Pages

Wednesday, June 1, 2011

apa itu senggugut dan petua mengurangkan senggugut

assalamualaikum !

hari ini doktor HN ingin berkongsi seciput maklumat dengan korang . oke , senggugut bukan sekadar kekejangan teruk ketika datang bulan , malah turut menjadi pentanda penting supaya semua wanita yang mengalami masalah ini menjalani pemeriksaan awal bagi mengesan kewujudan endometriosis . senggugut terbahagi kepada dua iaitu senggugut primari dan senggugut sekundari . 

senggugut primari adalah disebabkan pengeluaran prostaglandin yang menyababkan pengecutan rahim yang kuat . hal ini sering menyerang pada usia yang muda iaitu sebelum berkahwin dan bertahan pada hari pertama dan kedua datang bulan .

senggugut sekundari pula disebabkan oleh endometriosis atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan bertahan sepanjang pendarahan haid.


tapi jangan risau , setiap sakit ada ubatnya . jadi di sini doktor HN nak kongsi petua secara tradisionalnya oke :)

Petua 1
ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. campurkan serbuk pinang bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2
ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat. 

Petua 3
minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4
campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid. 

Petua 5
semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.

memang tak la nak buat semua petua tu kan ? biasanya kite akan terbaring macam udang menahan sakit . huhuhu . tapi mak kite cakap dan doktor pon ada cakap , cara yang paling paling berkesan nak hilangkan sakit senggugut adalah dengan melahirkan anak atau dengan kata lain beranak . bukan kahwin taw ! kalau dah kahwin tapi korang tak beranak lagi sakit tu masih melekat lagi dengan korang taw :) tapi pastikan korang dah kahwin baru beranak ye , kang harus doktor HN kena simbah asid sebab bagi petua yang bukan-bukan .

terima kasih kerana membaca :)

psstt - hari ini hari pertama , heheh

14 comments:

  1. perghh nk minum sume 2 yang x than.. halia rumput bagai.. urghhhh terseksa... tapi kite senang jerk kalo kne senggugut.. minum air kopi panas then baring tutup kipas.. hehe..

    ReplyDelete
  2. bgus nie..nk gtw adk lar..lalala.. :)

    ReplyDelete
  3. heheh nk bace segan plak kn. :'>

    ReplyDelete
  4. salam~

    selalu je kena senggugut. isk2! sakit tak menahan betol. wuwuw. tapi tips minum air teh pahit tu ok lagi laaa.. hahah.

    ReplyDelete
  5. rajin lak nak buat minuman sedap tu kan..penah cube yg kedua tu..berkesan gak..tp lame nk ade efeknye..mgkin kena selalu amalkan..

    ReplyDelete
  6. cam pn always mcm tu kakak!
    petua cam only sleep..hhehe.
    oww ur first day eyh so how your?:)

    ReplyDelete
  7. petua yg baik ni.. akak selepas melahirkan anak ketiga baru sengugut tu hilang..

    ReplyDelete
  8. @nazliah
    hehehe kopi berkesan ea ? xpenah try lagi..huhuk >.<

    @m fizan
    hehe sharing is caring..g le btaw :p

    @uyc
    hehe dah bace dah pun kan :D

    @cik zara
    assalam ! hehehe tau takper..bnyk2 tu minum teh je boleh belah :p

    ReplyDelete
  9. @misyamissyou
    tau takper..kene buat selau..ni aku malas nak mam..mana nak kurang >.<

    @camlidanisha
    haha first day so urghhh >..<

    @hanis azla
    alamak lambatnya akak ! sampai ank ketige..lama lagi le kite kne tahan :D

    ReplyDelete
  10. hai nice info..
    saya ada tag kat awak satu contest..lau sudi join k..

    http://nazira-mypersonallife.blogspot.com/2011/06/yanasenseis-giveaway.html

    ReplyDelete
  11. Salam kenal..

    Nice Info..
    Thx For Sharing..
    Sesuailah utk lily ni..
    Selalu sgt kena senggugut..
    kdng2 mmg x blh tahan..

    ReplyDelete
  12. klu aku nk gune petua nie blh x...huhu

    ReplyDelete
  13. huu cik scya senggugut ringan je . alhamdulillah .

    ReplyDelete
  14. the akward moment when you're a guy and you reading this...xD

    ReplyDelete