copy paste jekkk :p
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
1.
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan
kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu
satu-satunya.
2.
Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak
perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi
impiannya.
3.
Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di
hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu
merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4.
Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja
yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5.
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat
pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA
padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6.
Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis
yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan
selamat atau mengirim SMS.
7.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian
yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri
sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan
saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang
selalu.
8.
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata
yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah
mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak
kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan?
Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9.
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu
kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin
tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar
meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
10. Kalau kali terakhir
kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa
mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia
bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11. Jika kamu mengatakan
akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat
harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi
semangat kepada kamu.
12. Orang yang mencintai
kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat
kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13. Orang yang mencintai
kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu,
sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup
kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14. Orang yang mencintai
kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan
hari-harinya hanya dengan kamu.
15. Jika suatu saat kamu
harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar
kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan
jauh.
16. Dihatinya dia
benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat
dihati?’
17. Orang yang mencintai
kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
18. Orang yang mencintai
kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100
kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan
mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
19. Orang yang mencintai
kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat
kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat
kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
20. Jika kamu memintanya
untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun
kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana
dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu
walau sesukar mana permintaan mu.
21. Kalau kamu melihat
handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya.
Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan
atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat
khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
22. Dan jika kamu cuba
menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya
dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
23. Jika suatu saat kamu
merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana
sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu
kamu.
24. Orang yang begitu
mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan,
walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu
terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa
menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
5 comments:
Ini realiti atau sekadar renungan?
realiti kot
Kalau realiti kenapa ada shaja konflik?
Ke manakah kamu menghilang wahai sahabat?
Hye Cik Hana, lame menyepikn diri, dah lama tak update blog, saya sebagai follower tegar Cik Hana rindu nk baca entry baru..
Post a Comment