Showing posts with label shaklee. Show all posts
Showing posts with label shaklee. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

set kecantikan & kesihatan kulit Shaklee

ASSALAMUALAIKUM!

Memandangkan aku ialah pengedar sah SHAKLEE, jadi mulai daripada hari ini mungkin aku akan lebih kerap update entry mengenai produk-produk Shaklee!! Hal ini demikian kerana, hari ini aku ingin update mengenai SET KECANTIKAN & KESIHATAN KULIT SHAKLEE.. Bukan apa, sejak 20/06/2013 aku join SHAKLEE, mempromosi produk-produk SHAKLEE namun aku sendiri mengakui aku tidak pernah menggunakan produk SHAKLEE secara set penuh. Jadi mulai hari esok juga aku ingin menggunakan SET KECANTIKAN & KESIHATAN KULIT SHAKLEE yang terdiri daripada :- B-COMPLEX + SUSTAINED RELEASE VITAMIN C + VITAMIN E! In Sha Allah, aku akan menggunakan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang baik. Pengambilan supplement memerlukan air masak yang mencukupi. 


Rasanya tidak salah untuk aku kongsi sedikit fungsi ringkas mengenai supplement Shaklee yang membantu memperbaiki kesihatan dan kecantikan kulit. Ini catatan serba ringkas aku ya,

Sustained Release Vitamin C Plus
membantu tubuh menghasilkan kolagen dengan lebih efisien serta menghilangkan jeragat! Tambahan juga, penggunaan vitamin C yang konsisten mampu mencerahkan kulit & menigkatkan sistem imun.

Vita-E Complex
terkenal sebagai vitamin awet muda dan melambatkan proses penuaan. Malah vitamin E juga mampu membantu memberikan keseimbangan hormon dan mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit. Tambahan juga, vitamin E mampu membantu menghilangkan jeragat dan jerawat kulit.

B-Complex
B for beauty!! Mampu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik serta mood yang lebih baik dan ceria. Vitamin ini juga dikenali sebagai vitamin anti stress. Kurangnya stress, potensi untuk jerawat muncul amatlah kurang.

Berikut adalah serba sedikit mengenai produk dalam SET KESIHATAN & KECANTIKAN KULIT. Sebarang persoalan boleh terus komen di ruangan di bawah atau inbox terus di FB page Hanashiro Health Care. Kami sedia membantu uolz. Aku akan update lagi entry mengenai hasil menggunakan SET KESIHATAN & KECANTIKAN KULIT sebulan kemudian! Sehingga berjumpa lagi.. Wassalam!

Terima kasih kerana membaca =)

Friday, December 20, 2013

2 huruf K

ASSALAMUALAIKUM!

pemende bai tajuk 2 huruf K tu jah??? huruf K yang pertama ialah KAD BARU, huruf K yang kedua ialah KUTU

tadi lepas hantar lunch box untuk orang-orang Segamat, aku curi lah masa 10 minit untuk menukar kad maybank aku yang dah sekian lamanya berkhidmat dengan aku. Kalau tidak kerana SHAKLEE mencadangkan aku untuk tukar debit card, mungkin aku tak akan tukar. Yelah, aku kan sentimental value tinggi punya orang, segala barang yang pertama menjadi milik aku.. memang aku sayang gile babeng!! Ok tak sampai 10 minit tunggu, dah siap... cas yang dikenakan RM12! jadi hasil yang aku perolehi, daripada kad berwarna kuning menjadi kad berwarna merah dengan gambar buah ceri. Baru mulut aku nak berkata-kata nak minta balik kad lama aku yang warna kuning tu, staf tu dah buanggggg.. sobsob sedih amat! Baru ingat nak simpan.. huaaa menangis kejap! tapi takpelah lepasni lebih mudah untuk uruskan pembelian produk SHAKLEE :) positif-positif..


Kutu.. sebut soal kutu, macam-macam jenis kutu ada kat dunia ni.. kutu emas, kutu wang ringgit, kutu perabot... tapi aku nak cakap soal kutu lain, iaitu kutu kucing!! semenjak dua menjak ni, aku tengok kucing aku ni selalu terkeruk-keruk, jadi dalam kepala otak aku yg tipikal pikir.. mesti kucing ni ada kutu.. sebab tulah camgini perangai dia.. tadi lepas singgah maybank, aku carilah kedai petshop yang aku dah biasa pergi tu.. tanya punya tanya, aku decide beli yang ni


nama spray untuk mengatasi masalah kutu pada haiwan berbulu ni ialah FRONTLINE SPRAY! boleh didapati di mana-mana petshop dengan harga lingkungan RM45 untuk saiz yang kecil dan RM75 untuk saiz yang lebih besar. tengok review hasil carian di google, ramai yang memuji! jadi tak salah untuk aku sprayyyyy mak kucing, abang kucing, adik kucing dan adik kucing..

itu sahaja cerita aku untuk kisah 2 K.. sehingga mendapat seru lagi untuk menulis. 

terima kasih kerana membaca.. wassalam! :)

Thursday, June 20, 2013

yaaa! saya pengedar sah SHAKLEE.. :)

ASSALAMUALAIKUM!



yaaaa! secara rasminya saya adalah pengedar sah SHAKLEE! ada sesiapa berminat untuk menggunakan produk SHAKLEE sebagai makanan tambahan (supplement) anda? anda bebas menggunakan ID saya iaitu 
971081
jangan malu, jangan segan untuk menghubungi saya

e-mel :- hhc_shaklee@yahoo.com
FB :- HANASHIRO HEALTH CARE

terima kasih :)

# akan kemaskini mengenai produk-produk Shaklee