Pages

Tuesday, May 31, 2011

pemasangan meter elektrik di apartment uniten

assalamualaikum !

kalau kita sebut top up maka kita akan fikir masukkan kredit dalam handphone. tapi kalau kat sini bila sebut top-up maka kena tanya lebih detail top-up apa ? sebab kat sini ada top-up elektrik . semua kena top-up melainkan air. air kat sini percuma saja . hey hari ini dah genap 22 hari pelajar uniten yang comel dan kacak menggunakan meter elektrik di muadzam shah tercinta . seronok tak korang menggunakan meter elektrik itu ? hehe , masa mula jejak kaki kat rumah semua macam orang gayat . sekejap sekejap tengok meter , berapa ek dah guna ? kalau dah habis ni kalau tak top up gelap tak rumah ? fuh macam macam soalan daripada mulut bebudak ni , sampai tengah makan pun sibuk bertanya pasal meter rumah masig - masing . apa pun rumah aku masih ada baki lagi RM13.78 , cukup lah sampai minggu depan . nasib baik budak rumah aku dan aku suka mem-blah-kan diri pada hari khamis ! 
hari pertama
lepas 12 jam
untuk pengetahuan , memang kami belajar di universiti swasta . tapi kalau mengharapkan biasiswa atau pinjaman yang diberikan . mana cukup nak menampung kos penghidupan pelajar di sini . bukan semua pelajar uniten ini  , anak tan sri atau anak orang kaya ! majoriti anak orang kebanyakan dan berpendapatan sederhana . lainlah anak bangsawan , dato , sri bagai dan lain- lain . mereka semua tak ada hal . cakap je kat mak bapak nak duit , mesti dapat punya . hihik >.<
banyak rumah yang gelap
kerana top-up elektrik juga , pelajar kampus bangi telah buat satu komuniti baru di facebook iaitu B.A.K.O ! cekidaut oke ?
fuh , berani gila aku post entri ini . aku minta janganlah buat aku benci tempat aku menuntut ilmu . tak ada kaf-ba-ra-kaf-ta-nun taw . sekian daripada saya budak kshas :)

14 comments:

  1. haha..xbpe nak heran weyh..1 malaysia kadar tarif elektrik dah naik..jgn jadi cm ktorg, eletrik n air kena bayar! kalau 1 rumah ade 6 org n 1 bln 50, rm300..kalau 3 bln? 900..letrik umah aku pn xsmpai 300 sbln..aku lebih prefer mcm ni la..untung gile korang air free..

    ReplyDelete
  2. hahaa..terbaek ah wat camtuh...kalau upnm wat camtuh memang tengah bulan dah gelap gulita ah..hahah

    ReplyDelete
  3. cube la guna alat penjimat elektrik...hoho

    ReplyDelete
  4. @mimi
    heheh yeker ? total dengan penginapan kau berape ek ? nak wat perbezaan ar mana yang cekik darah lagi..hehe

    @firdaus
    hahahah tau takper..budak laki lagi la kan :p

    @mien
    wahhh..oke2 :D

    ReplyDelete
  5. style pulak meter men top up camni. boleh la tau sape yang jimat. kalau awal tutup lampu, mmg jimat lah tu. hahaha..

    ReplyDelete
  6. @asada ryutaro
    haha memang style ar..sebab xde kat U lain kan :D

    ReplyDelete
  7. haha..total? cmpur fees tuition, hostel and all ade la dlm 79K..muahaha! gile x nnt aku kne byr pt?

    ReplyDelete
  8. hahaha bapak mahal !! oke ko berhak kutuk sikit :P untuk aku punye fakulti bis admin total semua rm32k..then sape dapat pt penuh kne bayar rm52k..

    ReplyDelete
  9. wah..sampai macam tu sekali.. ishkk.. sabor je la :D

    ReplyDelete
  10. @aliem kakashi
    ade tapi tak kene cas :p

    @hafiz mohd noor
    hehek memang saboo je le :D

    ReplyDelete
  11. so skang nie dh kene byar la ea...mklum la,bil elektrik kn dh naik...huhuhu

    ReplyDelete
  12. @aliem kakashi
    yup yup...kne tpup lo :D leceh sikit..tapi kitorang tpup skali bnyk..sng sikit..

    ReplyDelete