Showing posts with label arnabun. Show all posts
Showing posts with label arnabun. Show all posts

Sunday, August 28, 2011

rendang arnab

assalamualaikum !

dalam pukul 2 petang tadi ayah kite suruh ambil cili padi , lengkuas , halia , serai , kunyit , bawang besar , bawang putih untuk dikisar . langkah seterusnya kite tak tahu nak buat macam mana . sebab kite tolong sampai situ jep . lepas tu kite keluar jalan - jalan cuci mata dekat sekitar Segamat . dalam berjalan - jalan cuci mata tu ramai pulak kawan sekolah berselisih , bersua muka dan bertegur sapa ! auw malu mak ni nyah :D  

heh di sini kite bukan nak cerita pasal jalan - jalan cuci mata ini , kite nak cerita ayah dengan mak kite hari ini masak rendang arnab . hehek , kite lah orang terakhir dalam rumah ni merasa daging arnab . ahli keluarga kite yang yang lain dah makan dah beberapa hari lepas . almaklumlah duduk di perantauan . bagi aku daging arnab ini rasa dia macam daging ayam je . cuma daging arnab tak ada lemak dan daging dia putih saja . err kenapakah kite dah rasa sebelum pukul 7 ni ? huhuh . 

dalam pukul 5 lebih  , kite keluar bagi nenek kite lauk rendang arnab sikit . pak long dan mak long pun dah sampai . esok auntie Mar , uncle Tat balik Segamat . lepas tu , raya pertama dan kedua baru semua uncle - uncle dan auntie - auntie serta cousin yang lain pulang Segamat . seronoknya berlonggok dan berbuka ramai-ramai esok ! tak sabar >_<

heee nak tanya ni , korang pernah makan daging arnab tak ?

*sumber arnab - di halaman rumah daddy Halim 

Friday, October 15, 2010

arnab aku hilang !

salam jumaat :) hey.geram betul aku mendengar khabar berita daripada ayah aku.semalam dalam kereta ayah aku bagitahu la berita berita panas yang berlaku sepanjang aku tak ada dekat rumah.banyak betul berita.ada berita yang hangat dan ada berita yang hangit.kahkahkah.macam program radio je hangat dan hangit tu.

tapi aku nak kongsi satu saja la berita yang hangit dengan readers.arnab aku yang warna cokelat hilang ! jiran aku siap tolong tengok kat cicitibi.tapi tak nampak ada sesiapa yang mencurigakan.cuma orang orang biasa.mungkin sebab cicitibi mereka tak betul betul menghadap ke rumah aku kan.tapi nak kata hilang macam itu saja tak logik juga.yela.sebab pasu pokok ayah aku habis jatuh dan pecah.benda yang kat pagar tak pernah jatuh selama kami ada kat sini jatuh.pagar arnab aku dah berlubang sikit.cait~

ha-ha ! untuk lebih keselamatan ayah aku dah ubah suai rumah arnab aku.ayah aku buat pagar yang lebih tinggi supaya orang tak boleh panjat dan kucing tak boleh masuk untuk makan arnab yang masih bayi.lepas itu , pokok mangga dekat rumah aku pun ayah aku dah tebang sikit.masalah mental betul dengan pencuri.walaupun perkara ini nampak biasa bagi kalian.bagi aku perkara ini sangat serius.yela.mula mula berani curi arnab.lepas ini apa lagi la.erm.tapi tak apa lah.kami sekeluarga halalkan saja arnab cokelat itu.

p/s - ayah aku dah beli arnab lain :)

Tuesday, September 28, 2010

kesayangan kami !

seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas.rujuk kat sini ~ aku nak tunjuk kat kamu kamu gambar arnab arnab aku yang comel.haha.jom cuci mata jap kawan !
comel tak kami ?
nama saya OBES :)
aucak ! :D
penatlah ! nak duduk diam saja :)
port lepak saya :)
adeh ! panas :P



Wednesday, June 30, 2010

pagi rabu

 انّا للہ و انّا الیه راجعون
mama arnab suda meninggal :'(
ak nak kebumikan mama arnab sekejap...pergimu tiada pengganti...

Tuesday, June 29, 2010

my love !

salam readers !dari pagi tadi ak duduk tengok mama arnab ak ni.ak dapat rasakan ajal dy da nak sampai.ak kata mcm ni kerana...mama arnab ak ni asik dok termenung kat satu tempat.duduk diam jek.ak bagi makan pon dy da tak nak mkn da.pastu.asik ter-ber jek! lagi satu mungkin faktor dy da tua.jangka hayat binatang bukan la lama kan? cian la.tak sampai hati tengok mama arnab da gitu.anak dy ad dua ekor je sekarang yang masih hidup.cian la anak dy jadi anak yatim nanti ;'( naseb baek la anak dy da besar sikit.kira ad la waris dy nanti kan :) hurm,kalau tak.biasa petang macam ni dy dok lompat lompat.sebok nk kua.nak makan rumput la.makan pokok sayur ayah ak la.tapi ni...dy dok diammmmmmmmmm jek.haish ( _ _ ! 

nanti ak letak gambar arnab arnab ak ea :)