Showing posts with label 30 days. Show all posts
Showing posts with label 30 days. Show all posts

Friday, August 26, 2011

cabaran tiga puluh hari - tiga puluh

day 30 - hari ke 30.. apa yang berlaku?

assalamualaikum ! hari yang ke 30 iaitu hari yang terakhir . cantik hari ini , macam janji la pulak ! oke apa yang berlaku ye ? untuk hari 30 ialah hari terakhir tidur dekat Uniten ! sebab esok aku nak balik kampung pung pung pung :D jadi untuk hari ini aku sedang sibuk pilih barang dan kemas barang untuk dibawa balik . sebenarnya aku pun dah serabut tengok barang aku ini . penuh bilik , semak je rasa ! daripada semalam  kemas tak siap - siap .. eh apahal ? haha macam mana nak siap kalau mata asyik tengok sambungan cerita Secret Garden dan sekarang Geng Mengaji sampai tangan tak bergerak . 

erm aku baru tengok status kekasih hati arwah Mohd Faiz M :'( macam manalah dia mengahadapi semua ini . berat mata memandang , berat lagi bahu yang memikul . sedangkan dengan arwah Hakim dulu aku tak bercinta dengan dia pun aku rasa sangat kehilangan . inikan dia yang bercinta dengan arwah :'( semoga awak kuat Shafika . Allah lebih sayangkan arwah . Al-fatihah untuk arwah Mohd Faiz Musir serta takziah kepada ahli keluarga ~

Wassalam .

Thursday, August 25, 2011

cabaran tiga puluh hari - dua puluh sembilan

day 29 - siapa anda 10 tahun akan datang?

assalamualaikum !

10 tahun akan datang ? maknanya tahun 2021 . pada tahun 2021 , insyaAllah kalau aku panjang umur aku akan berusia 32 tahun . pada usia 32 tahun , mungkin aku sudah bekerjaya dan mungkin juga aku sudah bergelar ibunda . HAHA . itu sahaja untuk aku . insyaAllah kalau panjang umur untuk 10 tahun akan datang , mungkin :-

daddy halim - 61 tahun
puan emak - 59 tahun
lil' bro - 30 tahun
lil' sista - 26 tahun


wow ! menarik . aku akan lihat fasa perubahan adik beradik serta daddy halim dan puan emak ! aku sayang mereka sangat ! :')

Friday, August 19, 2011

cabaran tiga puluh hari - dua puluh tiga

day 23 - dream wedding

assalamualaikum !

dream wedding aku ??? aaa serius tak ada dalam kepala hotak lagi . macam mana ek tu , huhu ! tapi kalau nak buat pun , buat yang biasa-biasa saja . mencari kaf-ba-ra-kaf-alif-ta-nun . majlis yang biasa ikut kemampuan aku dan siapa laki aku akan datang ! yang penting jemputan aku tu nanti , aku nak semua kenalan aku hadir ! baru shiookkkkk :)

sekian , terima kasih ! :')

Thursday, August 18, 2011

cabaran tiga puluh hari - dua puluh dua

day 22 - tarikh tarikh penting dalam hidop anda

assalamualaikum !

tarikh penting dalam hidup aku ialah tarikh yang berkaitan dengan aku dan orang-orang yang aku sayang ! rasanya tak perlu untuk aku kongsi kot ! nanti korang bukan ingat pun . tapi untuk korang , aku nak korang ingat tarikh ini taw !

08 Februari

untuk pengetahuan korang , Almarhum Tunku Abdul Rahman  ada persamaan dengan aku ! tarikh lahir aku sama dengan almarhum . selain itu juga , nama ayah almarhum Tunku Abdul Rahman hampir sama dengan nama ayah aku ! haaa :D

sekian , terima kasih ! :')


Wednesday, August 17, 2011

cabaran tiga puluh hari - dua puluh satu

assalamualaikum !

day 21 - benda yang anda wajib bawak bila keluar rumah


- purse , black book , tiger balm -


- handphone , key & id , spectacles -

take your time to look at first & second picture in new tab ! 
feel free to LIKE oke :)

Monday, August 15, 2011

cabaran tiga puluh hari - sembilan belas

day 19 - jenis manusia yang menarik perhatian anda

assalamualaikum ! cabaran tiga puluh hari sudah sampai ke hari yang ke sembilan belas . hurm sambil aku memegang dagu aku , duk fikir ! jenis manusia yang menarik perhatian aku ! orang macam mana ek yang menarik perhatian aku ? aisey ~ susah bhai soalan ini . demi menyahut cabaran , aku senaraikan juga ;-

orang yang rajin - 
contohnya rajin belajar , rajin usaha nak tambah hasil pendapatan .

orang yang pembersih - 
memang aku kagum ! kalau pergi rumah orang pembersih , mesti aku akan cakap wahh bersihnya ! tak ade habuk pon . situasi ni biasa kalau aku pergi rumah nenek aku . hiks :')

orang yang mulut longkang - 
memang aku akan tunggu dan lihat je orang macam ini !

orang yang aku sayang dan sayang aku - 
aku sentiasa akan mengikuti perkembangan dia . walaupun dia jauh dan tidak berada di depan mata ~

orang - orang tua -
orang tua yang nak melintas jalan , yang tengah jalan . mesti aku gedik sebelah nak tolong hantar . sebab aku fikir , satu hari nanti aku akan tua ! aku pasti akan alami apa yang dirasai orang tua itu .

hehehe , tu je la kot ! yang betul - betul menarik perhatian aku . yang lain pon menarik juga , tapi tak berapa nak perhatian la :p sekian , terima kasih !

Saturday, August 13, 2011

cabaran tiga puluh hari - tujuh belas

day 17 - gambar bilik idaman anda

assalamualaikum ! aku tak ada bilik idaman ! di bawah ini ialah bilik aku yang aku sayang :)

ini pintu bilik aku ! dah 20 tahun duduk rumah ini . yang tampal-tampal huruf tu kerja aku >_<
tempat aku membute dengan jayanya , patung warna oren tu nenek aku bagi dulu , bantal hijau tu bantal ehem-ehem :D
tempat aku tengok diri sebelum aku keluar , tempat termenung & ada hadiah kawan aku bagi :)
meja belajar , tempat online , laci simpan khazanah , almari tempat letak piala , kipas dah rosak aku kerjakan .

Friday, August 12, 2011

cabaran tiga puluh hari - enam belas

day 16 - guru sekolah anda yang paling anda suka

assalamualaikum !

guru sekolah yang aku suka yep ? oke , aku nak senaraikan daripada tadika sampai la sekarang !


tadika - 
cikgu ija dengan cikgu yang pakai tudung labuh tu..cikgu nor kalau tak silap namanya ! mereka rajin layan aku masa aku cinonet. 

SK - 
cikgu tahir ( english ) , cikgu zanariah ( english ) , cikgu nazhar ( math ) , cikgu Aziz  ( sains )

SM - 
cikgu english aku..aaa lupa nama ! selalu panggil aku Ah Bee dalan kelas , cikgu Chaw ( english ) , cikgu Ku Ahmad ( sains ) , cikgu Masor ( seni ) , cikgu Hayati ( english ) , cikgu Haziati ( english )

PRA U - 
cikgu Fong ( tamadun dunia ) , cikgu Abu Naim ( linguistik ) , cikgu yang ajar aku Muet tu ( thanks tak marah saya ponteng kelas ye dan thanks untuk band yang saya peroleh atas usaha asyik ponteng je !  :) ) , cikgu Faridz ( pengajian perniagaan )

Uniten - 
Madam Azrinawati ( business accounting ) , Madam Fatini Hanim ( HRM ) , Madam Nurul ( macroeco dan microeco ) , Madam Zuraini ( psycho )

GURU SEUMUR HIDUP
cikgu Halim ( english , math , sains & ilmu kehidupan )

aku sayang sangat dekat semua cikgu aku , yang aku senaraikan ini antara sahaja ! alhamdulilah sampai hari ini semua cikgu ini kenal aku lagi . yela , sebab aku ni kaki ponteng ! mesti cikgu boleh cam mana makhluk baju biru ini . bak kata orang , 
guru adalah ibarat lilin yang menerangi kita :)

sekian , terima kasih !

Wednesday, August 10, 2011

cabaran tiga puluh hari - empat belas

day 14 - perkara menarik yang anda lakukan hari ini

assalamualaikum ! 


perkara menarik yang aku lakukan hari ini ialah aku berkali - kali pergi rumah nenek aku . sayangggggg nenek . apapun Selamat Hari Lahir nenek yang ke 79 tahun pada 08082011♥

sekian , terima kasih ! :')

Tuesday, August 9, 2011

cabaran tiga puluh hari - tiga belas

day 13 - apa yang ada dalam beg duit anda

assalamualaikum !

 
1. gambar mak ayah
2. kad pengenalan
3. lesen memandu
4. kad bank-bank
5. kad petronas/esso
6. kad watsons
7. kad insurans
8. kad uniten
9. kad de fairy tales
10. duit seringgit
11. syiling
12. resit dan resit

sekian , terima kasih ! :)

Monday, August 8, 2011

cabaran tiga puluh hari - dua belas

day 12 - apa yang ada dalam beg mekap anda

assalamualaikum !

errr day 12 ? apa ek ada dalam beg mekap aku ? cuba tanya aku ada beg mekap tak ? huuu jawapannya tak ada . beg mekap tu untuk isi compact powder kan , eye shadow , lipgloss , lip ice , blusher , mascara , eyeliner , deodorant dan macam-macam kan ? serius aku hanya humban dalam kocek beg baju aku , takpun aku letak dalam beg plastik je . kalau jalan jauh ke dekat , aku cuma bawa compact powder , deodorant dan lip ice je serta perfume ! kalau toiletries pon aku sumbat dalam beg plastik jek . agak-agak tak boleh guna , tukar je beg plastik baru . habis cerita . hahah . itulah aku yang simple dan jenis lebih kurang je :p

sekian , terima kasih ! salamesrakasihabadi :) 

Saturday, August 6, 2011

cabaran tiga puluh hari - sepuluh

day 10 - hari ke 10.. apa yang berlaku?

assalamualaikum !

hari ke sepuluh ialah hari aku berada di rumah . 
setakat ni apa je ek yang berlaku ?

***************************************************

pagi - pergi pasar , pergi rumah nenek , pergi kedai beli barang
tengah hari - masak sambal daging , buat cincau dan ribena
petang - tidur nyenyak , pergi giant , pergi ambil mak
malam - waktu maghrib berbuka , solat dan insyaAllah terawih . 

sekian , terima kasih ! :)

Friday, August 5, 2011

cabaran tiga puluh hari - sembilan

day 9 - perasaan anda hari ni

assalamualaikum ! 

hari kelapan aku sudah terlepas kerana sangat sibuk ! dan aku teruskan dengan hari ke sembilan . perasaan aku hari ini :- 

gembira 
- sebab aku ada kawan baru
- kawan baru aku rajin kejut aku bangun sahur
- dan tak lupa aku ada rakan yang setia bersama
- tadi dapat berbuka berlima , suka sangat !

sedih
- sebab aku tadi tunggu pakcik teksi sikit punya lama !
- sebab lain aaaa tak payahlah tahu ( T T )

sekian , terima kasih !

Wednesday, August 3, 2011

cabaran tiga puluh hari - tujuh

assalamualaikum !

day 7 - tiga perangai baek anda

suka dengar cerita orang 
(pendengar yang setia)
suka tolong orang
(ikut kemampuan je)
suka memaafkan orang
(sebab diri ini tak sempurna & banyak kekhilafan)

gua memang steady 
tapi abang tak abang , 
siapa kacau aku ! pecah !

sekian , terima kasih ! ;)

Tuesday, August 2, 2011

cabaran tiga puluh hari - enam

assalamualaikum !

day 6 - tiga perangai burok anda 

suka ambil mudah
suka malas - malas
suka akan kelajuan
(-_-') ('-_-)

sekian , terima kasih ! 

Monday, August 1, 2011

cabaran tiga puluh hari - lima

day 5 - status anda ? relationship anda ?

assalamualaikum ! soalan cepuput untuk hari yang kelima . status aku ? relationship aku ? sama je kehendak soalan ini . jadi , aku bagi 1 jawapan saja . sepanjang aku mengisi borang , kalau ditanya tentang status . aku cuma akan pilih :-

sekian , terima kasih :)

Sunday, July 31, 2011

cabaran tiga puluh hari - empat

day 4 - benda yang anda buat bila sorang sorang

assalamualaikum !

kalau aku duduk sorang - sorang , aku suka membaca ! tak kisahlah baca apapun . baca gosip , baca majalah , baca buku ilmiah , baca metro , baca hal politik , baca hal dunia , baca status member kat fb , baca blog , baca buku dan buku cerita , erm baca novel ini aku kureng sikit sebab ada sejarah hitam doe ! malas aku nak baca novel . tapi kalau nak tahu kertas iklan pon kadang aku layan baca kalau aku bosan tak ada apa nak buat .



tapi kan kalau dah bosan sangat duduk sorang sampai tak tahu nak buat apa baru aku layan main game ! hehe :D

sekian , terima kasih !

Saturday, July 30, 2011

cabaran tiga puluh hari - tiga

day 3 - benda yang selalu anda buat sebelom tido

assalamualaikum !

benda yang selalu aku buat sebelum tidur ? 
rutin harian dan wajib sebelum masuk tidur ialah :-

gambar ihsan google
ingat !!! jangan malas gosok gigi taw :)

Friday, July 29, 2011

cabaran tiga puluh hari - dua

day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton

assalamualaikum !


best sebab 

aku tengok dengan kawan baik aku 
tengok dekat DP , 
movie mula pukul 01:45


sekian , terima kasih !

Thursday, July 28, 2011

cabaran tiga puluh hari - satu

day 1 - lagu yang anda dengar hari ini .

assalamualaikum ! 

terima kasih kepada myra yang buat cabaran tiga puluh hari . kerana dialah , aku pun terlibat sama nak buat cabaran 30 hari .

oke , lagu yang aku dengar berulang kali hari ini ialah lagu 
Talking To The Moon oleh Bruno Mars dekat


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

*chorus :-
At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

*repeat chorus

Ahh Ahh,
Ahh Ahh,

Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away~