entri gelora luahan hati serta perasaan . erm sekarang dah hujung bulan 11 . kalau arwah ada maka sudah setahun berkawan dengan arwah hakim . saya masih ingat awak , hakim . alfatihah dan yasin untuk awak maghrib tadi . 19052011 awak pergi selamanya . saya balik kelas masa tu , ada orang bagitahu saya awak dah tak ada . erm dah 6 bulan awak pergi . serius sampai sekarang saya ingat . saya tak tahula apa rasa hati ini . sekarang saya hanya ada sweater awak . sweater yang awak tak bagi saya rendam lama-lama kalau basuh . tehee ingat tak awak cakap macam tu kat saya ? ~
pertama kali saya komen blog awak , saya komen entri bunuh semut untuk buat potret .. saya dengan selamba badak komen cakap ayat : saya pon baru bunuh semut dan blablabla ! dan ,
huhu , saya ingat lagi awak guna GPS datang Muadzam walaupun memang tak boleh harap sangat benda tu . kalau nak pergi mana-mana awak memang akan guna GPS .
khamis yang suram. hari ini aku dapat berita daripada beberapa kenalan aku, bahawa seseorang yang pernah rapat dengan aku dulu dah tak ada lagi di dunia ini. arwah pergi dulu. Allah sayangkan arwah. menitis air mata aku. ermm, dulu masa aku dengan arwah, aku ada buat entri pasal arwah. disebabkan arwah minta aku merahsiakan identiti arwah , arwah sanggup letak nama sebagai kumar. yeah, youthful kumar(ada entri yang hilang). kali terakhir aku jumpa masa sebelum arwah pergi praktikal hujung tahun 2010. sempatlah arwah tunjuk tempat nak praktikal dekat cybersecurity, tempat abang dia. dan masa aku kemalangan bulan januari 2011 ada juga arwah telefon tanya khabar dekat aku. itulah kali terakhir arwah berhubung dengan aku.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
awak, saya nak cakap sesuatu. saya tahu awak tak boleh nak baca apa saya tulis ni lagi. awak tak dapat tahu perkembangan saya lagi. lepas awak tak ada baru saya tahu, awak betul sayang saya. itu pon kawan saya beritahu dekat saya. awak tak bagi dia bagitahu saya. saya nak sangat minta maaf dengan awak daripada hujung kaki sampai hujung rambut saya. halalkan segala makan minum saya dengan awak. halalkan segalanya. sweater awak saya jaga elok-elok ni tau :') saya minta maaf dahulu andai saya pernah lukakan hati awak . dan selama saya dengan awak dulu, awak ampunkan saya ye. saya pun macam tu, saya halalkan segalanya dan selalu maafkan awak. saya akan ingat awak selalu. dan saya hargai persahabatan kite dahulu. semoga awak ditempatkan dikalangan orang yang beriman dan tenang di sana. al-fatehah abdul hakim b. mohd kamal ~
hello . aku cuma nak update diari kesayangan aku ini . bermula daripada semalam , tiada lagi kumar dalam hidup aku . aku agak terkejut juga semalam kumar terus buang aku lepas aku cakap . aku ingat bila dia kata ' kita boleh berkawan ' , dia akan macam biasa . tapi bagi dia tak boleh kot ! lagipun kumar juga dah buang aku daripada friendlist dia dekat facebook . erm tak apa . guwa steady !!! :') dan aku minta maaf sangat dekat kumar . aku rasa bersalah gila ! dan rasa nak deactivate facebook je ! dan ini juga merupakan entri terakhir mengenai kumar :')
kumar and me !
p/s : se-steady aku pun , aku tetap manusia biasa ! :'(
salam readers :) ha-ha entry khamis malam jumaat la . sebenarnya kan aku agak teruja la untuk hari esok . sebab esok adalah date aku untuk kali kedua bersama kumar . date kali pertama sangat cool . sebab aku dan kumar telah menyakiti bontot masing masing . choi ~ jangan berfikiran kotor . haha . sebab kami menjelajah satu malaysia . itu yang sakit bontot . walaupun kumar tak cakap dengan aku , tapi aku tahu kumar mesti sama macam aku . kalau tak sama macam aku . adalah something wrong tak kena dengan kumar tu . haha . tapi sepanjang dalam kereta aku asik membuta je . haha tak boleh bawa jalan lah aku ini . lepas tu bangun dengan muka terkejut , tanya dah sampai mana ? haha :D
sebab awak kan manusia kumar . mestilah sama saja apa yang awak rasa dengan saya . haha .betulkan kumar ? seriuslah kumar . saya segan dan malulah dengan awak . walaupun awak macam pingu , saya tetap malu dengan awak tau . lagi lagi kalau awak tengok tengok saya . rasa nak cucuk je bijik mata awak tu . agak memang tak tahu ke kalau drive kena fokus pandang depan ? ei ~ saya masih belum berkahwin tau . jadi saya tak nak la sia sia kan tuutttttttttttt* ( sila ganti tuuttttt * dengan perkataan yang sesuai ) haha . dupdapdupdap . serius saya berdebar debar nak jumpa awak esok . oke . ini sahaja readers . wasalam :)
tips to be share dengan korang hari ini ialah macam mana nak lebih rapat , mesra dengan seseorang yang baru kite kenal . since korang baru nak berkenalan dengan lebih rapat kan . please take note apa yang aku nak cakap ya ? ;) tips ini berjantina unisex . maknanya dua alam . akan tetapi aku merasakan yang penulisan aku ini lebih merujuk kepada lelaki . yelahh tak kan perempuan lak nak buka langkah dulu kan ? aiseyyman :)
1. jangan gelojoh atau terburu - buru
dalam dunia sekarang ni , ramai akan terburu - buru bila dah jatuh hati dekat seseorang . yela . takut kena sambar dengan orang lain . sampai masa , time itu juga nak nombor handphone la . nak pm atau chat kat fb sampai lebam . untuk orang yang baru nak berkenalan dengan seseorang . please . jangan gelojoh tau . perempuan tak suka lah seseorang yang macam desperate je . kita mesti steady beb ! cool je :) nak minta nombor handphone adalah caranya . jangan sampai memaksa . gentleman la sikit . kenalkan diri kita dan cakaplah kita nak berkenalan . kalau dia sombong atau nak tak nak je layan . sendiri mau faham la kenapa . hahaha .
2. usik - usik sikit
huuu , usik - usik ni pun kenalah tengok kiri dan kanan dulu tau . jangan hentam keromo je . mana tahu ada orang tak boleh nak bawa gurau . dah jadi kes naya kan . elok dapat kawan , terus tak dapat . dah duduk tepi dinding menangis kecewa . haha . kalau macam tak ada idea nak usik apa kan . cuba cerita benda yang menarik perhatian atau ceritakan kisah kehidupan korang . mesti si dia macam nak sangat tahu kan . yelah . orang perempuan kan suka dengar cerita orang :D lepas itu kan , buat lah unsur suspen yang melampau sampai diri si dia rasa excited sangat nak tahu .
3. pandai berkata - kata
haha . kebiasaan orang lelaki kan mesti gagal kat part ini . korang tahu tak , seakan mereka ni macam tak tahu nak cerita apa bila dah berjumpa dengan perempuan . kononnya lidah kelu seribu bahasa la kan ~ oleh itu korang kenalah pandai cari idea untuk memulakan perbualan . tak kan korang nak duduk keras je macam batu . contoh : kalau masa tu korang pergi playground makan aiskrim kan , korang cakaplah - ''ei , kenapa la kon aiskrim ni bentuk kon ? dah tu majoriti mesti warna cokelat je kan . mesti orang yang cipta kon aiskrim ni suka main pasir kan , sebab tu warna cokelat je kon aiskrim kat dunia ni . awak masa kecil suka main pasir tak ? " walaupun bunyi macam seakan merepek je , sekurangnya dari situ mesti akan ada wujudnya interaksi antara satu sama lain . mueheheh .
4. biar dia rindu
last tip macam ni la pula . biar sampai si dia rindu . hahaha . macam mana nak buat ya ? dalam kita nak berkenalan dengan lebih rapat dengan seseorang , mesti kita akan selalu berhubung . cuba nanti satu masa atau satu hari itu, korang tak berhubung dengan si dia langsung. lepas itu cuba tengok reaksi si dia . kalau si dia pun sama senyap , alamat bahaya la tu ! maksudnya korang ini hanyalah insan biasa di hati si dia . tapi kalau si dia mencari mesti si dia rindu kan :D
salam kamu ! jatuh cinta ? yahoo ! haha . bukan . bukan aku yang jatuh cinta . apa yang aku cuba cakap kat sini ialah cinta alam maya :) haha . dalam alam maya ni sudah ramai yang tangkap leleh walaupun tidak pernah berjumpa face to face :D boleh percaya ke ? memang segalanya kini di hujung jari kita sahaja kan . aiseh . dah ramai yang telah membuktikan bahawa cinta di alam maya berjaya sehingga ke jinjang pelamin . ada juga bloggers dalam dunia blog yang sudah mula tangkap cintan . hehe . pada mulanya komen komen entry dia , komen dekat shoutbox , add dekat fb pula ... komen komen status lepas itu lebih privasi lagi . cewah ~ akhir sekali dia meng'ayat' dia dan dia pun meng'ayat' dia . terus terpelecok jatuh . jatuh apa ? jatuh cinta la :)
haha..korang macam mana ? pernah jatuh cinta dekat alam maya ni tak ? atau tengah berusaha nak mengurat si dia ? hahaha . well . aku pun ada pengalaman juga . haha . pada mulanya aku tak percaya la pada manusia di alam maya . tapi adalah seseorang cuba mencuri sesuatu milik aku tau dan berjaya mengubah kepercayaan aku sebanyak 8% . haha . sikit je . sebab i have a very wide and concrete wall. keep it up oke awak ? :D
oke . apa yang aku cuba nak cakap kat belog aku ni . jatuh cinta di alam maya ni tak salah pun . tak ada akta yang menyatakan kesalahan bercinta di alam maya :) cuma apabila macam haremm bila orang yang kita duduk layan itu tidak jujur dengan kita . oleh itu , kena lah pastikan orang itu adalah wujud di alam nyata :D
********************************************
1 . pastikan gambar yang dia letak itu WUJUD dan REAL . supaya kita tahu macam mana muka dia yang sebenar kan :) kadang kadang orang ni semua suka letak gambar yang cun / hensem habis jek ! kalau muka ada huduh sikit mesti tak nak letak . sebab apa ? takut saham jatuh la kan . haha .
2. cuba ajak dia mengumpat bercakap pasal kehidupan dia , keluarga , pandangan dan hal ehwal semasa dalam dan luar negara . borak pasal sejarah negara pun bagus kan . semangat patriotik tu lebih sikit kat dalam diri . yiehaa ! jangan asyik menga'ayat' saja . selain daripada itu , boleh juga uji tahap pemikiran dia . hahah . baru shiook kan ?
3. sense of humor . haha . itu kewajipan yang mesti ada . mak aih . kalau tak boleh bawa gurau . aiseyman .mesti sah lagi sahih dia ni membosankan la ~ eh tapi janganlah buat lawak lawak macam budak tak sekolah je . buat lawak yang pandai sikit . kadang kan apa yang kita borak pun dah boleh buat tersengih sengih macam kerang busuk tau :)
4. dan yang terbaik ialah pergi set a date la . sampai bila kan nak bercinta di alam maya ? balik balik tengok gambar dalam tu . aduh . tak ke haru tu ? sekurang kurangnya jumpa la sekali . jadi boleh lah tau dia itu macam mana . cara dia bercakap , cara dia berfikir dan macam - macam lagi cara . haha .
********************************************
senang cerita kata kuncinya ialah MAKE IT REAL ! barulah best . haha . nanti mulalah merindu , sengih sengih macam kerang busuk , tengok cermin pun sengih sengih lagi macam ada kat depan mata kita je kan :D haaa..itu tandanya sudah jatuh cinta la! kalau dekat ym , tiba tiba dia BUZZ ! terus teruja gila kan ? hati terus berbunga bunga . kalau dekat fb kadang kadang kita sampai tertunggu tunggu sebab dia tak online pun . itu juga tandanya kita sudah jatuh cinta , rasa sayang dan pastinya nak bercinta jika tiada yang halang :)
jadi korang bolehlah borak dengan aku kat ym atau fb . haha .mungkin aku tercipta untuk kau dan kau tercipta untuk aku kan ? siapa yang boleh pecahkan dinding konkrit aku itu . heheh :D