Sunday, April 6, 2014

entri paling malas

Assalamualaikum!

selamat hari Ahad uols.. dah petang-petang ni serius mood malas gile.. ni sambil terbaring, sambil update entry!! hahahaha betapa malasnya~


pagi tadi sebelum tunggu uncle and family datang rumah, aku pergilah hospital nak ambil ubat ayah. tengah jalan nak masuk dalam bangunan hospital, tetibe nampak pokok besar-besar berbunga... terjua sebab cantik! nasib tak masuk longkang sebab melangak~ pheewww! jadi sbeleum nak keluar simpang hospital, laju-laju keluarkan hp untuk rakam memori berbunga di handphone ku ini.. kang save dalam memori otak sendiri ni kejap je lupa.. LOL!

sampai je rumah terus baring, baring dan baring~ tak sampai 10 minit baring, pin pin!! uncle iz hon je.. hamboi hamboi hamboi~ yang tua masuk rumah untuk borak-borak, yang budak macam aku (ehh budak ke? hahaha ) duduk main kucing kat luar!! ehh geram tengok nadia ni pegang kucing macam pegang permainan je.. aku ni dulu kemain takut.. dia boleh selamba badak je kan~


semalam dok mengadu kat blog gigi sakit..  jadi lepas uncle and family pulang ke JB, aku pergilah Kishor Dental Surgery. tak lama pun tunggu, kejap je dah dipanggil masuk ke bilik 1 untuk di-cek! doktor Kishor cakap gigi geraham aku rosak & kalau aku nak hari Rabu ni datang semula untuk buat minor surgery. kalau nak buat sekarang tak boleh, sebab berkaitan dengan mata.. risau apa-apa jadi! jadi, dia suruh makan ubat diberi.. dan hari Rabu datang semula ke klinik dia

the problem iz I iz susah makan ubat :(

heyyyy waley waley.. mudah-mudahan aku baik-baik je.. berdebor pulak nak jumpa doktor lagi hari Rabu~ huaaaaa!! siap cakap dalam hati, aku ni pagi petang siang malam gosok gigi.. hurmm benda dah nak jadikan~ redho je laaaaaa.. cakap dengan ayah, dia bising sebab aku suka makan aiskrim satu mangkuk, lepastu kunyah ais! dia kate aku ni dalah lembik~

sekian, terima kasih! wassalam.. :')

4 comments:

http://www.azzlinahanapi.blogspot.com said...

alolo..siannya..semoga cepat sembuh ye yunk ;-)

nabihah halimshah said...

huuu tenkiu kak! :)

GKA said...

sakit gigi...cabut semua trus sure xsakit da...kekekek

nabihah halimshah said...

hahahaa macam mak nenek lak xde gigi nanti :P