Al-kisah..
Seorang pemuda amat menyintai seorang wanita dengan sepenuh hatinya. Mereka ini telah berkasihan lima tahun lamanya. Walaupun wanita tersebut buta, namun pemuda itu menjaga wanita itu tanpa sedikit keluhan.
Wanita : "Pemuda, adakah awak menyesal menyintai saya?"
Pemuda : "Tidak pernah langsung saya terfikir tentang itu."
Wanita : "Alangkah indahnya jika saya dapat melihat wajahmu itu"
Pemuda : "Jikalau awak dapat melihat, masihkah awak akan menyintai saya sepenuh hati awak?"
Wanita : "Sudah tentu pemuda!"
Dan selang beberapa hari, doktor yang merawat mata wanita itu menelefon wanita itu. Dia berkata bahawa ada seseorang sanggup menderma mata kepada wanita itu. Alangkah gembiranya wanita itu kerana akhirnya dapat melihat semula. Setelah beberapa minggu, wanita itu dapat kembali melihat. Dan perkara pertama yang ingin dilihatnya sudah tentu wajah pemuda itu. Tapi. Alangkah terkejutnya wanita itu apabila melihat pemuda itu turut buta mata. Tanpa rasa bersalah, wanita itu memutuskan perhubungan mereka dan mencari cinta baru. Pemuda itu berasa sangat sedih dan terkedu. Setelah beberapa hari, pemuda itu memberanikan diri bertemu wanita itu.
Pemuda : "Awak pernah kata, andai awak dapat melihat wajah saya, awak akan tetap menyintai saya sepenuh hati awak"
Wanita : "Tapi awak tidak pernah berkata awak turut buta"
Pemuda : "Pentingkah wajah saya pada awak?"
Wanita : "Sudah tentu. Kalau awak buta, bagaimana saya boleh mengharapkan awak untuk menyara saya nanti?"
Pemuda : "Kalau begitu, saya minta awak tolong pulangkan sesuatu pada saya"
Wanita : "Hati awak? Sudah lama saya pulangkan"
Pemuda : "Tidak. Bukan itu"
Wanita : "Habis? Saya tidak pernah mengambil apa-apa dari awak"
Pemuda : "Tolong pulangkan mata saya kembali. Tolong pulangkan"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
apa pengajaran yang korang dapat daripada cerita di atas ini ?
sekian , terima kasih ! :)

1 comments:
2 2 x ikhlas. -______-"
Post a Comment