadaan hujan saja.tapi malam sebelum banjir aku dah dapat aura yang malam itu memang segamat akan banjir.lepas dah dapat aura itu siap aku heboh nak minta balik awal.yela ayah aku dah telefon suruh balik rumah cepat.mak aku pun ayah aku suruh tutup kedai awal sikit.huhu.petang nak maghrib aku dah balik.takut tak lepas balik wey~alhamdulilah sempat aku lepas nak balik ke rumah.

kawasan tempat aku kerja.
tapi bila aku sampai rumah.aku tengok ayah aku tak sampai rumah lagi.masa itu ayah aku pergi KL.kami pun telefon ayah.tanya ayah kat mana.ayah cakap ayah baru sampai jalan muar.maksudnya ada lagi setengah jam.oke.lepas setengah jam ayah tak sampai lagi.lepas itu ayah telefon emak cakap air dah naik 1/4 daripada tayar kereta.disebabkan ayah aku nak balik juga.ayah aku redah saja air yang baru naik itu.tapi bila dah sampai dekat dengan kawasan giant.memang ayah dah tak lepas nak balik.sebab jalan nak balik ke rumah dah naik air parat lutut orang besar.banyak kereta sudah memenuhi kawasan giant.ayah pun ambil keputusan park kereta ayah berhadapan bank islam.memang sepatutnya kawasan giant , bank islam dan sekitarnya itu tidak akan banjir.tapi kuasa tuhan.kawasan yang tak pernah banjir.semua banjir pada keesokan harinya.

air sungai melimpah.
 oke.malam sebelum itu dengan hujan lebatnya ayah aku balik dengan menaiki lori yang besar.erm.yang bawa kayu balak.cukup besar kan nak mengharungi air yang naik itu.aku dengan mak dengan adik adik aku dah keluar nak tunggu ayah kat stesen minyak shell.jarak stesen minyak shell dan giant adalah dalam 3 kilometer.jadi aku dan ayah aku berpisah hanya dengan jarak 3 kilometer.dalam gelap malam itu aku nampak banyak lori , kereta dah tersangkut kat dalam air banjir itu.tunggu punya tunggu aku nampak kelibat orang berjalan kaki redah air.ouh yes ! itu dia ayah aku . akhirnya ayah aku berjaya sampai juga dekat kami.rupanya lori yang besar itu pun mati enjin kat tengah jalan yang dipenuhi air itu.tapi alhamdulilah ayah aku tak ada apa apa.

macam apa kan.
dekat seminggu juga lah banjir.kami dapat tahu kereta ayah tenggelam lansung.sebab kesan air banjir itu itu telah mengotori keseluruhan kereta.lepas pada itu , car wash ke bengkel ke macam pisang goreng panas ! ramai gila yang memerlukan khidmat bantuan mereka.ouh.aku berharap kejadian banjir ini tidak berulang lagi.sekarang pun dah musim hujan kan.sebelah utara dah banjir.aku berdoa dan berharap , semoga segala urusan mereka semua dipermudahkan.amin~

dan al-fatihah untuk mangsa mangsa tragedi banjir.

*gambar ihsan google.


8 comments:

Anonymous said...

lorhh..hmm..xpe2..aku ingt nak wt entry ni gak tp ko dh wt dulu..haha

aku mase ni kat umah kot malam banjir tu..mak ayah aku xde kat mekah..mmg aku 4 beradik je..sadis gile.nasib jiran tolong tp umah aku xteruk..umah jiran teruk..haha..caya la ayah aku wat umah tinggi..hehe

Unknown said...

hhahahaha..yeke mi?heheheh..ko kat umah ea?aku lak gah susah hati jek time ni..kire umah ko bnjir kan..paya pulai kan teruk gak..ag area taman pelangi..huuu..tkot~

mrdudu said...

huuu... mmg weh!! segar dlm pale ak.. xdpt lik rmh coz cri suar kjee kt kdai bndle tp time nk balik tersngkut kt jambatn xleh nk cross!!! air kuat.. nk redah ngn moto jgk tp pk 2kli kot.. xbrni..deras yg amat sekjp je naik air dpn mter..

Unknown said...

mana tak egt kan..selama 21 tahun kita hidup..tahun 2006 pertama kali segamat banjir kan..empang pecah kan kalau tak salah aku..

Anonymous said...

tak pecah la..jiran aku tu org SAJ..pacek tu kate diorg tpkse lepaskn air spye empangan xpecah..kalau pecah lg susah kot..mmg bnjir temenong paras dada jep..huhuu

Anonymous said...

tak pecah la..jiran aku tu org SAJ..pacek tu kate diorg tpkse lepaskn air spye empangan xpecah..kalau pecah lg susah kot..mmg bnjir temenong paras dada jep..huhuu

Anonymous said...

tak pecah la..jiran aku tu org SAJ..pacek tu kate diorg tpkse lepaskn air spye empangan xpecah..kalau pecah lg susah kot..mmg bnjir temenong paras dada jep..huhuu

Unknown said...

eh ye ke mimi ? aku dengar empangan pecah..ag yang kat KJ tu kan.,.huhuhu..takot doe aku tgk..segamat macam laut..licin kena sapu..